NAJIB KE NI?

Lihat gambar ini dengan teliti. Selepas itu, pastikan samada gambar ini benar atau rekaan semata-mata.



Secara peribadi, saya percaya gambar ini hanyalah rekaan semata-mata. Si pembuat gambar ini tentunya mempunyai agenda tertentu. Jika benar gambar ini palsu, saya fikir si pembuat gambar ini perlu dikenakan tindakan sewajarnya kerana perbuatan ini boleh menjatuhkan imej seorang muslim.

Perbuatan sebegini boleh dianggap fitnah yang dosanya lebih besar daripada membunuh. Mustahil Najib sanggup membenarkan sesiapa merakamkan gambarnya sedemikian rupa.

Jika benar si pembuat gambar ini tidak suka dengan Najib, banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan untuk menyatakan kemarahannya pada Najib. Tapi bukan dengan cara ini.

Apa kata anda?

NOTA : KISAH DISEBALIK GAMBAR INI DITULIS OLEH 'HANTU' MALAYSIA TODAY!


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Salam...

    Memang gambar ni rekaan... Sure...

    Kepada pembikin gambar ni :
    Kalau lu pembenci Najib, lu kena sedar bahawa dengan membuat gambar ni, lu dah bg kredit lebih kat dia, bukan menjatuhkan dia...

    Kalau lu penyokong Najib, maka lu dah berjaya dalam misi lu memberikan kelebihan kepada bos lu...

    p/s : benda2 mcm ni useless... ignore jer...

    ReplyDelete
  2. "Achtung!"

    Hope that you try to divert over sensitive related matter to private blog, not public access site. I think it's fair to the person affected and at the same we are not promoting the issue to others...

    ReplyDelete
  3. Saya rasa kamu Aflah tak perlu highlight dalam blog kamu. Membuang masa untuk perkara yang remeh-temeh. Perkara remeh-temeh untuk bebudak remaja sahaja, bukan untuk pengamal media seperti kamu.

    Niat kamu menyiarkan gambar Najib sebegitu rupa sebenarnya apa? Adakah untuk memalukan Najib didalam cara jarum halus kamu?

    ReplyDelete
  4. Siar kan aja ..... itu hak kamu dan cara kamu sendiri menilaikan. Sila berika ucapan kepada Perdana Menteri.............. di http://www.kpmu.net/2008/10/a-tribute-to-pm/

    ReplyDelete
  5. dah agak keterlaluan....

    walau bagaimana berbeza fahaman atau pendapat sekali pun jangan sampai menjatuhkan maruah seseorang....

    pada yang meng'photoshop'kan bagus hasil seninya tapi lebih bagus kalau buat hasil yang lebih bermanfaat..

    ReplyDelete
  6. Salam,

    geli hati gak ....lihat kreativiti masyarakat zaman ini......

    hmmmm .....

    ReplyDelete
  7. .......

    jangan lah lihat pada niat pembuat gambar tersebut.......

    sebaliknya lihatlah pada SEBAB mengapa gambar tersebut dicipta.......

    pasti ada sebabnya.......

    lebihkan kepada muhasabah dan koreksi.......baru masa depan terjamin.......

    .......
    salam

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    1. Tahniah kepada pembikin gambar, "you got talents" tapi sayangnya talent anda telah disalahgunakan untuk benda yang tidak berfaedah.

    2. "Tahniah" juga dengan pembikin-pembikin gambar-gambar lain (tak kira penyokong parti politik mana sekalipun) yang gemar membuat "super impose" gambar ahli-ahli politik dalam keadaan/situasi yang mungkin pada pandangan anda "lucu".

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Dalam dunia ini barangkali tidak ada perkara yang boleh dianggap mustahil. Dan tentunya tidak semua tuduhan itu fitnah.

    Bagaimanapun,adalah baik sekali jika dapat dibuktikan bahawa gambar itu adalah fitnah, dan pemimpin yang berkenaan adalah seorang yang "bersih".

    ReplyDelete
  10. Apa ulasan anda sebagai pengamal media alternatif terhadap sikap Anwar yang mempersoalkan kontrak sosial dan perlantikan hakim. Kalau Raja-Raja dan mengeluarkan peringatan, Anwar nak lawan Raja-Raja pulak ke?

    Sedutan kenyatan akhbar khas Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang baru berakhir:

    Keistimewaan

    “Kenyataan Akhbar Yang Dikeluarkan Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Mengenai Peranan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu berhubung dengan hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut Perlembagan Persekutuan.

    “Raja-raja Melayu yang menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah berunding mengeluarkan kenyataan akhbar khas bersama pada hari ini.

    “Raja-raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi Agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

    “Tindakan pihak-pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara-perkara tersebut yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

    Sebagai tindakbalas, beberapa pihak terutama pemimpin-pemimpin Melayu sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan.

    “Antara sebab-sebab yang dikenalpasti berlakunya perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah mengapa peruntukan-peruntukan tersebut dimaktubkan dalam Perlembangaan Persekutuan dan pengaruh prinsip-prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga merupakan penyebab berlakunya perkara ini.

    “Gejala ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

    “Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak tentang peruntukan-peruntukan perlembagaan tersebut di samping memberi penekanan tentang jaminan perlindungan hak-hak sah kaum lain. Perlu ditegaskan bahawa setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan telah melalui proses perbincangan, pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang telah diperjuangkan, diperbincangkan, dipertimbangkan, dimanfaatkan serta dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat, sehingga wujudnya peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai Kontrak Sosial.

    Kontrak Sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia adalah merupakan asas utama pembentukan negara Malaysia. Untuk itu Raja-raja Melayu wajar memperingatkan supaya isu berkaitan Kontrak Sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

    Dipertikai

    “Sesungguhnya, angkatan pemimpin di era prakemerdekaan, berfikiran dalam - berpandangan jauh. Raja-raja Melayu telah dibawa bersama semasa rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

    “Raja-raja Melayu juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok.

    “Kaum bukan Melayu tidak perlu merasa khuatir dan bimbang tentang hak-hak sah mereka kerana hak-hak tersebut telah dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Undang-undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    “Adalah diharapkan dengan penegasan tersebut, segala kekeliruan berhubung dengan perkara ini di kalangan rakyat jelata dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.”

    ReplyDelete
  11. peh..mmg solid..tapi no wonder pun kalau gambar ni mmg betul..orang2 berilmu/beragama pun banyak yg dh sesat..wallahualam

    ReplyDelete
  12. Salam,

    Aflah, selama mana anda rasakan anda benar dalam melaksanakan perjungan maka selama itulah anda mesti menyatakan kebenaran demi kelangsungan perjuangan menegakkan kebenaran.Usah gusar atau takut dengan apa jua ugutan.

    Soal anwar nak lawan Raja-raja melayu tak timbul kerana siapa yang menjadi kepala mederhaka raja-raja melayu sebelum ini? Bukankah UMNO? Kenapa baru sekarang cuba menjadi hero?UMNO yang mengajar rakyat supaya menentang raja..buktinya,masing-masing sedia maklum.Hentikanlah sandiwara...

    thx!

    ReplyDelete
  13. LAMA JUGA SAYA FIKIR HENDAK COMMENT-KERANA TERKEJUT AYAHANDA BERPAKAIAN SEPERTI KWN BAIK SAYA...RAMA.

    ADAPUN APA PAKAIAN YANG DIPAKAI.
    ITULAH PERANGAINYA.
    SEPERTI AYAH PIN.
    MINTA RESTU DRP TOK SAMI.
    DEKAT BATU CAVE.

    Blogger perfectwater75 said...
    .Hentikanlah sandiwara...

    ANWAR TELAH MERANA KERANA- ISA.DITUDUH LI-WAT.BUKAN PARAH MELAYU.
    ADA ORANG DI BOM C4..........
    MASIH ADA KELEBIHAN?

    Menjatuhkan imej.
    MASIH ADA SOKONGAN.....

    memalukan Najib
    DIA MEMANG TIDAK MALU.

    dah agak keterlaluan....
    PENDEKAR BUJANG LAPOK.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.