NAJIB DAH MENANG, PAK LAH JADI SIAK?


Sah! Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno dan sebagaimana telah dijangkakan banyak pihak, memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi, sekali gus bakal dimahkotakan sebagai Presiden Umno ketujuh dan membuka laluan untuk menjadi Perdana Menteri yang baru tahun depan.

Kini Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Jumaat lalu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, beliau akan menyerahkan kuasa ketua kerajaan sebaik sahaja berakhirnya perhimpunan agung parti tahun depan.

Nur Aflah : Dikhabarkan, Abdullah telah memohon jawatan Tok Siak Masjid Kepala Batas dan bakal memulakan tugasnya pada awal April 2009. Permohonannya telah mendapat sokongan dari PM ke 6.




Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Aflah,

    Kurang sopan juga kamu ni ye. Jika taksub pada Anwar pun, tak elok kamu menghina orang lain. Dengan siarkan gambar seolah membodohkan Dollah, kamu pun dua kali lima bodoh.

    Salam.

    ReplyDelete
  2. Aku pun anonymous gakNovember 2, 2008 at 11:01 PM

    Did she mention anything about ANWAR in her post?

    TAKDE.

    Baca tu bukak sikit minda dan hati. Jangan jadi TAKSUB nak kenakan semua pro-pembangkang plak.

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah,

    Kalau boleh jadi Tok Siak kira ok juga, takut orang kampung tak terima takat jadi ahli kariah masjid saja la...

    hehehe!

    p/s: anony 10.03 PM ni marah betui la kat Aflah tapi dia tak marah pulak kat orang UMNO yang dulu kuat sokong Pak Lah sekarang hina dan caci Pak Lah...

    melayu makin melayukan diri yang dah layu.....

    thx!

    ReplyDelete
  4. Nur Aflah : Dikhabarkan, Abdullah telah memohon jawatan Tok Siak Masjid Kepala Batas dan bakal memulakan tugasnya pada awal April 2009. Permohonannya telah mendapat sokongan dari PM ke 6.

    "ADALAH LEBIH BAIK JADI TOKSIAK YANG BERIMAN DARI JADI PEMIMPIN YANG JAHAT."
    'BENANG SORAK KAMPONG TERGADAI'
    -PAK PANDIR MODEN.
    DUKU ,KINI DAN SELAMANYA.
    gAMBAR PAK LAH MCM
    -KETURUNAN LEBAI MALANG-

    ReplyDelete
  5. PERBETUALAN

    MENANG SORAK KAMPONG TERGADAI/DIGADAI.

    BIASLAH TU.........
    KENA HENTAM.
    PUSING SEKEJAP.
    MAKAN OBAT OK LAH TU

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.