NIK AZIZ KELETIHAN SEMULA

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimasukkan ke Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, Kelantan selepas berasa keletihan.

Beliau kini dilaporkan sedang berehat sambil menjalani rawatan di hospital tersebut.

Bersama-samalah kita berdoa agar kesihatan TG Nik Aziz kembali pulih seperti biasa.

Gambar ini diambil pada 2004

Sedikit biodata TG Nik Aziz :

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Nik Aziz dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari ayahnya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.

Beliau juga pernah menuntut di:

Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat, Kelantan (3 Bulan) – 1936
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian, Kelantan
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas, Besut, Terengganu
Universiti Deoband, India – 1952
Universiti Lahore, Pakistan - 1957
Beliau mampu berkomunikasi dalam Bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung. Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

“Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.”
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam Aflah...

    How r u? Hope sihat sejahtera selalu...

    Kita semua keletihan...itu memang diakui...mudah2an ALLAH memberkati...

    Sesame doakan TGNA cepat sembuh... Kekadang kesian tengok dia, fizikalnya memang tak berape kuat dah...

    Saye sendiri pernah pimpin dia turun dan naik tangga... Memang uzur... Namun auranya masih kuat dan mohon ALLAH tunjukkan jalan pada kita semua...

    p/s : warne ungu ni cantik... cantik sangat! x yah tukar lagi ek... And, bleh ajar tak cemane nak tukar2 template blog ni? nak tukar jugak laa...

    ReplyDelete
  2. Salam ziarah..

    Marilah kita semua rakyat Malaysia..tak kira agama, bangsa dan fahaman politik..sama2 berdoa akan kesejahteraannya..

    p/s semoga cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  3. salam..

    yang hidup pasti akan mati..

    semoga cepat sembuh tok guru..amin.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.