JANGAN JADI BUDAK BELA KAMBING!


Cerita ini sudah biasa kita dengar. Kisah budak yang bekerja sebagai pengembala kambing.

Suatu hari, budak itu menjerit, meminta tolong. Ada serigala mahu memakan kambing-kambingnya. Orang kampung berlari mendapatkan budak itu.

“Mana serigala itu?” tanya orang kampung.

Budak itu hanya tersenyum. Rupanya dia cuba mengenakan orang kampung. Lalu pulanglah semua orang kampung dengan nada kesal kerana perbuatan budak itu. Dari jauh, budak itu tersenyum gembira kerana dapat mengenakan orang kampung.

Tidak lama selepas itu, budak itu kembali mengulangi perbuatan lamanya. Lalu berlarilah orang kampung mahu membantu budak itu. Kali ini mereka tertipu sekali lagi. Orang kampung pun pulang dengan hampa dan sedikit marah pada budak itu.

Suatu hari, ada sekumpulan serigala mahu memakan kambing budak itu. Dia terperanjat besar dan terus menjerit sekuat hati. Setelah beberapa kali menjerit, tiada siapapun yang datang. Kumpulan serigala mula membaham seekor kambingnya. Budak itu terus berlari mendapatkan bantuan orang kampung.

Malangnya, tiada siapapun yang mahu membantu budak itu.

Kini, cerita yang seakan sama kembali berulang. Cakap-cakap tentang pelan 916 Anwar masih lagi kedengaran. Kini, PAS pula kelihatan bersemangat dengan pelan itu. Tarikh baru cuba diberi. Mungkin sebelum Aidiladha atau sebelum Mac 2009.

Cuma satu pesan saya, jangan jadi budak bela kambing!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. salam,

    kalau ada siapa melaung kata ada serigala nak baham kambing, saya akan pergi dan ambik sendiri kambing tu bawak lari

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Secara peribadi, saya percaya, dan saya masih menunggu...

    ReplyDelete
  3. Dulu budak bela kambing susah dan miskin, tetapi hari ini orang bela kambing jadi usahawan yang kaya raya. Ada Merci (meminjam kata kawan2 Indonesia).

    ReplyDelete
  4. Salam...
    perumpamaan yang tepat untuk mengulas situasi politik semasa. Tapi kak, ini dunia politik, berbeda dengan pengembala kambing, dalam politik, selagi ada laungan..selagi tu lah orang menyahut.

    ReplyDelete
  5. Contoh itu se elok dicontohkan kpd Ahli umno.
    Di gula-gulakan kita selepas itu di ulangkan lagi benda yang sama.Di tipunya berulang kali.....
    Sebelum ini Nabi saw dilatih gembala kambing,
    Sebab kambing ini sukar untuk dibentuk.
    Perangai orang politik ini juga seperti kambing.Terutama bila kambing senyum,seperti senyum kambing dalam(UM).Sinis kepada Parti PAS DAN PKR.
    (Senyuman manis hanya
    dibibir,berdebarlah jiwaku)

    ReplyDelete
  6. Minta ubah sikit menjadi

    "Jangan Jadi Seperti Budak Bela Kambing Itu".

    Tajuk asal agak mengelirukan kerana seolah2 pekerjaan itu yang tak elok.


    Catatan berkaitan:
    Kekanda Husam, Hassan Syukri, Ayuh Bela Kambing

    ReplyDelete
  7. Kambing Nabi SAW dulu senang dijaga sebab Nabi SAW hatinya suci.....walaupun tak seperti Nabi SAW, sucikah HATI para pemimpin?, kurangkah ia berhasad dengki? jauhikah ia dari fitnah memfitnah? adakah ISLAM mengajar kita semua ini? oleh itu....ke mana halakah arah kambing2 itu?

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Ana pernah tanya pada seorang sahabat...kenapa bela kambing? dia cakap ikut sunnah Nabi Muhammad(S.A.W)....

    Tapi bila time jual...harganya semacam aje...kekadang kambingnya juga masuk tanah orang......

    Itula...Sunnah Nabi WAJIB diikut...tapi AMALNYA.......

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.