EZAM ACU PISTOL PADA ANWAR?

Bukan pistol betul yang diacu oleh Ezam tapi soalan ‘cepu cemas’ yang cuba Ezam ajukan pada bekas mentornya, Anwar Ibrahim.

Menjelang tarikh pengundian PRK Kuala Terengganu yang kian hampir, nama Ezam kembali menghiasi di saluran media perdana. Kali ini di The New Straits Times [rujuk sini].

Setelah suara Ezam kelihatan tenggelam selepas BN kalah besar di PRK Permatang Pauh, kini suaranya bergema kembali dan soalan yang ingin ditanya Ezam pada Anwar ialah :

“Kenapa sampai sekarang Anwar belum jadi Perdana Menteri Malaysia?”

Anwar tak perlu jawab soalan itu, kata Saifuddin Nasution yang faham benar dengan perangai Ezam.

Kata Saifuddin lagi, “Dia (Ezam) nak cuba buktikan yang dirinya bernilai untuk UMNO dan kami tak mahu bermain (politik) mengikut rentak dia. Anwar pun tak kuasa nak layan dan dia pun bukannya mendatangkan apa-apa kelebihan pada UMNO…”

Tetapi Ezam tidak peduli dengan kata-kata itu. Baginya, Anwar adalah pengkhianat bangsa yang sanggup meleburkan DEB dan dia merasakan, rakyat perlu tahu tentang percaturan politik Anwar.

“Menjadi tanggungjawab Anwar untuk menerangkan kepada penyokongnya, kenapa misi 16 Septembernya gagal?”

“Minggu ini, saya akan ke Kuala Terengganu.” kata Ezam lagi yang juga rakan kepada Wan Ahmad Farid, calon Barisan Nasional.

Kehadiran Ezam di Kuala Terengganu sememangnya dinantikan Angkatan Muda Keadilan berhubung butiran enam kotak yang Ezam hebohkan dahulu.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Apa yang menjadi dendam kesumat ezam pada DSAI?

    Strategi peperangan mana boleh citer kat publik. Tak cerdik sangat.

    Kesah 'dalam bilik beradu' mana boleh citer kat publik.

    tak tau lah kalau ezam, habis dia citer kat putera dan puteri umno.

    Dulu respek jugak dia ni dengan kepetahan berhujah, rupa2nya hampeh. Sori Nuraflah kasar sikit

    ReplyDelete
  2. kalau aku acu soalan untuk ezam boleh?

    Soalan aku: apa makna melukut?

    ReplyDelete
  3. Aku sokong Ezam kerana,
    bila dia kempen kat dalam bilik gerakan je.
    bila dia kata Anwar beri direct tender kat bumiputera rm10b,
    maknanya Anwar dah tolong bumiputera.
    bila dia kata ada 6 kotak bukti rasuah,bermakna memang ada pemimpin Umno rasuah dan memang terbukti ada bukti.
    Bukti tu pulak dia kata memang ada dalam tangan Anwar.
    kan bagus gitu.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Saya tak tahu mengapa dia berdendam sangat pada Anwar.

    Mungkin kerana masalah peribadi; bukan kerana perbezaan prinsip perjuangan.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.