Kesal Malaysiakini buat kenyataan tanpa kebenaran penulis

HARAKAH| Merujuk kepada laporan laman web, Malaysia kini, saya Wan Nordin Wan Yaacob ingin menyatakan rasa kesal dengan laporan yang disiarkan dalam Malaysiakini.com hari ini bertajuk 'Fractures re-emerge within PAS over Sept 16 plan' oleh Jimadie Shah Othman yang menyiarkan kenyataan peribadi saya yang tertera dalam blog saya.

Saya kesal dikaitkan dengan isu tersebut yang sebenarnya disalahtafsir oleh Malaysiakini dalam laporannya hari ini.

Saya menyatakan bahawa saya bukan diarah, sebaliknya hanya diminta menarik kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat yang mana saya buat dengan rela hati saya tanpa paksaan sesiapa pun.

Dengan laporan Malaysiakini itu, saya menafikan ianya datang daripada saya dan saya percaya ia datang daripada salah seorang kakitangan yang mungkin memberi kenyataan tersebut kepada Malaysiakini tanpa kebenaran saya.

Saya akui memang wartawan Malaysaikini cuba menghubungi saya semalam, namun saya tidak mahu menjawab telefon tersebut malah tidak mahu melayan pertanyaan beliau.

Justeru ingin saya tegaskan bahawa saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan kepada Malaysiakini berhubung isu yang disiarkan.

Apa yang terkandung di dalam blog saya tidak ada kena mengena dengan pekerjaan saya, malah saya menafikan sekeras-kerasnya ada usaha menekan saya. _
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.