NAJIB MAHU ZAHID?

HARAKAH | KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara.

Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya.

Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab.

Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid.

Selain itu, mereka percaya, jika Najib menerajui Umno sebelum pemilihan parti itu, ia akan mencetuskan perebutan sengit untuk jawatan Timbalan Presiden yang dijangka akan memecahbelahkan lagi Umno yang sudah pun retak di sana-sini.

Bagaimanapun, tidak ramai yang berpandangan demikian, lapor ST.

Kebanyakannya percaya Najib tidak sanggup berhadapan dengan risiko kehilangan penyokongnya sendiri jika beliau terus setia kepada Abdullah.

Najib tidak boleh lagi mempertahankan Abdullah.

Keinginan Abdullah untuk bertahan sehingga 2010 bagi memperbaiki rekod buruk pemerintahannya tidak diyakini oleh ahli-ahli Umno.

Seperti dilaporkan ST, ramai yang tidak yakin Abdullah mampu berbuat apa-apa.

Jika beliau tidak mampu mencapai apa-apa pun ketika kedudukannya kukuh, apa yang boleh dilakukan Abdulah ketika beliau begitu lemah?_
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. BUKAN ZAHID... TAPI DIA PUNYA BINI KASI TIMBALAN.

    ReplyDelete
  2. dulu mahu altantuya mongolia, sekarang mahu zahid jahilia,,,

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.