SI PANDAI YANG KURANG PANDAI?


BNBBC mempertahankan tindakan Maybank membeli saham PT Bank Inter-national Indonesia (BII) dari Temasik Holding Pte Ltd.

Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN - Pulai) yang juga mencalonkan dirinya sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak bersetuju jika pembelian itu dianggap sebagai menghabiskan wang Maybank.

“If you are buying shares of BII and then plan to sell it in 2011, then I would say it is a bad investment. Here, we are talking about long-term investment. Investment value fluctuates. But if we keep it for long term without disposing of it, there is no realised loss.”

Jawapan yang diberikan oleh Nur Jazlan itu boleh diterima jika dinilai dari sudut pulangan jangka panjang. Tetapi, itu bukan isu utama kenapa pembelian itu dipertikaikan banyak pihak. Tiada pihak rasanya yang mahu menghalang mana-mana syarikat GLC melabur di luar negara jika pelaburan itu kena pada masa, harga dan risikonya.

Sebelum ini, banyak pelaburan yang telah dibuat oleh GLC di luar negara tetapi tidak dipertikaikan langsung pelaburan itu. Kenapa begitu? Jawapannya kerana pelaburan yang dibuat itu dilihat sebagai pelaburan strategik dan menguntungkan selain kena pada masa, harga dan pulangannya. Contohnya bila Proton membeli saham Lotus. Kini kita dapat melihat keupayaan Proton menghasilkan enjin sendiri berbanding hanya memasang enjin Mitsubishi suatu ketika dahulu.

Bila Maybank bercadang membeli saham BII, orang ramai mempertikaikan keputusan itu kerana harganya sangat mahal dari harga pasaran. Ada yang berkata, nilai itu empat kali ganda daripada nilai buku BII.

A Kadir Jasin menulis :

“Nampak-nampaknya Maybank sudah masuk perangkap. Kalau tak beli, duit taruhan AS$150 juta (kira-kira RM495 juta) akan hilang. Tapi ada juga orang kata, Maybank akan rugi sampai RM700 juta.

Kalau Maybank nak terus juga beli saham-saham BII, Maybank khabarnya kena pinjam sampai RM11 bilion. Khabarnya sampai waktu ini Maybank sudah pun pinjam RM6 bilion. Kita tidak mahu skandal camam Bank Negara yang rugi berbilion ringgit akibat spekulasi mata wang terjadi kepada Maybank dan orang yang bersalah tidak dihukum.

Kalau Malayan Banking rugi, ramailah rakyat Malaysia khasnya orang Melayu yang akan rugi sebab Malayan Banking milik mereka melalui pelaburan PNB.”


Realitinya, dunia kini sedang dibebani krisis kewangan Amerika yang sudah merebak ke UK. Biarpun semalam, Najib dengan bangganya berkata, negara ini tidak akan mengalami kemelesetan pada tahun ini, tetapi itu bukanlah jawapan yang bijak dan mampu menarik pelaburan luar masuk ke negara ini. Kenyataan yang diberi haruslah realistik. Biarpun negara ini mempunyai hasil bumi yang boleh dieksport, tetapi harga petrol dan komoditi sudah memperlihatkan kejatuhan yang sangat ketara. Hasil negara tentunya akan merosot dan tidak semewah sewaktu harga petrol dan komoditi melonjak tinggi. Jika tiada pelaburan baru, hasil negara tentunya akan berkurang dan tempiasnya akan kena pada rakyat juga.

Ternyata Singapura sudah dapat membaca situasi hadapan ekonomi dunia. Tindakan mereka menjual saham BII melalui Temasek adalah persiapan mereka mendapatkan wang untuk memastikan sumber kewangan mereka kekal kukuh. Tindakan Maybank membeli saham BII pada masa dunia dilanda krisis kewangan tentu akan dipertikaikan kerana berbillion wang akan dipindahkan ke luar negara. Malah sebahagian besar wang itu pula datangnya dari sumber pinjaman. Apa akan jadi kalau BII mengalami kerugian?

Kadar inflasi yang tinggi dan sentimen pengguna yang lemah di Indonesia dijangka meningkatkan nisbah pinjaman tidak berbayar dan pertumbuhan pinjaman yang sederhana, sekali gus memberi tekanan kepada Maybank yang sebelum ini menyasarkan mampu menikmati sumbangan daripada BII dalam tempoh dua tahun. Bahkan kini, para pelabur dilihat sangat berhati-hati dan kurang berminat untuk membeli saham Maybank sehingga nilai sahamnya jatuh ke paras terendah dalam tempoh 5 tahun pada 3 Oktober 2008.


Rakyat tentunya tidak mahu melihat tragedi Bank Bumiputra berulang pada Maybank kerana pepatah Melayu ada menyebut “mencegah itu lebih baik dari merawat!”
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Aflah,

    Saya suka membaca post kamu kali ini. Selama ini saya menyangka kamu membabi-buta menyokong Anwar Ibrahim semata-mata. Walaupun sangkaan itu masih belum hilang dari kepala saya, tapi saya suka membaca post yang mengulas keadaan ekonomi supaya kita sentiasa berwaspada.

    Saya setuju Maybank telah melakukan kesilapan. Untuk berundur kebelakang akan melibatkan kerugian. Oleh itu langkah yang baik adalah untuk meneruskan transaksi supaya tidak rugi. Sekiranya balik modal dalam masa 3 tahun adalah lebih baik dari terus rugi. Sekiranya Maybank kerugian sebanyak RM700 juta jika transaksi dibatalkan, iaitu RM58.33 juta sebulan untuk 3 tahun akan datang, adalah lebih baik balik modal jika dijual pada 2011.

    Krisis kewangan US mungkin bottom-down pada awal tahun depan dan kembali stabil perlahan-lajan dalam masa 3 tahun, masa yang baik untuk Maybank mendapatkan kembali wang yang telah dilabur.

    Memang betul visi kita ternyata tidak jauh berbanding dengan Temasek, Singapura. Mereka melihat jauh dan Malaysia, tapi saya tak fikir PR mempunyai visi yang lebih baik kerana pentadbiran negeri Selangor sendiri pun tungging terbalik.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Yang jelas pembelian itu terlalu mahal, dan mungkin tidak kena pada masanya.

    Ahli politik yang menyokong pembelian itu seperti menegakkan benang sahaja. Saya tidak nampak kecerdikan mereka.

    Saya tidak tahulah jika ada ahli politik tertentu yang turut mendapat keuntungan dari pembelian itu.

    ReplyDelete
  3. A'kum,

    Sebaik-baiknya pengambilalihan atau sebarang transaksi mega yang mengundang kontroversi seperti ini dijelaskan dengan mewujudkan satu Suruhanjaya untuk menyiasat dan membentangkan hasil siasatan kepada rakyat.

    Jika tiada yang sebarang salah laku, tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh mana-mana pihak. Penjelasan kepada rakyat adalah wajar bagi mengelakkan sebarang tohmahan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.