Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSSM) yang enggan lagi bertolak ansur tetap merancang mengenakan surcaj 30 peratus bagi tambang bas sekolah mulai hari ini.
Tindakan itu adalah bukti mereka tidak mempedulikan amaran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang mahu membatalkan permit operasi mana-mana pengusaha bas jika surcaj itu dikenakan.
Alasan Presiden PPBSSM, Chee Ah Tey ialah pihaknya tidak mempunyai pilihan kerana pelaksanaan surcaj itu telah diputuskan dalam mesyuarat persatuan pada 6 Disember lalu.
"Kami semakin tertekan dengan kenaikan kos operasi, penyenggaraan, alat ganti dan sebagainya yang meningkat sehingga 30 peratus.
"Kalau tidak ada surcaj, ramai ahli kami gulung tikar," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurut Ah Tey, pengusaha bas sekolah sudah beberapa kali memohon kepada kerajaan untuk menaikkan kadar tambang bas sekolah namun tidak mendapat pertimbangan sewajarnya.
"Pada masa yang sama kita turut memohon subsidi diesel diturunkan daripada RM1.43 kepada RM1 seliter sekiranya permohonan menaikkan tambang bas sekolah ditolak tetapi ia juga tidak dilayan," ujarnya.
Ah Tey memberitahu walaupun kadar surcaj yang ditetapkan adalah 30 peratus, kadar sebenar berbeza-beza mengikut pengusaha bas sekolah di setiap negeri.
SUMBER: KOSMO
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
- Blogger Comment
- Facebook Comment
2 comments:
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Jadi serba salah dibuatnya. Jika kerajaan setuju dengan langkah persatuan untuk kenakan surcaje ertinya tambang kepada anak-anak sekolah akan bertambah. Dan menyusahkan ibu bapa. Jika tidak bersetuju maka pengusaha Bas Sekolah akan sentiasa menanggung kerugian. Satu alternatif rasa saya ialah pihak ibu bapa jangan menyusahkan pemandu Bas dengan menggunakan transpot sendiri menghantar anak-anak ke sekolah. Sediakan masa secukupnya untuk membela anak kita. Jangan gunakan Bas. Belikan mereka basikal mana yang sekolah anak-anak tidak jauh.
ReplyDeletePemandu BAS, guna alternatif lain selain berniaga dengan cara ini. Perniagaan sebagai Pemandu Bas tidak menguntungkan.
Pengusaha Bas Sekolah salah minta.
ReplyDeleteyg mereka minta naikkan harga itu mengapa?
baca catatan saya yang lama.
http://hasbullah.pit.my/2008/06/nasib-pengusaha-dan-penumpang-bas-budak.html