GRO CHINA JADI PILIHAN DI MELAKA


MELAKA: Kebanyakan kelab malam atau pusat hiburan di negeri ini dikesan mula menggaji ramai wanita dari China sebagai pelayan pelanggan (GRO) bagi memenuhi keperluan untuk menjadi teman kepada pelancong yang datang ke tempat mereka untuk berhibur.

Kedatangan ramai pelancong mendorong pemilik kelab berkenaan berbuat demikian walaupun menyedari semua GRO muda dari China itu memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial.

Sebelum ini, kebanyakan pusat itu menyediakan GRO dari Indonesia.

Perkara itu terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu tiga pusat hiburan berasingan di sekitar bandar raya ini awal pagi semalam dan menahan 19 wanita yang semuanya warga China dan bekerja sebagai GRO.

Ketua Jabatan Narkotik negeri, Superintendan Jaafar Mat, berkata dalam serbuan itu, polis berjaya menahan 19 wanita warga China berusia antara 21 hingga 31 tahun dipercayai bekerja sebagai GRO di pusat hiburan berkenaan.

Katanya, semua mereka didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di pusat hiburan.

“Turut ditahan dalam operasi itu ialah tiga pemilik pusat hiburan itu berusia 25 hingga 40 tahun kerana disyaki menjadi pelindung kepada GRO berkenaan,” katanya kepada pemberita di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Balai Polis Melaka Tengah dekat sini, semalam.

Jaafar berkata, dalam serbuan itu juga, seramai 84 pengunjung berusia 22 hingga 40 tahun ditahan untuk menjalani ujian air kencing.

“Daripada jumlah itu, 19 orang didapati positif mengambil dadah manakala 22 lagi didapati memiliki dadah jenis ketamine manakala selebihnya dibebaskan.

“Mereka yang positif dadah itu membabitkan 14 pengunjung lelaki dan lima perempuan,” katanya.

Beliau berkata, operasi selama dua jam itu membabitkan enam pegawai dan 40 anggota.

Katanya, hasil serbuan, polis turut menemui dua paket kecil dadah jenis ketamine seberat 0.2 gram di atas kotak pembesar suara di dalam satu pusat hiburan berkenaan.

“Seramai 22 pengunjung yang didapati memiliki dadah disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 19 pengunjung yang didapati positif dadah selepas ujian air kencing didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“GRO berkenaan pula disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahguna pas lawatan,” katanya.

“Operasi yang dilakukan itu bertujuan untuk memeriksa pusat hiburan yang beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

“Mengikut syarat lesen, pusat hiburan ini hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 1 pagi, tetapi ia kerap meneruskan operasi sehingga lewat pagi, terutama pada malam minggu dan cuti umum,” katanya.

Sumber : Metro
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam Ayu,

    Melaka ni negeri Pakatan Rakyat ke?Kalau negeri PR tak heranlah...
    sebab BN ni amalkan Islam Hadhari

    ReplyDelete
  2. MELAKA
    Negeri termaju dimalaysia lagi.
    Kota sejarah .
    Melaka berada di peta dunia sekarang.

    Apr 7 : Menara Taming Sari (Revolving Tower) Opening
    Apr 8 : Parkson Opening at Melaka Mall
    20-22 Jul : Melaka Month and Heritage Night
    7 - 19 Aug : Melaka Matta Fair .
    T O U R I S T . N E W S L E T T E R
    Check out Melaka Net monthly Archive newsletter : select here :-
    > Melaka Zoo
    > Where to Eat Dim Sum
    > Nyonya Popiah & Pai Tee
    > Golfing in Melaka & Melaka Raya Walk
    > Shoppers Beware & Nando's Chicken
    > Opening of Tesco hypermart & Hang Tuah mall
    > Jonker Walk & Portuguese Food
    > Light & Sound Spectacular
    > Butterfly & Reptile Sanctuary
    > Umbai Grilled Fish Eating Spot
    > Malacca Chicken Rice Ball
    > Malacca Ethnic Group
    > Where it all began.
    DATANG LAWAT MELAKU.
    MEMANG BANYAK HOTEL -HOTEL YANG BUAT PROMOSI .
    BUKIT CINA SUDAH TERKENAL
    SELAMAT DATANG.
    SELAMAT DATANG.

    ReplyDelete
  3. Ini menunjukkan Malaysia saperti syurga kapada pompuan daripada Tanah besar Cina.Dan nampaknya merka sudah lari daripada Klang.Selangor ,dan Pudu,KL.Kerjaan Malaysia mesti di persalahkan kerana dasar "langit terbuka" sampai kan istilah "kebanjiran Pendatang Asing" di sebut sebut di MSM dan Blogs.Malaysia tercinta sudah pun menjadi syurga dan lubuk kapada 3.1 juta orang manusia yang bukan Takyat malaysia.Di bandingkan denagan 24 juta pendiduk Rakyat Msia ber makna nisbah tiap tiap i orang asing hanya 8 orang Malaysia.Fenomena GRO(Kwai Chei girls dan Dragon Ladies) dari PRC akibat malaysia mengalualukakan orang asing yang bolih menemnuhi selera Orang Malaysia.Tidak pernah di dengar orang malaysia bantah keras terhadap kebanjiran orang sehingga 3.1 juta sudah berada di negara ini.1.5 juta ada di selangor,600,000 ada di sabah.Mereka dari Indonesia Thailand Vietnam Nepal Iraq Iran Phillipines Cina Chad Nigeria Kenya Liberia Burma Bangladesh.Ekonomi kita akan jatuh jika kita halau semua balik negeri ? Mereka hantar pulang 16 billion Rm pada 2007 di bandingkan LHDN kutip 12 billion rm saja dari penyara cukai individu.Apa kerajaan buat ? Buat de aje! sebab ada kepentingan ? Arjuna waspada.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.