DEBAT ANWAR - SHABERY : KEBERANIAN SHABERY WAJAR DIPUJI | Malaysiakini














Biarpun terdapat beberapa pemimpin tertinggi UMNO yang menentang niat Ahmad Shabery Chik (Menteri Penerangan) untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim berkenaan dengan isu minyak, namun Shabery tetap dengan keputusannya.

Bukan calang-calang orang yang sanggup berdebat dengan Anwar kerana Anwar sememangnya sudah terkenal sebagai pemidato dan juga pembahas yang baik di negara ini. Silap haribulan, keputusan Shabery itu bakal memakan dirinya sendiri.

Sudah pasti rakyat ingin menonton acara debat tersebut atas beberapa sebab seperti :

1) Siapakah yang akan menang dan siapa pula yang akan kalah dalam debat tersebut. Ini kerana, perkataan debat sahaja sudah membawa maksud “ada pihak yang menang dan ada pihak yang kalah”. Saya agak tertarik dengan kata-kata bekas Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim yang bertanya “Kalau menang dapat apa dan kalau kalah dapat apa?” Persoalan tersebut memang menarik untuk dibincangkan.

2) Buat pertama kali dalam tempoh 10 tahun, Anwar bakal muncul dalam saluran RTM dan difahamkan juga, ada beberapa lagi stesyen TV yang ingin menyiarkan program debat tersebut secara langsung. Sudah pasti, program debat tersebut bakal mencatat rating tertinggi dan ditunggu-tunggu oleh rakyat.

3) Ketokohan Shabery dalam arena politik tanahair belum begitu menonjol. Namanya mula meningkat naik hanya selepas beliau memegang teraju kementerian penerangan bagi menggantikan Zainudin Maidin yang gagal memenangi kerusi Parlimen Sg. Petani. Sekiranya hujah, tutur kata dan ekspresi Shabery dapat menarik perhatian penonton, tidak mustahil kredibilitinya sebagai ahli politik akan terus berkembang.

4) Persoalan mula timbul di kalangan penyokong Anwar mengenai bagaimanakah acara debat itu akan dijalankan. Ini kerana terdapat dua pihak lain yang akan bertindak sebagai moderator debat tersebut. Adakah debat tersebut antara Anwar dengan Shabery atau antara Anwar dengan 3 orang pembahas kerajaan.

5) Penyokong kerajaan juga mempersoalkan tindakan Shabery yang ingin berbahas dengan Anwar. Kenapa Anwar yang dipilih dan kenapa Shabery tetap meneruskannya biarkan beliau mendapat tentangan dari beberapa pimpinan tertinggi UMNO? Benarkah ada sesuatu yang terselindung di sebalik niat Shabery itu?

Bagaimanapun, banyak pihak yang meramalkan program debat tersebut tidak akan membawa apa-apa makna. Ianya sama seperti program baru “Bersemuka dengan Media” sudahpun dianjurkan oleh RTM. Cuma kali ini, tetamu yang diundang itu adalah seorang nama besar yang mempunyai ramai pengikutnya di negara ini. Sekiranya debat tersebut berjalan dengan lancar dan moderatornya tidak menyebelahi mana-mana pihak, berkemungkinan besar RTM akan kembali mendapat tempat dihati penonton. Jika tidak, RTM akan terus dipinggirkan oleh rakyat yang dahagakan ketelusan.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. ada teloq juga si Shabbery Chik, yag lain macam hamid albar, bungkus, cakap berdegar dalam akbar, jaguh kampung aje, habuk pun tarak. semua baik jadi pondan siam lah.

    ReplyDelete
  2. Sebelum benar-benar berlaku jangan lah puji dulu,bukan tak tahu perangai Umno ni,saat akhir nanti macam-macam dalih dan arahan.kau org ni baru hidup ke?

    ReplyDelete
  3. baik dan buruk pasti ada. Jika nak cari buruknya pasti akan jumpa. Kita ambil baiknya, jika ada kaedah yang boleh diguna untuk turunkan harga minyak, pakai je lah tak kira dari mana idea itu datang.... Yang pasti kebebasan media mencapai lagi satu "tahap"

    ReplyDelete
  4. Saya bersetuju dengan pendapat Kamal sentul.

    Biarkan Anwar dan Shabery berdebat dahulu dan setelah debat itu selesai, kita nilai isi bahas mereka.

    ReplyDelete
  5. "shebery hanya ingin memperlihatkan kebodohannya."

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.