PROTES FATWA: KENYATAAN MEDIA DARI ABIM


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) memandang berat tindakan pihak-pihak tertentu menganjurkan protes umum atau membuat kritikan terbuka terhadap fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai pengharaman perlakuan tomboy ataupun pengkid serta fatwa mengenai Yoga yang sedang dipertimbangkan. Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan sumber rujuk utama bagi umat Islam di negara ini untuk mencari penyelesaian tentang sebarang kemusykilan mengenai hal-hal agama. Fatwa yang dikeluarkan akan melalui melalui proses perbincangan yang teliti dan bersandarkan kepada sumber-sumber hukum sahih serta kaedah-kaedah perundangan Islam yang muktabar.

Oleh sebab itu, fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tidak patut dipertikaikan dengan mudah. Jika pertikaian tetap timbul, ia hendaklah disalurkan ke proses perbincangan yang tertutup dan sama sekali tidak sesuai menjadi perbahasan di kalangan masyarakat awam lebih-lebih lagi jika dijadikan bahan untuk menganjurkan protes umum atau demonstrasi. ABIM juga khuatir tindakan pihak-pihak tertentu, terutama sekali pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan bukan Islam, melakukan protes terbuka terhadap fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan akan mencetuskan suasana ketegangan dan perselisihan di kalangan umat Islam khususnya dan masyarakat amnya di negara ini.

ABIM berpendapat bahawa pendekatan terbaik untuk menangani sebarang kemusykilan dan pertikaian mengenai fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan adalah dengan disalurkan secara sihat melalui perbincangan-perbincangan ilmiah tertutup yang disertai oleh pihak-pihak ataupun individu-indidvidu yang mempunyai kepakaran dalam isu yang dibincangkan. Pada masa yang sama, ABIM mencadangkan agar pihak Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa agama yang berkenaan mengambil inisiatif lebih aggresif untuk menjelaskan kepada masyarakat umum rasional fatwa pengharaman tomboy atau pengkid untuk meningkatkan kefahaman masyarakat pelbagai agama di negara ini mengenai isu tersebut.

MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN

YUSRI MOHAMAD
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

***********
Syukur Alhamdulillah kerana banyak pihak mula mengeluarkan kenyataan berhubung protes fatwa yang telah diadakan pada hari 7 November 2008. (Sila rujuk video di bawah)



Berikut adalah beberapa kenyataan rakan blogger yang dapat saya kesan berhubung isu ini :

1) APA NAK DIKATA (8/11/2008)

2) AL-BRANGI (8/11/2008)

3) MMUTALIGAT (11/11/2008)

4)KEMBARA POLITIK (11/11/2008)

5)ABANG KWSN (11/11/2008)

6)MOHD ALI RUSTAM (12/11/2008)

7) MAHAGURU58 (12/11/2008)

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Salam,

    Bertambah banyak fatwa, bererti bertambah banyak peraturan dan kongkongan. Ini barangkali yang menyebabkan timbulnya protes.

    Bagaimanapun, pada masa kini barangkali tidak mudah untuk kita "menutup mulut" orang.

    Dari segi logik, fatwa yang baik tentu akan diterima.Akan tetapi, apabila ia diprotes dan ditolak, di mana salahnya?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Jangan Malaysia mengamal budaya keterlaluan dan ekstremis dalam isu isu Islam.
    Sila baca....
    http://news.iafrica.com/specialreport/afghanistan/1296640.htm

    ReplyDelete
  3. Nur aflah,

    Pak anuar dah tak ada harapan ker....senyap jer........

    Boring giler kalu diingatkan pak najib dan ibu rosmah akan jadi PM.....

    Boring tahap kritikal

    ReplyDelete
  4. Che Dee, saya fikir Chee Dee sudah boleh lupakan impian untuk melihat Anwar menjadi PM buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  5. Walaupun saya bukanlah penganut Agama Islam, saya rasa protes tentang fatwa berkaitan harus tidak berlaku. Fatwa tersebut hanyalah panduan dan ditujukan kepada orang orang Muslim. Hak orang Non-Muslim masih terpelihara. Saya mengharapkan Warga Malaysia mengekalkan sikap keterbukaan dan toleransi dalam soal Agama. Kita inginkan hidup harmonis tanpa menidakkan hak seseorang dalm soal kepercayaan dan Agama. Kepada CHEKDENOOR, saya masih berharap Pak Nuar akan menjadi PM kita yang akan datang.

    ReplyDelete
  6. Nak komen sikit jer, harap jangan ada yang tersinggung. Soal agama nie adalah soal yang sangat sensitif,jika kita tidak arif dalam soal agama nie kadang kadang komen kita akan back fired.

    But as a Muslim, kita sepatotnya tahu apa yang dibenarkan oleh Islam dan apa yang tidak.

    Nak jadi pondan atau gay ini bukan saja tidak dibenarkan Islam malah jika di tanya pada orang bukan Islam, they will say this is not normal. Tetapi bila kita tujukan soalan ini pada si pondan dan si gay, they will turn back to you as ask you back...what is normal?. Dan discussion akan berpanjangan dengan tiada keputusan dihujungnya.
    Ini lah sebabnya kanak kanak misti di sematkan dengan pemgetahuan ugama yang mendalam sejak kecil lagi supaya mereka menjadi orang yang kuat keimanan nya dan tidak akan goncang walau kemana saja dia berada. Perasaan takutkan Allah dan takutkan api neraka akan menjadi guidance supaya kita akan menjauhkan diri dari kemungkaran.

    Dressing code - orang Islam mempunyai dressing code, tutop aurat dari hujung kepala sampai kekaki. Tapi ada juga yang tak pakai tudong. Berpakaian lah yang elok dan jangan menjolok mata...dedah sana dan dedah sini, selak sana dan selak sini. Kan tak elok tu beb.

    Fatwa nie adalah guide-line untok kita orang orang Islam. How we should dress ourselves and how we should think,act, speak and behave as a Muslim. Kalu tak nak ikut, dosa tanggung lah sendiri.

    Non muslim need not worry. You can wear hot pants in public but dont blame the guys if they get steam-up or try to raba raba...ha ha.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.