CUAK ATAU KETAU?


Cuak maksudnya takut dan ketau maksudnya ketar (gigil) dalam loghat Melaka.

Semalam, Anwar telah menghantar satu surat yang dipersetujui oleh pemimpin utama Pakatan Rakyat meminta ‘jasa baik’ PM mengadakan sidang parlimen tergempar sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 11 (3) Mesyuarat yang menyebut :

“Pada masa majlis dalam tangguhan jika PM (Abdullah Badawi) memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua (Pandikar Amin Mulia) iaitu bagi faedah orang ramai (rakyat) mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang Di Pertua (Pandikar Amin Mulia) hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu (notis) menyatakan berapa haribulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan (notis) itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri (Abdullah Badawi) dan pemberitahuan (notis) berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli (ahli parlimen) tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.”

Tujuan sidang tergempar itu ingin diadakan oleh Pakatan Rakyat ialah untuk membahaskan usul ‘undi tidak percaya’ kepada PM (Abdullah Badawi).

Menurut Anwar, bilangan ahli parlimen yang akan menyokong undi tidak percaya kepada PM sudah mencukupi. 35 ahli parlimen BN dan ditambah 82 ahli parlimen Pakatan Rakyat telah bersetuju untuk menyokong undi tersebut yang mana akan memungkinkan Anwar menjadi PM ke 6. Jika keputusan undian tersebut memihak pada Anwar Ibrahim, maka keputusan tersebut akan dibawa kepada Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Sultan Mirzan Zainal Abidin Shah.

Itu adalah kaedah yang diperuntukkan oleh peraturan Dewan Rakyat untuk membenarkan ahli-ahli Dewan menukar kerajaan Persekutuan.

Permintaan sudah dibuat. Keputusan untuk menerima atau menolak permintaan tersebut terletak ditangan PM.


Jika PM menerima dan melaksanakan peraturan tersebut, maka rakyat Malaysia akan menyaksikan satu peristiwa bersejarah yang belum pernah diadakan sebelum ini. Pada masa itu, rakyat Malaysia akan menyaksikan sendiri, adakah dakwaan yang dibuat oleh Anwar selama ini adalah benar atau palsu.

Bagaimanapun, semalam PM telah menolak permintaan tersebut dengan berkata :

“Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan, surat yang dihantar oleh Anwar perlu dalam bentuk surat, bukan kenyataan akhbar, biarlah saya tengok dulu. Cadangan-cadangan semacam ini hendaklah dihantar dalam bentuk surat bukan hanya dibuat kenyataan akhbar sahaja. Mestilah ikut peraturan,"

Semalam juga, Anwar enggan mendedahkan senarai nama ahli parlimen BN yang dikatakan akan ‘melompat’ itu kepada umum atas sebab-sebab keselamatan dan juga atas permintaan ahli-ahli parlimen itu sendiri. Sebaliknya, beliau bersedia untuk mendedahkan senarai itu kepada PM sendiri jika PM sudi untuk bertemu dan berbincang dengannya.

Ramai penganalisis politik yang beranggapan, tujuan Anwar mahu mengadakan sidang tergempar itu sebelum Selasa ini adalah untuk memastikan ‘kes liwatnya’ yang akan bersambung semula pada Rabu depan ‘tidak akan digunakan’ oleh pihak-pihak tertentu yang mahu mematahkan percubaannya itu.

Mungkin juga Anwar sedang bimbang dirinya akan dikenakan tindakan ISA. Biarpun semalam PM memberitahu wartawan yang Anwar atau sesiapapun tidak akan dikenakan tindakan ISA, namun ianya sukar untuk dipercayai oleh Anwar. Sebelum ini, PM sendiri telah beberapa kali mengambil tindakan yang bercanggah dengan apa yang dikatakannya kepada umum. Malah, semalam juga DS Syed Hamid Albar telah mengeluarkan kenyataan yang Anwar kini sedang ‘diperhatikan’ sebelum kerajaan mengambil apa-apa tindakan ke atas dirinya.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

19 comments:

  1. Wahai Che Aflah, yang engkau pergi bertanya kepada Penganalisis politik berat sebelah tu buat apa.Itulah jawapan mereka,selain itu, mereka tak tahu nak berfikir dah.Perkara yang dicadangkan oleh PR itu,bukan perkara main-main.Ini soal Rakyat dan negara.Kalau masih nak mengelak,bila lagi nak tahu betul atau tidak PR (Anwar) mempunyai majority support kat Parliamen sekarang.Suruh mereka tengok kat Perlembagaan Malaysia dan undand-undang Parliamen,apakah maknanya dan natijahnya nanti.Apa yang diusahakan oleh beliau bukan menyalahi undang-undang atau mana-mana peraturan pun.Soal Kuasa politik,kenegaraan dan pemerintahan negara adalah juga termasuk dalam bidang tanggung jawab dan hak beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parliamen Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    1. Kesabaran merupakan antara ciri-ciri utama seorang pemimpin. Kalau betul DSAI mempunyai bilangan katak yang cukup, tahniah.

    2. Jika semangat berkobar-kobar untuk menjadi Perdana Menteri tidak tertahan lagi, maka teruskanlah. Pedulikan dengan konsep demokrasi, mengadap terus ke hadapan Yang Di Pertuan Agong bersama-sama dengan katak-katak yang melompat.

    3. Yang pastinya saya sudah bosan.

    4. Bosan terhadap semua pihak, baik Pak Lah, baik DSAI, Pakatan, BN dan yang seangkatan dengannya.

    5. Yang penting saya nak beraya dengan aman.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Wayang Kulit BN macam-macam ada. Cakap berani tapi buat takut!

    Kalau benar-benar hendak pulihkan ekonomi, hadapilah sidang tergempar Parlimen untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan dan settle disitu secepat mungkin.

    Naughty, noughty!

    ReplyDelete
  4. Kenapa lah Pak Lah ni tak berani. Bukan kah ini peluang terbaik bagi nya untuk memberi "the fatal blow" kepada Anwar. Betul la dia cuak dan cuba nak ugut orang. Jangan la main kasar, depa ingat depa saja bolih ugat oghang dengan kuasa depa, RAkyat pun ada kuasa nanti kena ugat dengan rakyat baru depa tau dan ketau sampai tercirit. Ini bukan zaman dulu kala nak buat perangai macam Megat Rambai dalam filem melayu dulu, dok guna kuasa ikut suka hati. Lawan la gentlemen sikit. Kita suruh Ketua Wanita UMNO dan PKR jadi umpire. Selamat menyambut Raya tak lama lagi dan jangan lupa beli baju untuk anak anak.dh9753

    ReplyDelete
  5. kepada crower...
    kalau lu bosan dgn scenario politik, jangan baca paper, jgn tgk tv dan yang penting jgn buka internet !!!!

    SIMPLY GO FLY KITES..

    HU,,HU

    ReplyDelete
  6. BUKAN CUAK ATAU KETAU...

    JUST BAGHRAL ATAU MANGKOK AYUN !

    ReplyDelete
  7. Kita tunggu dan lihat la, apakah kesan yang diperolehi apabila negara diperintah oleh manusia yang tidak berprinsip dan mementing diri tanpa melihat kesan terhadap rakyat dan negara. DSAI begitu rakus untuk menjadi perdana menteri.

    ReplyDelete
  8. Hai che kassim,kenapa kata begitu.Siapa yang rakus,kalau Anwar tu tak rampas kembali jawatan yang hampir-hampir menjadi hak beliau dahulu,aku kata dia dayus dan bacul la.Ingat tak?Siapa yang merampas dengan cara paling kotor..buat fitnah,kemudian dipecat,dipenjara dipukul sepak terajang sebiji macam firaun tak berhati perut.

    Hari ini Anwar nak haknya dikembalikan,dengan cara paling demokratik,tanpa paksaan.Bukan macam depa dahulu.Beliau nak jadi Perdana Menteri kerana nak jaga rakyat dan negara,kami percaya,kami yakin dengan istiqamah,beliau bukan rakus atau tamak,tetapi berjuang demi rakyat.Kalau nakkan jawatan PM,dahulu pun dah gurantee dapat,janji dia jadi pak angguk,diam diam yesman belaka kepada Tun Mahazhir PM masa itu.Siapa boleh sekat beliau masa itu.Juak-juak umno yang dok ada la ni pun kecut bila jumpa beliau,kata duduk..duduk kata berdiri berdiri...termasuklah Che Kassim ni pun sama kot.

    Janganlah nak cakap ikut hati yang di rasuk nafsu..yang rakus umno...dan kita kita yang marah sangat konon kat Anwar.Nanti kita sama-sama tengok siapa nak cium tangan DSAI setelah di nobatkan sebagai PM,tak lama lagi.InsyaAllah.

    ReplyDelete
  9. kalau rakus nak selamatkan negara dan membela nasib rakyat salah ke? berkat doa dan sokongan rakyat, kebenaran dan kemenangan pasti berpihak pada rakyat.UMNO dan BN adalah bala besar pada negara kita kalau terus bg paklah dan umno kuasa konpem kita semua akan ditimpa murka Allah kerana memilih pemimpin yang zalim dan tidak adil.biarlah kita kembali kpd Islam sebenar bukan Islam berhad dan berhari2 UMNO.Wallahualam.

    ReplyDelete
  10. Dalam bulan puasa..kan bagus kalau kita rilek sekejap..nanti masuk bulan raya kita cerita balik..AI ini kalau mau sangat jadi PM..tunggu lah sidang perlimen yang akan diadakan pada 13 Oktober, 09 akan datang ini..bukan lama lagi..buatlah undi tak percaya pada PM pada waktu itu..tak payah nak haruk orang satu malaysia dengar angan-angan itu..nak nampak kuatnya AI sekarang ini..ajak MP SAPP joint PKR..

    ReplyDelete
  11. Salam
    Saya melihat kedua2 pihak ada agenda masing2 kita yg kat sini sentiasa memberi komen dan pendapat sedangkan mereka kat sana sibuk mengenangkan nasib diri masing2 yg satu ketau kerana dicabar yg satu lagi cuak dgn kesnya akan disebut semula....

    sebenarnya kitalah rakyat yang sebenarnya merasa cuak dan ketau ni mereka buat tak tahu aje...

    kesian rakyat malaysia....

    ReplyDelete
  12. Salam sejahtera Saudara Kassim,

    Ingatkah saudara Kassim Rampasan Kuasa oleh UMNO di Sabah pada tahun90an? UMNOlah yang paling rakus dan tidak bermaruah. UMNO telah menggunakan wang ringgit untuk merampas kuasa daripada sebuah kerajaan negeri yang telah mendapat mandat dari Rakyat. Harap saudara meneliti fakta sebelum membuat komen.

    "SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA SAUDARA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT"

    ReplyDelete
  13. KES LIWAT TIDAK AKAN JADI KENYATAAN
    YANG JELAS ADALAH KES PERNUBUHAN KERAJAAN BARU.
    HIDUP MELAYU BARU .
    GENARASI BARU.
    IDEAL BARU.
    MUKA BARU.
    JANGAN BOSAN DALAM PERJUANGAN.
    KALAU PATUT MAKAN BUBUR
    KITA MAKAN BUBUR.

    ReplyDelete
  14. hadi awang oh hadi awang. bila tuan guru nak jadi pm kita...pada pandangan saya ....tuan guru hadi awang dan PAS lah yang layak menerajui malaysia....kerajaan sabah dulu tu jatuh bukan kerana PAS kerana UMNO dan yang jadi dalang pun korang pun tau saper... anwar pun bekas umno...samer jer.. hadi awang tau hukum hakam...dia lebih afdhal....cari lah orang yang berlatar belakang agama aku yakin lebih tenang dan damai..tengok lah kelantan PAS perintah ...berjaya aman jer.

    kepada penyokong PKR dalam nih korang dok sebut anwar anwar...PAS lebih layak tau....aku PKR nih sikit lah percaya dari umno...tapi kalau PAS 100% aku setuju. DAP aku mintak maaf lah....kalau pemimpin nyer isle. ....ramai ok gak... so korang yang sikit sikit anwar sikit sikit anwar hadi awang ko nak letak mana....


    hadi awang the best administrator yang berpandangan jauh...dia takder pun kecoh kecoh pun...

    kpd penyokong pkr tanpa kami dari pas belum tentu pru semua boleh berjaya. pas dah banyak makan garam so bagi lah pemimpin kami.

    jgn marah yer orang pkr.

    salam

    ReplyDelete
  15. cuak ker ketau tak kiro ler........
    alhamdulillah aku suker juge tengok ngkorang berkatuk...katuk sesama sendiri...best..teruskan...teruskan... melayu melayu oiii..tak kire ler melayu asli ker melayu celup ker...yang bukan melayu lantak ler...wa tara angkat teko... best best ..tahniah ...tahniahh.. berkatuk katuk lah kamu semua.....
    saper nak sokong saper... pun sebab aku tau hidup ni ALLAH yang caturkan.... terus lah teruslah... sebab aku suka tengok korang lingkup sesama sendiri.. kalau sesapa memerintah pun hidup atau mati yang maha kuasa ALLAH jer.

    terus kan teruskan berkatuk katuk dan berkutok kutok ngkorang sesama melayu.. teori aper...pun sapa betui ...aku kata betui betui betui...pemimpin masing masing kan kenal korang pun...terhegeh hegeh lah hampa....


    ish,... ish.. teruskan kutok kutok dan katuk katuk sampai korang tak letih...

    ramadhan nih ALLAH dah telanjang sifat dan perangai korang. ramadhan jgn tak posa plak...tapi korang berkatok aku baca jer.

    seronok tengok macam tengok sarkis.

    selam ....

    ReplyDelete
  16. rocky din

    tahu kah apa maksud flying kite dalam bahasa thai(chak wau) ,,,,,
    ka,ka,ka,,munkin crower mai lu chad(tak faham)

    ReplyDelete
  17. kpd anony....10.10 PM @19/09/08.

    apakata kalau anwar pm , hadi timbalan nya? pasti hebatkan...

    ReplyDelete
  18. ambik kau CHE KASSIM! hati kau masih berkarat ngan idealoji najis umno.

    BE OPEN MINDED bacalah harakah, jangan diperbodohkan lg.kemudian sebarkan kepada jiran jiran yang sekarat ngan mu!

    ReplyDelete
  19. Tahniah kepada puan kerana berani membuatkan isu ini semakin panas dan memanaskan bahagian yang boleh dipanaskan .. hehehe...sebenaunyer paklah dah ketau .. tak tau nak ketiau cammana lagi pasal najib altantuya dah rempoh dia dan akan pastikan paklah tersungkuq di pintu putrajaya

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.