RASUAH : APA KEJADAH NI YOP?

Saya cukup benci, menyampah dan marah dengan orang yang sanggup memberi dan menerima rasuah. Lebih-lebih lagi kalau perbuatan itu melibatkan manusia yang bergelar ‘pemimpin’.

Berita penahanan 2 exco Perak yang disyaki terlibat dalam rasuah wang dan seks amat memalukan sekali. Lebih-lebih lagi, Perak yang kini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang usianya belum sampai setahun jagung sudahpun dicemari dengan perbuatan terkutuk itu.

Selama ini, Pakatan Rakyat begitu lantang menentang korupsi, kronisme dan juga nepotisme. Kini, 2 exconya pula ditahan atas tuduhan rasuah. Adakah pemimpin Pakatan Rakyat ingin menjadi seperti ‘pagar yang makan padi’?

Memetik laporan Malaysiakini,

“Tiga suspek termasuk anggota exco itu ditahan sejurus mereka menerima suapan berjumlah lebih RM100,000 sebagai balasan untuk mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta.”

Perkataan sejurus bermaksud ‘sebaik sahaja’ atau ‘ketika’. Ertinya, penahanan itu dibuat sewaktu urusniaga rasuah sedang atau telah berlangsung.

Jika benar 2 exco itu terlibat dalam perbuatan rasuah, maka sewajarnya pihak Pakatan Rakyat memecat mereka daripada parti dan rakyat perlu menghukum mereka sebagai pengkhianat bangsa dan negara.

Setakat ini, Pengerusi DAP Perak yang juga ahli exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Ham menyifatkan penahanan dua pemimpin Pakatan itu sebagai satu tindakan Barisan Nasional untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Ini hanyalah satu percubaan untuk melemahkam Pakatan di Perak, dan satu percubaan untuk menyumbat mereka ke penjara," kata Ngeh, ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Ngeh berkata, perkhidmatan kedua-dua ahli exco itu tidak akan digantung sepanjang penyiasatan dijalankan oleh BPR, sambil menegaskan bahawa mereka telah dianiaya.

"Kami mengesyaki yang mereka telah dianiaya. Jadi, bagaimana perkhidmatan mereka hendak digantung?" tegasnya.

Beliau juga menyentuh tentang 'tindakan pantas" BPR bertindak dalam kes-kes yang membabitkan wakil rakyat Pakatan.

"Apa yang paling mengecewa dalam hal ini, ialah mengapa BPR bertindak pantas sekali dalam mengambil tindakan terhadap kita, sedangkan kita juga telah membuat banyak laporan terhadap BN tentang perbuatan rasuah mereka?" soalnya.

Ngeh, yang juga ahli Parlimen Beruas, mempertahankan pemimpin Pakatan, sambil berkata mereka telah diingatkan supaya jangan terbabit dalam rasuah sebelulm kerajaan negeri ditubuhkan dahulu.

"Kita mahu mengisytiharkan bahawa kita telah memberi penekanan terhadap ketelusan dan penubuhan sebuah kerajaan yang bebas rasuah, sebelum kita menubuhkan kerajaan negeri," tambahnya.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pula berkata: "Apa yang baru? Mereka telah bercakap mengenainya sepanjang masa. Kita hanya perlu tunggu BPR menyiapkan siasatan mereka tanpa sebarang campurtangan."
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

20 comments:

  1. we wait and see................................
    aku sentiasa menilai berdasar fakta
    tak nak emosi bagi komen... apa pun hukuman belum di jatuhkan. .....rileks....yang penting aku pertama responsed artikal kak aflah.

    so bagi lah nasigoreng kampung sepinggan... kak aflah oii..

    kak aflah jgn mare...

    ReplyDelete
  2. Hai pukat dah makan jerat...politik oh politik tapi saya rasa tidak mengena............................
    Kena buat taktik lain....bagi nampak real...
    macam cerita "horror"
    Nampaknya macam bermusim
    Sekarang ni musim apa? Tambah satu musim lagi, tapi hanya ada dekat malaysia saja
    musim Beku - O.000000000.0000 ....

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum.

    Sy orang Indonesia, meskiun ada perbedaan dg bahasa kita, tapi saya sangat menikmati tulisan dalam blog ini. Great content and meaningfull. .......

    Wassalamu'alaikum wr. wb.

    Alif Winarto
    http:/www.bakpiajogja.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Pakatan rakyat pun ada buat silap. pengaruh duit susah sikit orang nak kawal kalau iman tidak kuat.Sesetengah perkara pr juga telah mengaku kesilapan tetapi terlalu dimanipulasikan bn. Itu masalahnya, sedikit kesilapan atau tuduhan terus diperbesarkan seolah-olah perkara itu betul. Tetapi bila siasatan menemui jln buntu mereka tidak pula memperbesarkanya sebab tidak ada faedah kepada mereka. Semua ini memerlukan pegangan agama yang kuat!

    ReplyDelete
  5. Saya juga merasa enak dengerin instrumen itu. Tajuknya "Bismillah" by Hadad Alwi

    ReplyDelete
  6. Paham pun kamu Aflah. Duit tidak mengira siapa kan? UMNO ke? MCA ke? MIC ke? PKR ke? DAP ke? PAS ke? Semua sama aje. Bila berada ditampuk kuasa, mata terus jadi buta. Jadi kamu ni asik membela Pakatan Rakyat selalu tu buat apa?

    Jadi kata-kata anonymous kat atas tu betul. Komen bukan berdasarkan emosi, tapi pada fakta. Tak semesti fakta Malaysiakini tu semua boleh ditelan bulat-bulat. Malaysiakini pun ada agenda tersendiri. Nilaikan sebelum membabi-buta menyokong mereka. Kamu ni asik nak popular dengan menyedut maklumat dari Malaysiakini sahaja.

    Isu Saiful pun sama sahaja. Kalau betul dia diliwat Anwar, berdosalah kamu mempertahankan Anwar. Sanggupkah kamu berdosa mempertahankan perkara yang kamu sendiri tidak tahu kebenarannya.

    Fikir lah ya...

    ReplyDelete
  7. WOI BANGGANG N LEMBU.

    PERKARA NI MASIH DALAM SIASATAN. BELUM KENA DAKWA LAGI.

    KOMISEN RM 300,000,000.00 KAPAI SELAM MCMANA?

    ReplyDelete
  8. Sila lihat blog Perisik Rakyat

    ReplyDelete
  9. Yang hairannya mengapa kes ini timbul dengan mendadak disaat PRK Permatang Pauh?
    sedangkan komisyen 300 juta itu tak timbul2 pun.
    sejak akhir akhir ini ada saja perkara2 anih yang UMNO timbulkan untuk menyerang PKR.

    ReplyDelete
  10. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tetapi saya menilaikan sesuatu kejadian itu melalui keadaannya..(semestinya pilihanraya kecil PKR di Pematang Pauh)

    PERSOALANNYA :
    Susah sangat ke nak perangkap seseorang dengan tuduhan rasuah?

    PANDANGAN SAYA :
    1. Kalau duit sebanyak itu pastinya ia disampaikan didalam bentuk sampul atau bungkusan. Takkan duit sebanyak itu terlanjang begitu sahaja...

    2. Orang yang menerima itu mungkin tidak tahu apa sebenarnya yang terkandung didalam sampul / bungkusan yang diterimanya. Sipemberi mungkin menyatakan ianya adalah dokumen / sesuatu bahan lain yang mungkin diperlukan oleh sipenerima didalam urusan urusniaga mereka.

    3. Maka apabila bungkusan itu sudah ditangan penerima dan BPR membuat tangkapan sewaktu perbuatan itu sedang berlaku, maka ianya adalah dianggap/disesifikasikan sebagai rasuah.

    Saya memandang perkara ini dari perspektif diatas kerana keadaan isu semasa yang sedang dialami dinegara ini.

    Maka beringatlah, kerana dunia ini penuh dengan syaitan yang bertopengkan manusia

    Wassalam
    FIVEZERO

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    1. Untuk membuktikan kesalahan rasuah, Seksyen 10 Akta Pencegahan Rasuah menyatakan :-

    Mana-mana orang yang sendiri atau melalui atau bersama dengan mana-mana orang lain-

    (a) secara rasuah meminta atau menerima atau bersetuju untuk menerima bagi dirinya atau bagi mana-mana orang lain; atau

    (b) secara rasuah memberikan,menjanjikan atau menawarkan kepada mana-mana orang sama ada bagi faedah orang itu atau bagi faedah orang lain,

    apa-apa suapan sebagai dorongan untuk atau upah bagi,atau selainnnya oleh sebab-

    (aa) mana-mana orang melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi, sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku; atau

    (bb) mana-mana pegawai sesuatu badan awam melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan dengan apa-apa perkara atau transaksi,sama ada yang sebenar atau yang dicadangkan atau yang mungkin berlaku, yang dengannya badan awam itu terlibat,

    adalah melakukan suatu kesalahan.

    2. Elemen yang perlu dibuktikan :-

    (a) suapan;
    (b) pemberian dan penerimaan suapan;
    (c) pemberian dan penerimaan suapan adalah untuk (aa) atau (bb)

    3. "suapan" ertinya-

    (a) wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;

    (b) apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;

    (c) apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

    (d) apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;

    (e) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;

    (f) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau
    yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-
    apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

    (g) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana
    perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu;

    "urus niaga" termasuklah-

    (a) apa-apa belian, jualan, pinjaman, gadaian, gadai-janji, lien, sandaran, kaveat, pindah milik, serahan, serahhak, subrogasi, pindahan, alang, derma, amanah, peruntukan, deposit, pengambilan keluar, pemindahan antara akaun, atau pelanjutan kredit;

    (b) apa-apa pewakilan atau pemberian surat kuasa wakil; dan

    (c) apa-apa perbuatan yang menghasilkan apa-apa hak, kepentingan, hakmilik atau keistimewaan, sama ada pada masa sekarang atau akan datang atau sama ada terletakhak atau kontingen, dalam
    semua atau sebahagian daripada mana-mana harta yang diberikan kepada mana-mana orang.

    ReplyDelete
  12. Salam Nur Aflah,

    Nak post komen bagi seluruh dunia baca kenalah beringat. Selidik betul2 dulu. Tak payah beremosi sangat ye. Banyakkan istifar. Saya rasa blog yang paling kritis dan analitikal masa kini adalah The Scribe yang bijak mengupas isu dari sudut pandangan yang berbeza and not emotional. Wallahualam.

    Ana

    ReplyDelete
  13. Salam...

    ulasan anon 2:29 memang ade betulnye...

    ulasan anon 12:17 pun same...
    mintak la dijauhkan kite drpd menuduh orang yang x bersalah sebagai bersalah... dosa woooo...

    ulasan bomoh din ade garang skit laa... bwk besabar tok bomoh, "kebenaran pasti akan berpihak kepada yang benar"...

    for Aflah : rasenye sedikit keraguan tentang perkataan "sejurus" itu memang patut diulas dan diterangkan...ape yang kite perlukan adelah keterangan dan cerita sebenar penangkapan tersebut, yang mana hanya mereka yang terlibat boleh memberikannya...dan mereka harus memberikannya dalam kadar segera! bukan selepas sempat mereka2 jalan cerita...

    to crower : anon 2:29 tu gune trend lu la bro...but dunwori, lu stil mantap bro! cume bahasa undang2 tu wat gua sedikit pening la bro... tlg la translate sket bro...

    ;)

    ReplyDelete
  14. Guan Eng wins easily
    By Leslie Lau

    KUALA LUMPUR, Aug 20 — Any doubt that Penang Chief Minister Lim Guan Eng was the big winner in tonight's "live" televised debate with his predecessor Tan Sri Dr Koh Tsu Koon was probably erased during the winding up by the two men.

    The knock-out punch came in this one-liner from Lim: "If there was no corruption in the previous Barisan Nasional (BN) government, then they would not have fallen in the March election tsunami."

    But Koh was not the only loser in the debate.

    Lim scored points against Umno and the BN as well by using the occasion to insinuate Koh was still protecting his coalition partners and that he had given special treatment when allocating land to those with political connections.

    "Why was special treatment given to Abad Naluri in the allocation of land originally meant for recreational purposes to be converted to one for mixed development for the Penang Global City Centre project?" he asked.

    Koh may have thought the occasion was an opportunity for him to score political points in a valiant attempt to revive his decimated Gerakan party.

    He was wrong.


    His advisers should have told him that the topic of the debate, to discuss accusations by Lim that his government had mismanaged various land deals and caused hundreds of millions of ringgit in losses to the state government, would cause him to be on the backfoot.

    And indeed, Koh looked uncomfortable and defensive, except for a few glib comments and retorts, in the form of accusing his political foe of being more interested in attacking him then in governing the state.

    "He is now the CM but yet he still behaves like he is still in opposition," said Koh at the beginning of the night's proceedings.

    That was probably as good as it got for Koh.

    Lim, on the other hand, appeared to understand the art of debating in politics.

    He hammered home the point that the previous state government's mistake in alienating land that it did not own to a quarry operator had caused more than RM40 million in damages to the state's coffers.

    The DAP secretary-general also kept asking the question of why Koh's administration had not taken action against the officer responsible for the mistake.

    But more than just debating the alleged land scams, Lim used the occasion to highlight his administration's manifesto, publicising his commitment to "competency, accountability and transparency," or CAT as it has become popularly known.

    Koh attempted throughout the debate to defend his administration, pointing out that two probes conducted by the Anti-Corruption Agency (ACA) found no wrongdoing.

    Perhaps his advisers should have also told him that public confidence in the ACA remains low even now.

    Strangely, Koh resorted at one point to his almost photographic memory of the dimensions of his former office to defend accusations that he had handed over an almost empty office to Lim after losing in the elections.

    "The Chief Minister's Office on the 28th floor has more than 14,000 square feet of office space. The CM's room has more than 2,000 square feet. All the files are kept in the cabinet. The desk may have been empty but that does not mean there were no files," he said.

    Lim's reply to that was to stick to his point that he found no files.

    "We had to dig, dig, dig ourselves. But do not worry because when we had no resources in opposition we still managed to uncover scandals, what more when we are in government."

    But perhaps the moment which underscored the uneasiness in which Koh found himself in tonight was when he was answering a question on how he thought land administration could be improved.

    He said that improving the administration was a continuing process and was an "unending struggle".

    Perhaps that was not quite the answer that should have been given by a man defending almost two decades in power as chief minister.

    Gerakan is already wracked by infighting and in much turmoil following the loss of Penang to the DAP.

    Its acting president may have to do more than appear on television to regain political support.

    ReplyDelete
  15. Memang kita suka kalau BPR aktif buat kerja bagi menghapuskan rasuah.

    Tapi yang kita tak suka adanya tangan-tangan ghaib di belakang BPR.

    Walaupun di atas kertas BPR kelihatan bebas tetapi hakikatnya dia masih menjadi tunggangan dan alat politik BN.

    Kes rasuah akan didedahkan jika ada suara yang menentang macam Yong Teck Lee baru-baru ini.

    Kalau menyokong BN, besar mana pun rasuahnya boleh ditutup atau disimpan.

    Kalau menentang, yang tak ada kes rasuah pun boleh diada-adakan atau direka.

    Jelasnya BPR masih menjadi senjata politik BN. Kalau tak masakan rasuah semakin berluas-luasa sejak BPR ditubuhkan.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum,

    1. Lumrah dunia sekarang, bagaikan sukar untuk menghapuskan rasuah. Ianya boleh diatasi sekiranya kita berpegang kepada ajaran Islam, menghayati Al-Quran & Hadith dan bertaqwa kepada Allah S.W.T.

    2. Rasuah tidak mengira bangsa, pegangan politik atau agama yang dianuti.

    3. Teringat pada waktu saya menjalani latihan praktikal di IPK PDRM Kajang lebih 10 tahun dahulu, sambil minum kopi bersembang dengan seorang pegawai polis berpangkat ASP, pegawai tersebut bertanya kepada saya "dah grad nanti nak kerja apa dik ? jadik lawyer ke ?". Dengan muka seposen saya menjawab "nak join polis bhg. pendakwaan kot". Sambil tersengih pegawai tu berkata "tak payah la dik, tgk mcm abang ni, gaji bersih tak pernah usik pun".

    4. Mula-mula saya tak faham (sebab masa tu tak faham asam garam dunia penguatkuasaan) tapi bila saya sedar, baru saya terkejut. Akibatnya, saya tidak menyertai PDRM.

    ReplyDelete
  17. Guan Eng wins easily
    By Leslie Lau????
    (bila masa guan eng menang? yang pasti guan eng asyik tak faham (cuba kira lebih 10 kali "yang kami tak faham" diulang-ulang) zaman sekolah kalau apa yang cikgu cakap tak faham-faham bebal namanya tu?

    ReplyDelete
  18. jangan melompat~

    itu gaya pelajar UiTM

    ReplyDelete
  19. Segala tuduhan rasuah masih dalam penyiasatan dan belum terbukti exco2 Perak bersalah. Tetapi agak pelik mengapa BPR mengejar orang2 tertentu sahaja dan tidak pemimpin2 parti kerajaan. Terdapat kedengaran suara dari pemimpin UMNO itu sendiri untuk pemilihan parti UMNO cawangan, bahagian dan sbagainya yang akan datang politik wang berleluasa mengapa BPR tidak mengejar mereka walhal ia jelas dan nyata orang UMNO sendiri menyatakan berlaku rasuah politik wang.

    ReplyDelete
  20. Salam, [SILA BACA KOMEN SAYA]

    saya memandang rendah kpd setiap org yg terlalu EXTREME dlm memperjuang kn bangsa, krn pd saya keutamaan yg harus di berikan adalah pd agama kita (ISLAM). . .our ultimate role model should b our Prophet Muhammad s.a.w. . .tidak wujud tanah perkuburan MELAYU (khas utk org melayu), dan tidak pula kita akan di soal nnt di dlm kubur APA BANGSA KAMU?? atau pun APA PARTI KAMU UNDI?? Kita juga tidak akan di bahagi-bahagikan mengikut BANGSA di Padang Mahsyar kelak. . .

    ingat kembali zaman Rasulullah s.a.w dan bagaimana Piagam Madinah dibuat. . .hayati isi kandungannya. . .tiada cacat cela dan sgt adil utk rakyat hidup aman damai dan bersatu padu. Rasulullah s.a.w juga mempunyai bangsa dan bangsa baginda sendiri juga yg telah mengkhianatinya malah mengancam utk membunuh Rasulullah s.a.w. . .Rasulullah s.a.w tidak pilih kasih terhadap bangsanya dgn bangsa2 yg lain. . .Rasulullah s.a.w juga tidak hanya menyebarkan agama ISLAM pd bangsanya shj dan menyarankan umatnya agar berbuat baik sesama bangsanya shj. . .ISLAM menggariskan agar umatnya berbuat baik sesama manusia dan bukan sesama BANGSA shj. Kita tidak boleh PREJUDIS seperti rata-rata bangsa MELAYU sekarang ini yg memandang serong terhadap bangsa lain dan secare membabi buta membenci bangsa lain hanya semata2 berlainan bangsa. Tidak hairanlah bangsa lain juga turut membenci BANGSA MELAYU kerana kite juga (MELAYU) adalah bangsa yg PREJUDIS.


    Ya, saya juga tahu mungkin ada segelintir yg membaca comment saya ini akan berkata di hati kecil mereka "zaman sekarang dah berubah", "kita ni manusia biase je, bukan nabi", "Selagi pemimpin paling atas adlh islam, semuanye akan selamat", "parti inilah yg telah memperjuangkan kemerdekaan utk negara" dan berbagai2 lg alasan dan juge alasan yg lain yg terlalulah byk sehingga ada yg tidak boleh di terima pakai. . .Kita perlu ingat, ISLAM adalah agama sepanjang zaman yg boleh di sesuaikan mengikut peredaran zaman. . .
    Hanya kerana 1 Parti shj yg PERNAH memerintah Malaysia tidak bermakna Parti lain tidak mampu utk memimpin Malaysia. . .Berfikirlah sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan...jgn terus dibayangi bayang2 semalam. . .

    "Kewibawaan seorang pemimpin boleh di lihat dan di nilai dari cara beliau memimpin keluarganya"~

    "A good leader knows what he needs to hear, NOT what he wants to hear" ~

    "Pemerintahan Islam merupakan amanah Allah kepada umat manusia kerana ia merupakan perkara asas untuk memakmurkan dunia" ~

    "Pemerintah Islam dianggap KHALIFAH iaitu wakil pemerintahan yang bertanggungjawab menunaikan tuntutan Islam dalam pemerintahan" ~

    "ISLAM ITU ADALAH SEMPURNA" ~

    sekian

    w'salam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.