5 JUTA UNTUK MAWI, 4 RIBU UNTUK PENDERMA HATI?


Mawi bakal mendapat 'hadiah perkahwinan' bernilai hampir RM5 juta pada pertengahan Disember ini. Hadiah itu merangkumi liputan menyeluruh secara langsung majlis pernikahan dan persandingan penyanyi popular itu yang akan dipancarkan ke seluruh negara. Ini termasuk tajaan lokasi, pengurusan acara dan pelbagai kos penganjuran lain yang bakal diangkat sebagai Wedding of The Year ini.

Hadiah hebat ini bakal disumbang oleh stesen televisyen Astro kepada penyanyi berkenaan yang akan berkahwin dengan kekasihnya, Nora'Ashikin Rahmat, 29, yang mesra dipanggil Ikin. Pernikahan Mawi dan Ikin dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Johor Bahru dan diikuti dengan majlis persandingan di pihak pengantin perempuan keesokan harinya. Persandingan kedua di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember dan di sebuah stadium di Johor Bahru.

Nur Aflah : Bertuahnya badan, isteri dapat... duit dapat! Moga-moga perkahwinan Mawi kekal sehingga ke akhir hayat. Laxmana, Daus, Azurri dan Crower bila lagi?



Penderma hati, Ahmad Khairiri Md. Yusop, 31, menerima kejutan semalam apabila kehadirannya pada majlis sambutan Aidilfitri Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bukan sekadar tetamu, tetapi diberi sumbangan istimewa berjumlah RM4,000. Menurut Khairiri yang hadir bersama isterinya, Suzana Azizan dan tiga orang anak mereka, pada awalnya dia hanya ke UniKL untuk berbincang bagi mengadakan ceramah di universiti itu.

"Tapi tak sangka UniKL telah menubuhkan tabung khas yang dinamakan Tabung Kembara Secebis Hati untuk saya yang dikumpul oleh pelajar UniKL dan Malaysia France Institute (MFI)," katanya ketika ditemui di kampus utama UniKL semalam. Tambah beliau, wang sumbangan yang diberi itu akan digunakan sepenuhnya untuk menampung perbelanjaan rawatan susulan kesan menderma hati kepada Mohd. Yohitt Mohd. Farhan Kutty Krishnan empat tahun lalu.

"Saya sebenarnya tidak gemar dengan sumbangan namun bila ada yang prihatin saya akan manfaatkan dan harap agar UniKL dapat membenarkan saya memberi ceramah sebagai tanda penghargaan daripada saya," kata Khairiri.

Nur Aflah : Alhamdulillah. Ada juga yang masih ingat pada Ahmad Khairiri. Tahniah buat warga UniKL :-)


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Salam..

    5 juta untuk Mawi, 4 ribu untuk penderma hati..emm ada maksud yang tersirat..

    p/s: cuba kita renung-renungkan..

    ReplyDelete
  2. Salam...
    "Nur Aflah : Bertuahnya badan, isteri dapat... duit dapat! Moga-moga perkahwinan Mawi kekal sehingga ke akhir hayat. Laxmana, Daus, Azurri dan Crower bila lagi?"

    hahahaha... kalau nasib kami seindah mawi alangkah bahagianya hidup...ye tak kawan2...?? hehehe..;-)
    dalam keadaan ekonomi yang sebegini gawat, takut kak nak pikir masa depan..inikan plak nk jaga anak dara orang...;-)

    bertuah jadi anak pak ani, tp ntah kenapa tak berkenan sungguh sy dengan budak ni... bukan dengki.. tp mmg tak bleh dengar nama ma..wi...;-) dunia ni kadang2 nampak macam tak adil, tp kita sebagai umat Islam harus percaya pada Qada dan Qadar, segala yang terjadi pasti ada hikmahnya,
    jika kita tidak dapat apa yang kita hajati sekarang, percayalah Allah Mengkehendaki sesuatu yang lebih baik bagi kita di kemudian hari..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Perbezaan itu berlaku kerana penyumbangnya berbeza dan "konteksnya" pun berbeza.

    Barangkali ini wajar-wajar saja?

    ReplyDelete
  4. Tahniah pada mawi tahniah pada Ahmad Khairiri, tahniah pada rakyat malaysia kerana memuja artis, tahniah pada semua, termasuk aku kerana masih kurang peka pada penderitaan Ahmad Khairiri.

    ;-)

    ReplyDelete
  5. Begitulah jadinya jika cenderung memikirkan bisnes dan keuntungan dari memikirkan kebajikan dan kesusahan orang lain.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.