APA NAK JADI DENGAN MALAYSIA? DULU SHALINIE, SEKARANG BALA PULAK HILANG! Malaysiakini



Apa nak jadi dengan Malaysia? Kes kehilangan adik Shalinie dan ramai lagi kanak-kanak lain yang belum lagi dapat diselesaikan, kini angkanya bertambah lagi satu. Yang peliknya kali ini, bukan budak yang hilang tapi bapak budak yang hilang.

Malaysiakini semalam melaporkan, anak buah Balasubramaniam yang bernama Surendran telah membuat laporan polis berhubung kehilangan bapa saudaranya sekeluarga. Ada pihak yang sudah mula membuat andaian sendiri yang kononnya Bala telah diculik oleh pihak-pihak tertentu. Jika benarlah andaian itu, nampaknya kita semua kenalah berhati-hati kerana penculik sekarang bukan sebat budak-budak je tapi sebat bapa budak dengan mak budak sekali. Fuh!

Ada juga yang membuat andaian, kononnya Bala sedang disimpan oleh pihak-pihak tertentu dan ada juga yang kata, Bala sedang menyorok dari pihak-pihak tertentu. Apapun, kita kena tunggu siasatan polis dululah sebab DS Syed Hamid Albar kan dah pesan kat rakyat “Kalau ada laporan, kita akan siasat. Tak kiralah besar mana sekalipun orang itu …”

Lepas ni, kalau ada sesiapa yang ternampak beg besar atau orang bawa beg besar kat mana-mana, sila prihatin. Manalah tahu, kot-kot ada mayat sesiapa ke kat dalam tu. Harap-harap, Bala dan semua rakyat Malaysia yang hilang takkan menerima nasib yang serupa dengan nasib arwah adik Jazlin dulu.

Apapun, kepada semua anggota polis di Malaysia, selamat menjalankan tugas anda kerana banyak sangat kes yang perlu anda siasat sekarang sehingga BPR dan Tentera pun terpaksa membantu. Iskh… iskh.. iskh.. kesiannya.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam Dik just drop by...nice blog...mungkin siBala tu dah ditimpa bala...sbb. membohong tak tentu pasal

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Kita belum tahu lagi samada Bala tu bohong atau tidak. Kita kan dah diajar supaya tidak bersangka buruk pada sesiapapun, walaupun dia bukan seagama dengan kita.

    ReplyDelete
  3. hehehe...btul la..buat org nak tergelak ajer..apela si bala ni..suke jer nk mghilangkan diri. dah buat kontroversi, pastu nk suh org tercari2 dia plak..heheh..apa2 pun, slamatkan la negara kita dari org2 yang tak berguna..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.