MAJORITI SIAPA? BUKAN POKET SIAPA LEBIH BESAR.


1) Hari ini 80,229 ribu pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu diberi peluang sekali lagi untuk menentukan sendiri calon yang paling layak untuk mewakili mereka. Berdasarkan kepada rekod kepimpinan calon yang bertanding hari ini, calon BN (Wan Ahmad Farid) dan juga calon PAS (Mohd Abdul Wahid) sebenarnya sudah melepasi had kelayakan minimum untuk mewakili kawasan itu yang majoritinya melayu dan beragama Islam.

2) SPR menjangkakan, sekurang-kurangnya 80% pengundi (64,183 orang) akan keluar mengundi pada hari ini dan berkemungkinan besar, peratusan mengundi boleh mencecah sehingga 85% jika suasana pengundian hari ini berjalan dengan lancar dan teratur.

3) Daripada peratusan keluar mengundi yang dijangkakan itu, 40% daripadanya terdiri daripada pengundi muda. Berdasarkan kepada senario politik semasa di peringkat nasional dan negeri, sekurang-kurangnya 60% pengundi muda dijangka memilih calon PAS. Jika keadaan ini berlaku, calon PAS mampu mendapat 19-20 ribu undi dan calon BN dijangka mendapat 11-12 ribu undi.

4) Ramai penganalisis politik yang memperkatakan tentang undi kaum Cina yang mewakili 11% pengundi di kawasan itu. Trend pengundian mereka diberitakan ke arah memilih calon PAS.

5) Namun begitu, saya tidak fikir pengundi cina akan memilih calon PAS kerana kemenangan PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi Cina di kawasan itu. Kerajaan negeri dan pusat masih dikuasai BN dan tiada lagi petanda yang boleh menunjukkan Pakatan Rakyat mampu merampas kerajaan pusat dalam masa terdekat seperti yang berlaku pada PRK Permatang Pauh dulu. Seperti biasa, its all about business akan menentukan undi kaum Cina pada hari ini. Jika keadaan ini berlaku, 70% atau 6 ribu undi kaum Cina akan memihak pada calon BN.

6) Kehadiran sekali lagi calon Bebas dalam perebutan kerusi P36 ini dilihat mampu menggugat calon BN dan juga PAS. Cerita belakang tabir mengenai kenapa calon bebas itu mahu bertanding dalam PRK kali ini dikatakan mampu mencuri undi calon BN. Bahkan juga, imej calon bebas yang ‘ala-tabligh’ itu dilihat mampu menggugat calon PAS dan tidak mustahil jika kali ini, calon bebas akan mendapat undi yang lebih baik daripada apa yang diperolehi Nek Mon sewaktu PRU ke 12 dahulu.

7) Berdasarkan kepada faktor-faktor di atas, peluang untuk calon BN dan PAS memenangi PRK hari ini bolehlah dikatakan masih 50-50 biarpun terdapat sedikit kelebihan pada calon PAS.

8) Bagaimanapun, peluang untuk calon BN menang masih ada jika pengundi berasa tidak selesa dengan perkembangan politik Pakatan Rakyat yang dilihat tidak bersependapat dengan perlaksanaan hukuman hudud di negara ini. Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP jelas tidak peduli dengan PRK kali ini bila mengeluarkan kenyataan yang memihak pada BN. Bagi Karpal Singh, mengekalkan kedudukan dan kuasa DAP dalam Pakatan Rakyat itu lebih utama daripada menambahkan bilangan kerusi PAS dalam Dewan Rakyat.

9) Biarpun Anwar cuba menjadi pendamai dalam isu hudud, namun pengundi bukan Islam lebih suka mendengar pendapat Karpal Singh atau Lim Guan Eng. Pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu tidak sama dengan pengundi bukan Islam di Kota Melaka atau Seputeh. Mereka jelas berbeza dari segi kedudukan sosio-ekonomi dan sentimen tempatan lebih mempengaruhi pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu.

10) Kehadiran ramai anggota polis yang berpakaian preman dengan berita JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) beroperasi lebih masa menguatkan lagi spekulasi mengenai kewujudan pengundi hantu dalam PRK kali ini. Jika benar khidmat pengundi hantu benar-benar wujud sepertimana yang digembar-gemburkan itu, tidak mustahil BN boleh menang hari ini. Jika 1 ribu pengundi hantu berjaya mengundi hari ini, jumlah itu sudah cukup membentuk majoriti kemenangan buat BN bagi mengalahkan calon PAS.


11) Namun begitu, apa yang lebih penting pada PRK kali ini adalah jumlah majoriti yang bakal diperolehi oleh parti yang bakal menang hari ini. Jumlah majoriti ini amat berguna untuk menilai sejauhmana kredibiliti BN dan Pakatan Rakyat di hati pengundi. Jika majoriti kemenangan mana-mana parti berada di bawah paras 1,000 undi, ianya belum boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai keupayaan BN dan juga Pakatan Rakyat di masa hadapan.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. kalau dalam bolasepak menang dengan satu gol pun di kira menang.

    Yang menang dan yang kalah masing-masing ada hak. Sebagai orang politik yg bertanggunjawab kepada Penciptanya, mereka masih ada hak kepada rakyat, kecuali yang jenis sekular, halal dan haram tiada beza, semua sapu bersih.

    Tengok Bulan, Ingat PAS

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.