BPR TANGKAP IKAN KECIL

Dua anggota polis terperangkap dengan tindakan mereka sendiri selepas ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di lokasi sekatan jalan raya di Jalan Sultan Badlishah, di sini sebaik menerima `wang perangkap' yang disediakan agensi itu.

Kejadian kira-kira jam 7 petang Sabtu lalu selepas seorang remaja berusia 19 tahun yang ditahan kerana menunggang motosikal tanpa lesen dan cukai jalan, berjalan kaki ke pejabat agensi itu dan melaporkan tindakan anggota polis terbabit meminta wang daripadanya kepada pegawai BPR bertugas.

Pengarah BPR Kedah, Noraziah Manaf, berkata remaja itu mendakwa anggota polis terbabit meminta RM200 daripadanya menyebabkan pegawainya dan remaja itu bertindak melakukan perangkap.

BPR menempatkan anggotanya di pejabat sehingga lewat petang pada hari cuti.

"Selepas ditahan, remaja itu berjalan kaki ke pejabat BPR yang terletak tidak jauh dari lokasi sekatang jalan raya untuk membuat aduan sementara motosikal dan kad pengenalannya berada bersama polis berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, BPR menyediakan sejumlah wang perangkap kepada remaja berkenaan manakala beberapa pegawainya mengekori remaja itu ke lokasi dia ditahan untuk menyerahkan wang.

"Kita menahan dua anggota terbabit apabila wang itu diserahkan dan mereka kini dibebaskan dengan jaminan BPR sementara menunggu keputusan lanjut," katanya.

Kes itu disiasat mengikut Akta Pencegah Rasuah 1997 kerana meminta dan menerima rasuah yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi.

Sumber : Berita Harian

Nur Aflah : Bila lagi BPR nak tangkap 'ikan besar'?

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. nak tangkap apa pun ...yang penting amar makruf nahi mungkar di lakukan pn aflah...walupun sebesar sengkenit sekalipun. jgn kita mintak mintak pulak ...bnyak kan doa . kalau semua pembaca bangun 2 3 pgi berdoa ke hadrat ILLAHI RAMAI RAMAI aman lah kita. tapi asyik tuduhmenuduh katuk mengatuk apa dapat. nabi mendidik ummah . hukuman di jalankan bila perlu. saper biasa ke mekah lihat lah sendiri jualan pun boleh di tinggalkan...bukan kerana orang takut pada orang mereka takut pada ALLAH di sana orang bertauhid pada ALLAH di sini dan di tempat lain orang bertauhid pd nafsu sendiri NAFSU MAZMUMAH. posa jer sebulan tapi tak dapat pengajaran...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,

    Sesungguhnya benarlah apa yang dikatakan oleh anonymous. Jika kita takutkan Allah, kita tidak akan melakukan sesuatu yang ditegah. Mencuri, rasuah, berzina, minom arak, berdusta dan banyak lagi dosa serta kemungkaran yang lain lain nyer adalah bisikan syaitan dan kita perlu jauhkan.Syaitan akan sentiasa menyerong haluan anak Adam kerana ia takut dimasokan kedalam neraka jahanam seorang.

    If people follow Islam, the way it should be, insyaAllah, there will be light.

    Ni nak tanyer, sengkenit nie bahasa aper?. Teman kat Tapah dulu tak pernah dengor pun sengkenit.

    Jacques.ah

    ReplyDelete
  3. janji ada tangkapan walaupun kecil supaya menjadi pelajaran bagi yang lain.

    cuma ikan yang besar tak mampu nak tangkap, takut kene 'ngap' balik.

    aku masih was2 sampai hari ini kreadibiliti BPR dalam menangani ikan2 besar.

    to 'anonymous', kalau setakat bangun pagi pastu berdoa tak ada usaha Allah pun menyampah.

    Al-Baqarah:186.
    Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat.

    Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.


    sudah kita penuhi belum permintaan Allah, zahirkan Ad-deenNya sebalum ayik nak minta2?

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.