SHABERY DAH 'READY', ANWAR TETAP 'STEADY' | Malaysiakini


15 Julai 2008, jam 9 malam bersamaan hari Selasa 12 Rejab 1429H, satu sejarah baru akan dicatatkan dalam usaha memulih dan memantapkan sistem demokrasi di Malaysia. Insya’Allah, Ahmad Shabery Chik dan Anwar Ibrahim akan berdebat di Dewan Bahasa & Pustaka Kuala Lumpur.

Tajuk perdebatan mereka ialah “Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak’

Menurut Agenda Daily selaku penganjur debat tersebut, acara yang bakal dilangsungkan itu menggunakan format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Berkemungkinan besar, format debat tersebut seperti video di bawah :



Acara debat tersebut akan disiarkan secara langsung di TV3 dan juga Astro Awani bermula jam 9.00 malam.

Hanya 200 orang penonton dibenarkan masuk ke dalam dewan. Shabery dan Anwar hanya dibenarkan membawa 50 penyokong mereka sahaja. Selebihnya adalah atas undangan Agenda Daily.

Pak Lah menyifatkan debat tersebut sebagai ‘bagus’ sepertimana yang dilaporkan oleh Agenda Daily. Manakala, Shabery pula sanggup melepaskan jawatan Menteri Penerangan yang disandangnya sekarang jika pihak kerajaan merasakan beliau gagal dalam debat tersebut.



Saya tabik dengan keberanian Shabery yang sanggup melepaskan jawatannya demi melaksanakan tugas sebagai ‘menteri yang menerangkan’. Ternyata beliau tidak ‘sayangkan’ jawatannya itu. Tidak seperti sesetengah menteri yang sanggup mempertahankan jawatannya habis-habisan biarpun kredibilitinya selalu dipertikaikan oleh rakyat.





Pada saya, sudah tiba masanya amalan demokrasi di negara ini diberikan nafas baru sesuai dengan peredaran dan kehendak semasa. Secara peribadi, saya berasa sedikit lega bila Pak Lah semakin ‘terbuka’ dalam amalan demokrasi di Malaysia. Sejak akhir-akhir ini, beliau ‘membenarkan’ saja rakyat bersuara samada melalui blog, forum ataupun di atas jalan. Saya harap, kebebasan ini akan berterusan di masa-masa akan datang dan sewajarnya program debat antara Anwar dan Shabery itu dijadikan titik permulaan dalam membuka lembaran baru amalan demokrasi di Malaysia. Mungkin Pak Lah lebih sesuai digelar “Bapa Demokrasi” selepas beliau menamatkan tugasnya sebagai Perdana Menteri Malaysia.

"Berani kerana benar!"
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Assalamualaikum,

    1. Masih terlalu awal untuk memikirkan apa-apa gelaran bagi Pak Lah. Umumnya sehingga setakat ini, gelaran "Bapa Kenaikkan Harga Petrol dan Inflasi Negara" telah pun disandang oleh beliau.

    2. Acara debat ini sepatutnya digunakan sepenuhnya oleh DSAI untuk menjelaskan dengan secara terperinci mengenai mekanisma-mekanisma yang akan digunakan olehnya untuk mengurangkan harga minyak sekiranya cita-cita beliau untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

    3. Mekanisma yang bakal dijelaskan oleh DSAI juga harus membuktikan bahawa perancangan beliau bukan sahaja merupakan perancangan untuk menyenangkan rakyat pada kadar jangkamasa pendek sahaja, malah mekanisma juga harus membuktikan bahawa ianya tidak akan membawa impak negatif terhadap ekonomi negara untuk jangkamasa panjang.

    4. DSAI juga adalah diharapkan dapat memberikan penjelasan setakat mana mekanismanya dapat bertahan apabila bertembung dengan suasana kenaikkan harga petrol sedunia. Umum mengetahui bahawa kenaikkan harga petrol merupakan fenomena sedunia dan tidak terhad kepada fenomena domestik.

    5. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa BN telah pun membuat satu kesilapan apabila meletakkan Shabery sebagai pendebat. Isu yang dikupas merupakan isu ekonomi. DSAI selaku bekas Menteri Kewangan memounyai kepakaran di dalam bidang itu jika hendak dibandingkan dengan Shabery yang diragui akan ilmunya di dalam bidang ekonomi. BN sepatutnya diwakili oleh Menteri Kewangan Kedua, ataupun lagi molek, di wakili oleh Menteri Kewangan Pertama iaitu Pak Lah sendiri (walaupun ini tidak akan menjadi kenyataan).

    ReplyDelete
  2. Ingat lagi..sebelum dan selepas a BN menang besar 2004, Pak Lah kata apa..macam-macam slogan dan janji. Walk the talk...lah...work with me..lah...masaalah kehakiman akan dikaji..polis pun akan diperbetulkan, dll, dll...lepas itu..dia pun tidor dan tidor..pegang perempuan sana-sini...tipu tarikh PRU12 dan sekarang kena belasah dalam PRU12..janji lagi..kena tunggu 1 atau 2 tahun baru percaya cakap Pak Lah.

    ReplyDelete
  3. hye..
    leh kenal?

    ReplyDelete
  4. sy stuju sgt kalo semua isu diperdebatkan...br rakyat tau ape relevannya sesuatu perkara dilakukan..

    ReplyDelete
  5. Semua mengharapkan debat yang disebut2 menjadi kenyataan. Kemudian ianya benar2 berlaku pada tarikh dan masa yang ditetapkan. DSAI seperti biasa dapat meluahkan apa hendak disampaikan dengan berkesan. Shabery pun mengikut kacamata hitam Paklah berjaya menyampaikan "mandat" kerajaan dan seterusnya mengekalkan jawatannya.

    Lepas tu apa? Apa yang kita rakyat dapat? BN turunkan harga minyak? Kerajaan BN berubah, transform drp pontianak hisap darah kepada pempuan cantik? MP BN lompat beramai2 macam katak?

    Debat seperti ini sebenarnya tidak membawak apa2 kesan dalam negara yang demokrasinya telah mati seperti Malaysia. Suara rakyat tak diendahkan, malah kena goreng pulak hidup2.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.