JANGAN JUAL MAHAL


Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menggesa kerajaan menimbangkan penyemakan harga rumah kos rendah.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Presiden REHDA, Datuk Ng Seing Liong berkata, persatuan itu berharap harga itu dinaikkan daripada RM42,000 kepada RM60,000 di seluruh negara dan kepada RM75,000 bagi kawasan bandar seperti di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

"Kali terakhir harga siling bagi perumahan kos rendah disemak adalah pada 1998. Sejak itu, kos pngeluaran telah meningkat," katanya.

Ng berkata, di bawah Rancangan Rumah Mesra Rakyat, Syarikat Perumahan Negara Bhd. membina rumah kos rendah di atas tanah milik pembeli sedangkan pemaju sektor swasta menyediakan tanah dan bangunan yang siap pada harga subsidi RM42,000.

"Sebaik-baiknya, tanggungjawab menyediakan perumahan mampu milik kepada rakyat seharusnya dikembalikan kepada kerajaan agar sektor swasta boleh memberikan tumpuan kepada usaha memenuhi permintaan bagi produk dorongan pasaran.

"Industri ini berharap beban subsidi silang rumah kos rendah boleh diringankan dengan menaikkan harga," katanya.

Sumber: Bernama
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. HENDAK DUDUK DEKAT MANA LAGI.....
    RAKYAT TIADA RUMAH
    SEWA SAMPAI MATI.
    BUKAN SEMUA ADA RUMAH.
    JUAL MAHAL.
    RAKYAT TANGGUNG HUTANG SAMPAI MATI JUGA.
    YANG TINGGI-TINGGI ITU RUMAH SIAPA.
    NANTI AWAK JUGA TIDAK SENANG DUDUK.
    KERANA KENA BOM...................
    MASA AKAN DATANG JUGA.............
    AWAK LAWAN POLITIK................
    RAKYAT HILANG KEYAKINAN...........

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.