TAK SEMESTINYA TAK SALAH!

Sungguhpun berita online lebih popular di kalangan golongan muda Malaysia pada masa ini ekoran ia memuatkan maklumat terkini dan menjadi forum perbincangan interaktif, tetapi ia juga mempunyai kelemahan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

"Adakalanya, berita Internet atau blog adalah nakal dan digunakan sebagai wadah untuk menyebarkan khabar angin dan bukannya berita yang betul," katanya semasa berucap pada majlis konvokesyen keempat University of Ballarat cawangan Malaysia di sini, Isnin.


"Saya teringat akan kata-kata G M Travelyan, sejarawan berbangsa Inggeris dan saya petik kata-kata itu: 'Education has produced a vast population able to read but unable to distinguish what is worth reading' (Pendidikan berjaya mengeluarkan sebilangan besar populasi yang boleh membaca tetapi tidak dapat membezakan apa yang bernilai untuk dibaca)."

"Ini menimbulkan persoalan mengenai sama ada graduan berjaya memperoleh pengetahuan yang tidak diajar dalam kursus formal yang juga sama penting.

"Saya merujuk kepada kualiti keperibadian seperti sifat penyayang, beretika dan bertanggungjawab dalam semua yang kita lakukan dan dalam semua yang kita lihat dan baca dan bagaimana kita menampilkan diri kita dalam ucapan dan tulisan," kata Shabery yang segak mengenakan jubah.

Beliau berkata adalah penting bagi seseorang untuk dapat mengenal pasti dan membezakan antara apa yang patut dibaca dan apa yang cenderung untuk memperdaya.

Shabery juga menyentuh mengenai pentingnya Malaysia membangunkan modal insan untuk mencapai matlamat masyarakat berpengetahuan dan negara maju menjelang 2020, lebih-lebih lagi dengan krisis ekonomi global yang sedang berlaku.

Beliau juga berkata Malaysia telah melepasi sasaran 50,000 pelajar asing menjelang 2010 dalam objektif negara untuk menjadi hab pendidikan global. (Bernama)

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments:

  1. salam:
    can tik-imej baru tidak perpihak drp mana-mana kepartian.sejuk hati saya yang memandang.
    Kalau tidak naik angin semacam.

    kata-kata G M Travelyan.

    (Pendidikan berjaya mengeluarkan sebilangan besar populasi yang boleh membaca tetapi tidak dapat membezakan apa yang bernilai untuk dibaca)."

    Sebab itu kita harus berfikir dengan bijak.
    kalau bodoh sangat,ada pil cerdik bioplus +++ beli dekat mana-mana kedai,sekarang ini macam-macam produce ada dipasarang.
    Kelemahan itu memang ada kepada manusia,kalau yang suka menyebarkanberita yang tidak betul biasanya terjadi kepada orang-orang politik yang berkepentingan orang beragama mana boleh sebarkan berita yang tidak betul.
    Shabery ,awak itu yang perlu banyak membaca tentang fakta,cakap boleh,tapi masa hang 2 debat dengan Anwar tempoh hari macam kupu-kupu hinggap sana -hinggap sini,macam serba tidak kena.
    Beli buku drp syarikat Nur Aflah baca banyak-banyak buat kaji dan bantu anak-anak bumiputra menjadi manusia yang berguna.
    Saya sentiasa memberi bantuan ,galakkan,motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka-mereka ini,yang saya kira golongan yang perlu memberi bantuan,kerana akal yang tidak cukup seperti (Shabery).
    Tahu-tahu cakap..................
    Tapi suka mencaci orang.

    ReplyDelete
  2. sambung sikti lagi...........

    kata-kata G M Travelyan.
    Pandangan orang barat itu sebenarnya keliru.kerana kajian mereka hanya berlandakan kepada hukum akal.
    Kita orang Islam ,banyak hukum yang kita pelajari.Orang islam sahaja yang bernilai.

    Contoh:Pelajaran mata pelajaran Sex boleh diajar disekolah dgn berpanduan ajaran islam.
    dibarat dia cuma belajar satu aspek sahaja.sebab itu dia orang suka cuba-cuba dan lahir anak luar nikah.Sampai ada tindak protes dikalangan mereka,kerana masalah gugur anak luar nikah.
    kenapa kita mesti ikut kata-kata orang barat yang tidak berpedoman itu.Adakah kerana mereka bijak.
    Kita orang islam sepatutnya lebih bijak drp mereka.
    Kita masih agung-agung dasar pandang ketimur.sebenarnya kita tidak tahu siapa sebenarnya mereka.dia orang hendak cari keuntungan dunia,malah kita pula terikut-ikut dengan dia orang sehingga kita lupa.Kalau berkerja di kilang Jepun terseksalah batin kita, Gaji terlalu kecil(kalau dibanding dgn kilang orang lain) tidak cukup makan,bagus pada pihak majikan tapi perkerja perlu patuh kepada arahan/displain.Pagi-pagi ikut giliran cuci tandas.Mcm orang jepun,itu orang kecil kalau berjawatan besar ,bagi mana hendak ikut jepun juga.
    Saya tidak pergi jepun.Tapi itulah dasarnya.Ingat org jepun datang ke malaysia,cukup hanya 3bulan sahaja kita sudah kena makan ubu kayu.ubikayu tidak mengapa sebab kita boleh makan dgn kulit-kulitnya sekali.kalau kena makan kulit pisang macam mana,baru 3 bulan.
    (duit pokok pisang).
    begitu lah pemimpin sekarang ini dia hendak suruh kita makan pisang-banyak-banyak- jimat kata nya.
    Ada tugas penting hendak dibuat.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.