“Hang tumbuk aku, aku tumbuk hang… Orang lain dok lawan dapat tanah!” itulah antara ayat yang keluar dari mulut Dr. Asri ketika beliau menyampaikan kuliah hadithnya di Masjid Alwi, Kangar pada 2 Julai 2008.
Ayat tersebut ternyata menggambarkan keresahan dan juga amaran daripada seorang mufti muda mengenai isu konspirasi yang melibatkan DS Anwar dengan DS Najib.
Sebenarnya bukan Dr. Asri sahaja yang resah dan rimas dengan isu konspirasi tersebut. Saya percaya, ramai lagi rakyat di negara ini yang berperasaan sebegitu. Malah, indeks Bursa Malaysia juga telah mencatat kejatuhan tertinggi untuk tahun ini selepas dagangannya ditutup semalam.
Para penganalisis saham menjangkakan, tidak mustahil indeks Bursa Malaysia akan jatuh di bawah paras 1,000 mata jika isu konspirasi tersebut tidak dapat diselesaikan dengan baik.
Di saat ini, nama negara kita begitu popular di serata dunia. Bukan popular disebabkan oleh kemajuan ekonomi ataupun kestabilan politiknya tapi popular disebabkan oleh isu pertelagahan 2 nama besar yang disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.
Sebagai umat Islam dan mengaku negara ini sebagai sebuah “negara Islam tulen”, kita sepatutnya berasa malu dengan sikap dan perbuatan fitnah yang melibatkan 2 nama besar itu. Inilah akibatnya apabila sistem pentadbiran, perundangan dan kehakiman kita tidak berlandaskan kepada hukum dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.
Apabila umat Islam di negara ini masih lagi menggunakan sistem perundangan dan kehakiman yang dicipta oleh manusia, maka inilah akibatnya. Terlalu mudah dan senang pertuduhan dibuat oleh mana-mana pihak tanpa memikirkan natijahnya di sisi Allah SWT.
Sewajarnya semua umat Islam di negara ini sudah dapat ‘membuka mata dan hati mereka’ tentang betapa pentingnya sistem perundangan dan kehakiman dirombak dan disesuaikan dengan tuntutan Allah SWT agar tiada lagi umat Islam di negara ini yang akan teraniaya dengan ‘sistem’ yang digunapakai sekarang.
Percaya dan berimanlah pada ‘sistem’ yang telah diajar dan ditetapkan oleh Allah SWT kepada kita. Usahlah kita percaya lagi pada ‘sistem’ yang telah direkacipta oleh makhluk yang bernama manusia kerana ternyata ‘sistem’ itu telah banyak cacat dan celanya.
Akhir kata, fikirkanlah maksud ayat di bawah ini:
“Kami telah menurunkan kitab kepada engkau (ya Muhammad) dengan (membawa) kebenaran yang membenarkan kitab yang dihadapannya serta mengawasinya, sebab itu hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka, (dan berpaling) dari kebenaran yang telah datang kepada engkau.
Kami adakan untuk tiap-tiap umat di antara kamu satu syariat (peraturan) dan satu jalan. Kalau Allah mengkehendaki, niscaya Ia jadikan kamu umat yang satu, tetapi Ia hendak mencubai kamu tentang apa yang diberikanNya kepada kamu, sebab itu berlumba-lumbalah kamu (membuat) kebaikan.
Kepada Allah tempat kembalimu sekalian, lalu Allah mengabarkan kepadamu, tentang apa-apa yang telah kamu perselisihkan.”
Surah Al-Maaidah, ayat 48
Home
Anwar Ibrahim
Melayu
“Hang tumbuk aku, aku tumbuk hang… Orang lain dok lawan dapat tanah!” - Malaysiakini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment
PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.