SHABERY MAHU PENJELASAN PDRM

Merujuk kepada artikel Malaysiakini yang bertajuk “Shabery: Polis mesti perjelas penahanan wartawan”

“Polis harus memberi penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam bahawa penahanan Tan adalah sebahagian daripada langkah pantas polis bagi memastikan keselamatanya selepas wartawan itu menerima panggilan berbentuk ugutan.”


Nampaknya, tidak semua ahli kabinet Pak Lah yang bersetuju dengan cara polis menahan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily tempoh hari.

Biarpun Hoon Cheng telah dibebaskan, tetapi episod penahanannya di bawah Akta ISA meragukan banyak pihak. Kenyataan yang dibuat oleh Syed Hamid Albar mengenai penahanan tersebut telah menimbulkan keraguan dan kesangsian rakyat terhadap rasionalnya kaedah yang digunakan oleh pihak polis.

Alasan polis untuk menahan Hoon Cheng di bawah peruntukan ISA kerana mahu melindungi keselamatan Hoon Cheng memang menghairankan. Jika keselamatannya terancam, banyak lagi kaedah lain yang boleh digunakan oleh polis untuk melindungi Hoon Cheng.

Sebelum ini, rasional tindakan PDRM membuat sekatan jalanraya besar-besaran ketika usul undi tidak percaya dibawa ke sidang parlimen telah mencetuskan polemik di kalangan rakyat. Alasan yang diberikan PDRM pada waktu itu mengenai ancaman pembangkang mahu mengadakan demontrasi besar-besaran ternyata telah dipersoalkan pembangkang di dalam parlimen.

Kita sedar yang isu ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara ini tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pihak. Bagaimanapun, itu tidak menjamin yang polis ‘bebas’ untuk bertindak sesuka hati kerana tindakan itu boleh menjejaskan imej pasukan polis di mata rakyat jelata.

Nur Aflah : Adakah penahanan Hoon Cheng di bawah ISA itu sebagai ‘amaran’ yang ingin disampaikan kepada semua wartawan di negara ini atau bukan itu alasan sebenar Hoon Cheng ditahan? Hmmm, fikir-fikirkanlah.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. The year was 2004. Malaysian were thinking that finally we had a "Justice Bao" in our new PM who would transform the racist politicians in the ruling government into a new democratic platform for the goodness of the citizens and the country. The PM got a huge mandate from the electorate and the citizens were longing to see a brighter future for the nation with good governance, high intergity and a new level of fairness to all. But that dream has collapsed and the reality remained that the country's politic has become more racist and corruption more rampant. The last nail in the coffin for the PM is when ISA detentions have been allowed in the country based on irrational and illogical assumptions, as well as lies by others! Please don't go into self denial and proclaim that the majority is agreeable to the action. Who is this majority? The party members? As a PM who has presented such high esteem as a muslim intelect, it is quite surprising that he would deemed the recent ISA detentions have been fair and accurate! The citizens in this country are not in distress, the politicians are! The citizens in this country are not in confrontation, the politicians are!

    ReplyDelete
  2. Kenyataan Ahmad Shabery, Menteri Dalam negeri dan beberapa menteri lagi memang lucu untuk didengar. Selain menunjukkan percanggahan antara satu dengan lain, ia juga memberi maklum kepada kita bahawa bahtera kepimpinan negara telah hilang kemudi. Kalau kelasi jadi nakhoda maka hanya satu sahaja kemungkinan akan berlaku. Mutiny.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    1. Sebenarnya bagi kes wartawan tersebut, peruntukkan Akta Hasutan boleh digunakan untuk memanggil beliau bagi diambil keterangannya. Lazimnya, notis untuk memanggil bagi diambil keterangan akan dikeluarkan terhadap akhbar tersebut (sebagai media yang mencetak) supaya wartawan tersebut (orang yang membuat liputan) dipanggil untuk diambil keterangannya.

    2. Kenyataan Ahmad Shabery bagi saya tidak langsung menunjukkan kepincangan di dalam kepimpinan negara. Bagi saya beliau bercakap bagi pihak media kerana beliau adalah menteri yang bertanggungjawab dan sudah tentunya ada desakan daripada persatuan wartawan.

    3. Situasi Ahmad Shabery amat berbeza dengan pandangan yang diutarakan oleh Zaid Ibrahim. Saya lebih bersetuju sekiranya pendapat Zaid Ibrahim dikaitkan dengan kepincangan kepimpinan negara. Semalam, Zaid Ibrahim telah menyatakan bahawa sekiranya Kerajaan tidak boleh bertindak adil di dalam melaksanakan ISA (kerana ramai lagi orang yang membuat kenyataan berbau perkauman yang tidak ditangkap) maka wajarlah ISA itu digunakan untuk tujuan asalnya sahaja iaitu untuk mengekang komunis dan tindakan subversif. Beliau juga secara terang-terangan telah menyatakan bahawa beliau mempunyai prinsip sendiri dan menentang ISA.

    4. Prinsip Zaid Ibrahim ini telah lama diketahui umum, khasnya di kalangan pengamal undang-undang. Sebagai seorang menteri dan dari segi prinsip parti, beliau telah membuat kenyataan yang tidak sehaluan dengan pendekatan parti.

    5. Bagi saya ini bukan tidak boleh dipersalahakan. Pak Lah yang melantik beliau, maka Pak Lah jugalah yang harus menyelesaikan kemelut ini.

    6. Cuma apa yang saya terkilan tentang Zaid Ibrahim adalah : alangkah moleknya sekiranya beliau bersikap vokal sebegini ketika menangani isu forum sensitif yang dianjurkan oleh Majlis Peguam.

    ReplyDelete
  4. BILA PAK LAH LETAK JAWATAN CEPAT MAKIN CEPAT LAH UMNO TERKUBUR BERSAMA DENGAN BN DI ISA KAN.

    BILA UMNO DAH HILANG KEMUDI.
    DAN TENGGELAM LAH IA.
    SEBENAR NYA PEMIMPIN UMNO SUDAH TIADA LAGI SELAIN DRP PAK LAH.
    HANYA PAK LAH.
    BILA PAK LAH TIADA, AKAN HILANGLAH UMNO.INI AMARAN.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.