KERANA PULUT DAN NILA SETITIK

Pepatah Melayu ada menyebut, “Kerana pulut santan binasa, Kerana mulut badan binasa”.

Lebih kurang jam 8 malam pada hari jumaat malam sabtu, saya menerima sms dari rakan saya yang meminta saya membuka blog Aduka Taruna. Kata kawan saya, “Aduka sudah melampau”.

Tanpa membuang masa, saya terus membuka blog Aduka Taruna. Entri terbarunya yang bertajuk “Dah mampos buat cara mampos la” memang memeranjatkan saya.


Ketika itu baru ada 2 komen dan saya terus ‘print screen’ artikel itu kerana gerak hati saya dapat merasakan, artikel itu akan menjerat dirinya sendiri.

Selepas itu, saya terus membuka twitter dan mencari maklumat terkini tentang kemangkatan Sultan Johor. Melalui twitter Shamsul Iskandar (Ketua AMK), kemangkatan Sultan Johor telah disahkan pada jam 7.18 malam dan bukannya pada waktu pagi seperti yang didakwa Aduka.

Pada saya, Aduka telah membuat kesilapan besar bila menyatakan waktu kemangkatan Sultan pada sebelah pagi dan kata-kata kesat yang digunakannya terhadap institusi Raja boleh memakan dirinya sendiri.

Apa yang telah dijangka oleh saya dan kawan-kawan saya memang betul.

Semalam saya menerima banyak sms mengenai apa yang Aduka tulis itu tapi disebabkan terlalu sibuk, baru hari ini saya dapat membuka internet dan melihat fenonema Aduka di internet.

Wow! Banyak betul blog yang mengutuk tindakan Aduka dan ada juga pihak yang mendakwa, laporan polis telah dibuat terhadap dirinya biarpun dia sudah memohon maaf serta menarik balik artikel itu.

Apa lagi yang boleh saya katakan. Nasi sudah menjadi bubur dan mahu atau tidak mahu, dia perlu berhadapan dengan apa jua tindakan yang bakal dihadapinya.

Sejujurnya, sejak dulu lagi (sudah setahun lebih saya membaca blog ini), banyak artikelnya yang mencabar kesabaran saya bila dia mengutuk ulamak dan menggunakan kata-kata yang sangat kesat.

Dia yang kononnya memperjuangkan ‘PAS Reform’ tidak sedar yang tulisannya telah membuatkan lebih ramai orang membenci perjuangan Islam.

Saya tidak tahu berapa ramai orang yang telah menjadi ahli PAS kerana membaca artikel Aduka Taruna tapi yang saya tahu, begitu ramai orang yang telah menjadi ahli PAS kerana dakwah yang dijalankan Dr Haron Din, Hj Hadi Awang, Dr Hasan Ali dan ramai lagi pemimpin PAS yang telah dikutuknya.

Buat Aduka Taruna, jadikanlah insiden ini sebagai pengajaran yang amat berguna. Jadilah seperti lilin yang sanggup dimamah api untuk menerangi orang lain. Janganlah jadi seperti api yang membakar lilin untuk menerangi orang lain.

Nota: Inikah foto Aduka Taruna?









-->





Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Salam..
    Tak faham.. aku tak faham..
    Kalau bangsa lain merendahkan bangsa Melayu,kita marah. Tapi kalau orang Melayu merendah2 kan orang Melayu sendiri.. aku nak rasa apa?

    Aku rasa aku dah didik oleh orang tua aku agar tidak keterlaluan dalam berbahasa.. dan aku rasa ayah ibu orang lain pun sama.

    Jadi.. kenapa masih ada orang yang berbahasa sedemikian.. tak faham...

    ReplyDelete
  2. tula..ikut emosi sgt..xsyg mulut.ops,xsyg tgn..
    dah jumpa ramai org mcm ni.thinking sempit.mugkin wrong upbringing.

    ReplyDelete
  3. memang tak patut...mulut macam nie ler yang merosakkan bangsa sendiri...

    ReplyDelete
  4. Aduka ni semua dia nak hentam... Kerajaan (BN) dia hentam, Ulama' PAS pun dia nak hentam juga... Tindakan dia dah melampau sangat. Semua tulisan dia menyakitkan hati bila dibaca...

    ReplyDelete
  5. setuju ... dari dulu wa perati ayat beliau xder yg baik2. semua dikutuk ...

    ReplyDelete
  6. Mampu ke dia tidor lena sejak artikel itu tersiar..

    Nak minta maaf macamana, yang dicercanya sudah mangkat.

    ReplyDelete
  7. kadangkala akal mereka hilang sekejap

    ReplyDelete
  8. Aduka Taruna ni berasa dia berada di zon atas2 (bukan atas pokok), tak sama dengan zon genetik Melayu yang selalu dikutuknya. Mungkin beliau merasakan beliau manusia paling pintar di Malaysia ni dan manusia2 lain tak setaraf dengan tahap iq dia.

    Yang paling aku menjelekkan semua masalah yang berlaku baik dari masalah UMNO @ PAS yang pertama menjadi mangsa kutukannya adalah genetik Melayu, lepas tu seluruh ulama' dan diakhiri kutukan ke atas TG Hadi Awang. Biasanya yang paling benci ulama' ni golongan Syiah.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Tuhan nak tunjuk sekejap je.. Selama ni si AdukaTaruna ni memang sudah melampau menghina ulamak.. Kadang-kadang saya tak sangguip nak baca artikel beliau yg terlalu hina mengutuk ulamak.. MasyaAllah.. Ini bukan gaya org PAS... Ini gaya orang gila syok sendiri rasa dia tu lebih baik dari ulamak...

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Terima kasih kerana mengunjungi blog ambe dan menjadi rakan ambe. Ambe pun kecut perut jugak masa mula2 baca posting AT tu. Kali ni AT salah main orang. AT main sensitiviti pertuanan melayu. Ditambah pulak AT pembawa aspirasi Nik Aziz, satu modal politik yang menguntungkan. Mungkin Allah nak tegur bahawa cara dia tidak betul walaupun niat dia suci dan murni. Semoga Allah melindungi dia.

    ReplyDelete
  12. Aduka tu bukan orang PAS pun. Orang UMNO. Kalau tiada akhlak macam dia boleh cap umno terus. Mane ada orang pas perangai macam ni kalau ada pun sebab orang umno nak frame pas

    ReplyDelete
  13. tu kebebasan die nak kata..di zaman ni kata2 biasa aje tu..semua manusia 2 dijadikan belaianan....

    ReplyDelete
  14. ADAKAH HUKUM ISLAM TIDAK BOLEH DITEGAKKAN DI RUANGAN INI????

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.