2 JUTA PENGUNDI BARU MENGGERUNKAN BN


Penyertaan 2 juta pengundi baru yang majoritinya golongan muda pada PRU ke 13 nanti mula membimbangkan parti-parti politik di Malaysia khususnya Barisan Nasional. Pada PRU ke 12 dahulu, ternyata undi pengundi muda lebih memihak kepada pakatan pembangkang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, tambahan sejumlah bakal pemilih itu akan memberi kesan besar ke atas keputusan pilihan raya umum ke-13.

"Jika kita tengok keputusan pilihan raya umum baru-baru ini, sememangnya undi golongan muda akan memberi kesan yang besar."

Ketika ditanya kemungkinan parti pembangkang berpeluang mengambil alih pentadbiran negara melalui pilihan raya akan datang, Nazri berkata , ia tidak mustahil jika BN tidak membetulkan kekurangan-kekurangan yang wujud.

Dalam pada itu, pemerhati politik melihat pola pemilih baru menjelang pilihan raya umum ke-13 akan membawa perubahan besar kepada senario politik negara dengan parti-parti politik mempunyai cabaran untuk menarik sokongan golongan muda ini.

Menurut Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, parti-parti politik kini perlu memainkan peranan mereka dalam menarik minat dua juta golongan yang akan disasarkan ini untuk aktif dalam politik.

“Mendaftar sebagai pengundi dan aktif dalam politik adalah dua perkara yang berbeza. Justeru parti-parti politik kini perlu mendekati golongan ini supaya aktif dalam politik kerana dari situlah, komitmen mereka untuk keluar mengundi akan timbul.

“Itulah cabaran besar yang perlu dihadapi oleh parti-parti politik negara ini baik kerajaan atau pun pembangkang,” katanya.

Dalam pada itu, pensyarah sains politik UKM, Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman pula berpendapat perkembangan politik semasa telah mempengaruhi selera pengundi-pegundi muda ini dalam membuat keputusan parti pilihan mereka.

“Orang muda hari ini berfikiran lebih kritis dalam isu-isu seperti hak asasi, keterbukaan dalam pemerintahan, kerajaan yang bebas daripada rasuah dan isu ISA yang menjadi faktor kepada perubahan tersebut.

“Mereka lebih bersemangat dan lantang bersuara memperjuangkan hak mereka. Mereka banyak menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil dan Gerakan Mansuh ISA jadi ini dilihat sebagai satu perubahan daripada aspek pemikiran mereka,” katanya.

Ahmad Nizammuddin berkata, faktor ini dipengaruhi oleh kesedaran politik yang tinggi di samping gesaan daripada rakan-rakan daripada parti politik pembangkang,” katanya.

Jelas beliau, golongan pengundi muda ini merupakan golongan yang berani memberi peluang kepada sesuatu yang baru.

“Sikap berani mencuba akan memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah menjelang PRU ke-13,” katanya.

Sementara itu, pensyarah sains politik Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr Azeem Fazwan Ahmad Faruk berkata, cara golonngan muda mengundi pada pilihan raya akan datang masa hadapan akan dipengaruhi oleh banyak faktor termasuk pendedahan kepada politik dan sentimen semasa yang mempengaruhi undi mereka.

“Kalau lihat pengundi muda, mereka berfikiran kritikal kesan daripada revolusi internet kerana kebanyakan mereka mendapatkan maklumat internet termausk daripada blog.

“Walaupun mungkin ada yang tidak benar (kandungan internet) tetapi mereka cenderung untuk mempercayainya.

“Ini disebabkan mereka tidak lagi menjadikan akhbar dan televisyen sebagai sumber mendapatkan maklumat kerana menganggap media arus perdana ini sudah kurang kredibilitinya dalam menyampaikan berita,” katanya.

Selain itu katanya, cara golongan muda ini berkomunikasi antara satu sama lain juga berbeza termasuk melalui blog, e-mel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Ini semua memberi cabaran kepada parti-parti politik terutama parti pemerintah yang perlu terus mempertahankan kedudukan mereka.

“Mereka perlu memikirkan jalan untuk mempengaruhi golongan pengundi baru ini dengan cara baru kerana wujud jurang generasi antara golongan muda dan tua melalui cara mereka berfikir,” katanya.

Azeem berkata, terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi keputusan pilihan raya akan adatang termasuk kedudukan ekonomi, harga barang dan kadar jenayah dalam negara.

“Kalau mereka puas hati dengan keadaan pada masa itu, mereka akan undi parti pemerintah. Kalau tidak, mereka akan mengundi pembangkang,” katanya.

Sumber : MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Kata Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin (dan Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman) itu ada betulnya tetapi dia terlupa beberapa perkara:

    1. Dia tidak harus bimbang.

    2. Orang muda memang menyampah dengan orang tua, lagi2 yang dah nyanyuk, sombong dan takde gigi.

    3. Internet adalah arus bukan perdana, tetapi ia bebas.

    4. Orang muda atau orang tua, semua orang ada kecendurangan untuk mempercayai sesuatu walaupun tidak benar JIKA kebenaran itu terlindung.

    5. Tidak ada yang terlindung di internet, kebenaran mahupun kejahilan.

    6. Dia bekerja untuk kerajaan, bukan untuk BN. Jika tidak, dia pasti berhenti berasa bimbang.

    7. Dia tidak harus bimbang dengan usaha2 untuk menyelamatkan BN, nasi sudah menjadi bubur.

    8. Dari dulu lagi, orang muda memang aktif berpolitik. Cuma mereka tidak aktif berpolitik untuk BN sahaja.

    9. Orang muda yang aktif berpolitik tidak semestinya matang dan berpengalaman, tetapi mereka peka. Peka lebih baik kerana peka boleh membawa kepada kesedaran jiwa.

    10. Orang muda generasi internet tidak sama dengan orang muda generasi dia dahulu.


    "To this generation the Internet is just as natural as TV was to us. Young people understand its metaphors and take them for granted...

    ...And the issues of this generation have yet to fully emerge, although I can guess what some might be:

    a) Free access to information and to other people

    b) Global view (vs. a national view)

    c) Balance (of trade, of the budget, of payments, of power)

    d) Sustainability (2050 isn’t beyond the horizon)"

    Source: Greater Democracy


    Lagi bahan bacaan berkenaan the Internet Generation untuk prof sekalian:

    Internet generation smarter, quicker, more tolerant, author says
    The Internet Generation

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Message kepada pegundi2 baru dan muda...Sila baca artkel ini..

    http://www.malaysiakini.com/opinions/92935

    Khas ditujukan kepada pengundi nationalists melayu muda- Kembalikan meritokrasi sebagai asas pembangunan!
    Kalau tidak, Malaysia akhirnya menjadi pengemis, meminta sedekah dari jiran yang lebih kaya dan bila sampai tahap itu apa gunanya Ketuanan Melayu?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cik Puan Nur Aflah,

    In America, young voters, university students and first time voters voted for change in the previous US Election and they now have a new President Elect. He is coloured but people dont mind the colour, people want a goverment which is credible and a goverment which is clean, a goverment for the people not just for the few rich cronies.

    In Malaysia, the trend is looking that way. The young are more vocal and are not afraid to speak out in the name of justice and the truth. One example is Cik Nur Aflah herself although l dont know how old she is but she is certainly outstanding with her views. I can see here blushing now...ehemm.

    GE13 will be a nervous time for BN. Some say that BN is like a sinking titanic. Get out when you still have the time.

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Walaupun pengundi muda secara amnya dipercayai lebih tertarik kepada pembangkang daripada BN, tetapi ada dua faktor baru yang harus diambil kira dalam konteks PRU13.

    1) Dalam PRU12 lima negeri telah jatuh ke tangan pembangkang (termasuk Kelantan yang sebelumnya memang di tangan pembangkang). Akan tetapi, kita belum pasti bagaimana penilaian rakyat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri itu. Adakah pretasi mereka memuaskan, sedang-sedang saja atau pun lebih buruk daripada kerajaan BN? Dalam beberapa isu tertentu, misalnya isu babi di Selangor dan isu papan tanda di Pulau Pinang, kerajaan Pakatan Rakyat tidaklah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan berpolitik. Jadi adakah rakyat, termasuk orang muda, akan terus memilih pembangkang dalam PRU13?

    b) BN menghadapi PRU13 di bawah nakhoda baru yang mungkin boleh diterima oleh pengundi bukan Melayu, kerana dasar dan pendekatannya yang liberal dalam beberapa isu penting, seperti DEB. Jadi tidakkah mungkin pengundi baru, khasnya dari golongan bukan Melayu akan berbalik menyokong BN?

    ReplyDelete
  5. Tun Jeram kena faham, walaupun nakhodanya itu nakhoda yang baru, tongkang yang dinaiki masih tongkang yang lama. Yang parahnya, tongkah tuh dah bocor. Mereka boleh tampal kebocoran itu sana dan sini tetapi ia tetap tongkang yang sama.

    Isu-isu akan timbul tidak kira masa, tidak kira tempat, tidak kira siapa. yang penting bukan isu ada atau tidak ada, yang penting adalah bagaimana isu itu ditangani.

    Kita tidak perlukan 50 tahun untuk menilai prestasi mereka. Kita hanya perlukan sepenggal, tetapi penilaian belum boleh dibuat kerana ukuran prestasi harus relatif. Prestasi memimpin kampung sudah pasti tidak sama dengan memimpin negeri. Prestasi memimpin negeri sudah pasti tidak sama dengan memimpin negara.

    Yang kita pasti sekarang adalah, mereka boleh memimpin.

    ReplyDelete
  6. hmmm,

    pembangkang yang konstraktif spt dap, juga parti dlm bn yang bukan melayu mereka senada ...samarata dan mereka tegas dalam menyata hasrat.

    parti pembangkang melayu yang tua sikit mereka sebenarnya teringin nak tegakkan cop simbol mereka dan menjadi juara pemerintah...tapi content tak juga nampak...bagi parti yng pembangkang muda pulak sebenarnya serpihan parti melayu bn campur dengan kelompok ngo..dan golongan muda yang kluar u 5 atau 10 tahun..mereka pulak tk cenderung dgn parti bn melayu....

    tapi percaturan nya selera orang muda kerana parti bn melayu terlalu elit ..imej mak datin dan pak datuk terlalu temeng...jadi mereka menyampah bukan kerana bot bocor atau tongkang lapuk...tapi penghuni nya tak sensitif pada kehendak ramai.

    jadi bila mereka berubah rugi orang melayu mereka peduli aper....akan datang lain cerita...mereka protes tapi bukan melayu protes mereka bersatu dan senada sekali mereka protes macam2 mereka dapat. yang melayu...tengik dengan pemikiran permusuhan mereka....so sebenarnya secara tersirat nya istidraj sedang berlaku secara umumnya pada masyarakat melayu yang menganut islam....mereka tak amanah...salah guna kemakmuran...pecah belah silaturahim....sebab itu sifat gerun dalam diri mereka di hilang kan oleh ALLAH dan tak heran ukan islam mula berani mempertikai melayu melayu ini.. yang pembangkang melayu pun tak sedar...yang bn melayu lagi tersasar....tak heran ada dalam quran ada surah yang menyata ALLAH akan ganti kaum yang menzalimi diri sendiri dengan kaum lain...balik isu 2 juta pengundi muda....depa nak mengundi sape pun peduli apa mereka....

    tapi bottom line nyer org melayu ramai tapi akan datang mereka hanya jadi tukang sorak untuk orang lain...tapi mereka sendiri akan kucar kacir...apa yang mereka dapat....takder apa. menengah melayu pun tak ramai.. yang ramai golongan bawahan...duduk lah di flat flat apartmen berasak asak.

    kuasa ekonomi tetap di tangan org lain..mereka hanya pengguna saja...tapi bila nak pilihanraya ...kumpulan demo majoriti melayu...tapi kuasa secara tanpa di sedari di kontrol tangan org lain.

    memang betul pru 13 silap hblan parti dominan melayu dlm bn akan tinggal kenangan...tapi pembangkang melayu....terpaksa bertertib dngan rakan mereka kerana nak jaga semangat geng geng..rugi pun tkpa..tapi kalau majoriti di negeri kawasan melayu...menang pun berbaloi .tiada cabaran dari bukan melayu


    pru 13...jika berlaku pun dan menang pembangkang .... melayu menang sorak jer.

    tapi taraf hidup kebanyakan orang melayu begitu juga. kalau stiap pilihanraya 5 tahun sekali orang melayu jadi dominan di bandar tiba tiba semua bandar utama papan tanda nama sykt abu,ali, halimah, gayah, joyah takpa juga...yang bawak bmw 5 series 7 series 3 series, atau bawak mercs , atau volvo audi muka melayu ok gak ...tapi ramai bawak kereta tempatan ....mmmm eleh eleh tukr selera tapi status org melayu majoriti tak juga ubah.

    masaalah sosial dok jugak mcm tu....nak kato camno...sbb apo sesama melayu dah tak sensitif...yang kita tau bangkang ajo. yng di pemerintah plak mereka kata kiter dah buat mcm mcm.

    so gaduh lah kita ....tengah dok sibuk gadoh org lain cari pluang. tengok lah artikal di atas...yang di hantar penulis lain...
    hentam sesama sendiri.

    just for the sake of argument. implication of hatred burning like fire of hell.

    so pru akan datang menang kerana fenomena org muda ...betul..tapi menang sebab benci itu jer...kpd semua melayu ....balik lah ke al quran itu jer.

    ReplyDelete
  7. komen di atas saya bukti pemikiran telah di-brainwashed selama 50 tahun. Tiada hasrat yang boleh kita hidu, tiada impian, tiada cita-cita. Yang ada hanya NEGATIVITI. Api perkauman, jumud, asabiyah dan takutkan pembaharuan telah semarak di dada anom di atas. Semarak kerana ditiupkan selama 50 tahun.

    Anda lupa siapa yang memerintah negara. Anda lupa siapa yang sedang "walking in the corridors of power" sekarang. You have stopped hoping for quite a while.

    You give them a try first, baru you cerita panjang lebar ok anom?

    ReplyDelete
  8. halllooooooooooo bro....he he lu kaki tohmahan...dan tak ilmiah berfakta.. aku...hanya dalam sangkaan kau jer...camni lah aku dah kluar dari kepompong melayu puak bn dan pr .... aku melayu berdikari ..... tak makan gaji dengan dan mengharap satu sen pada sesiapa...kecuali mereka mereka yang aku deal base on merit faham...di universiti aku bukan generasi ptpn dan tak mengharap sebarang biasiswa ...faham... mak bapak aku tanggung dengan berutang dengan orang , sedara mara dan jiran tetangga... aku cuma berterima kasih dan hutang hayat dengan arwah bapak aku...bukan maca segelintir melayu tak sedar diri di bagi pinjaman tak bayar...ko tengok lah yang meminjam ptpn....pinjam tau ...tapi bila nak bayar ulas... lepas tu ada yang kerja kerajaan sumpah seranah kerajaan yang memerintah. ...aku cuma dok dlm kerajaan hanya setahun...itu pun aku lemas...thun 85 tau 86 97 aku di rnd proton .....aku dah sumbang otak dan effort aku ....aku resigned sebagai manager di proton dan perodua..walaupun aku tak pro kerajaan tapi yang baik aku positif...yang buruk aku bersuara. kini aku kerja sendiri dan aku terlibat dengan swasta dah 9 tahun...aku biasa dealing dgn mat salleh dan jepun..

    dlam pilihan raya dari 80han hingga kini satu calit pun aku tak bagi pad bn...aku ahli PAS dan pernah jadi pengerusi PAS tmpat aku...tapi bukan macam otak kamu...berfikir dengan penuh hasad dengki.... aku selalu berlawan arus dlm laman nih kerana kebanyakan bagi statement kerana benci tanpa asas.... aku cuma nak mereka mereka termasuk kamu rasional dalam menyatakan sesuatu...apa kamu ingat dalam bn umno tu semua nya setan belaka..dan kamu ingat dalam pas dan pkr tu semua nya malaikat ker....selagi manusia tak berfakta pada AL QURAN DAN HADIS... dan ikut akai sendiri apa yang di cakap penuh dengan nafsua ammmarah dan lawwamah


    kepada anda fazli....sori la bro ....i m not that stupid an idiot as u think... aku takkan membenarkan otak aku di rogol dengan menjadi pak turut ....tak tau lah orang lain...tapi tuduhan kau aku simapan dan kita jumpa nanti di akhirat ....aku tuntut dari kau di sana cash...faham.

    i m still a PAS member...orang PAS tulin takkan jual beli maruah dan fikrah perjuangan..tapi aku sebagai muslim pegang pada jalan yang tidak bercanggah ....tapi apa aku lihat dalam artikal artikal tertentu...kemarahan membenci seolah olah macam di anggap mereka seperti musuh ....."dont play god"

    yang buruk mungkin akan sedar...jgn yang tersesat dalam menilai sesuatu dah merasa diri nya maksum...hehe jaga tau khuatir syirik khafi....syirik halus yang tak di sedari bagi mereka yang riak , ujub dan takbur.

    jgn buat telahan tak berasas, aku dengan PAS sejak arwah bapak aku lagi salah seorang founder PAS syah alam....PAS dulu hanya di sertai golongan yang cintakan perjuangan islam yang jujur dan ikhlas... tak ramai cerdik pandai mcm sekarang...tapi doktrin PAS tetap sama...apa pun kawan aku dari PAS atau UMNO tetap aku komen...yang hak tetap hak yang batil tetap batil.

    tapi ciri pejuang angkuh takda beza dengan puak di sebelah sana...akhirnya esuk tunggu giliran di malukan.

    ReplyDelete
  9. ko baru tengok sepak terajang politik melayu bermula 1999...aku dah lihat sejak 82....bila anwar ibrahim masuk umno.....melilih air mata aku pejuang aku ....orang yang aku kagum ...hijrah ke sana...orang PAS terduduk semua gerakan islam di peringkat u....terkedu...tapi kami tetap terima keadaan...1998 mana tempat demo aku tak pergi di kl...menentang kerajaan pd masa tu berdemo..melihat anwar di perlakukan begitu.... aku terlibat dlam demo bukan kerana anwar...tapi salah guna kuasa pada masa tu....ya aku sokong dia pada masa tu tapi bangun atas platform PAS....GERAK di mulakan oleh almrhum presiden pas masa itu...itu lah pencetus kesedaran orang melayu....tapi kini demo sana demo sini untuk apa....at last tengok sendiri maruah melayu termasuk islam di kotak katik oleh bukan islam...bukan salah mereka salah masyarakat melayu islam yang tak bersatu satu...kalau tak bersetuju sekalipun....tapi jgn menjatuh diri sendiri....nabi pun tak menganjur permusuhan sesama islam.

    balik pasal brainwashed 50 tahun...ko tak usah sebut kalau kau tak tau.yang brainwashed aku dan berhak hanya ALLAH TAALA....FAHAM..kalau kau tu....aku tak tau...jgn nak bangga jadi orang muda pejuang tapi kalau marah sia sia....

    dok sebuk sebuk nak jadi pejuang...pergi berhenti kerja ...jadi taukeh..buka sykt sendiri....bagi kerja pada anak melayu yang dok menadah tangan tu...infaq kan harta banyak banyak pada perjuangan bukan kata mengata yang tak prodaktif.

    maaf lah pada semua jika terbaca bukan niat aku nak berkata sebegitu...tapi bila aku baca komen komen tanpa asas....aku pun perlu sampai juga perkara betul

    aku percaya pada sederhana dalam bertindak....kalau tak betul biar rasional komen. dalam pas umno pkr ada individu yang wajar berfikir...dan dalam ketiga tiga parti nih juga ada melayu yang tersasar cara berfikir... so kalau kita boleh kurang sedikit demi sedikit perbezaan tak boleh ker...
    sehingga kita oleh bersatu ...dulu orang melayu boleh bergotong royong dan muafakat dalam berurusan kenapa kini tak boleh....

    jgn kita baru terlibat nak tegak kebenaran ....tapi kita sendiri yang meruntuh kebenaran dengan permusuhan...apa yang kita dapat...kalau benci pada umno....bukan semestinya semua melayu dalam tu perlu di benci...

    apa semua mereka najis mughallazah ker...ingat mereka tak bersyahadah ker...hanya ALLAH yang berhak to act GOD...bukan kita bukan anda...dont play/act god. ingat sb sentiasa ALLAH sediakan untuk semua manusia di segenap penjuru alam..silap silap haribulan anda sendiri diterbalik hati dan lebih jahat dari mereka yang di tuduh...tak anda..anak anda atau cucu anda atau keturunan anda yang akan datang.

    salam

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. apa sudah jadi?

    bulan makin hujung
    tahun makin anjung
    umur makin gancung
    muka makin cekung
    semua benda yang berlaku macam tiada harga
    semua agenda yang berlaku macam tiada cahaya
    semua berita macam direka
    semua cerita macam dicipta
    perancangnya cukup teliti... itu dulu...
    sekarang perancangnya dah nyanyuk
    banyak sumber yang dah muak dengan penipuan
    banyak sumber yang dah jelak dengan pemalsuan
    banyak sumber yang dah elak dengan habuan
    banyak sumber yang dah pelak dengan penindasan
    tetapi...
    kenapa banyak lagi orang kita yang tuli
    kenapa banyak lagi orang kita yang kaku
    kenapa banyak lagi orang kita yang rabun
    kenapa banyak lagi orang kita yang sondol
    kenapa banyak lagi orang kita yang cilok
    kenapa banyak lagi orang kita yang dengkal
    tolonglah...
    fikirlah...
    renunglah...
    dengarlah...
    pejam dan duduk....
    bayangkan berapa banyak benda yang palsu telah di'tak kisah'kan.
    atau perlu lagi 50 tahun untuk memahamkan
    atau perlu lagi 50 tahun untuk difahamkan
    atau perlu lagi 50 tahun untuk dijelaskan
    atau perlu lagi 50 tahun untuk diterangkan
    siapa yang nak mengajar?
    siapa yang perlu diajar?
    siapa yang perlu belajar?
    apa yang perlu diajar?
    jangan sampai dah masuk lahad baru menyesal.
    dah lewat.
    duduk... dan fikirlah

    Dicatat oleh basement syndicate?

    ReplyDelete
  13. he he berkatalah angle from heaven.

    tak sanggup hadapi ujian
    tak sanggup hadapi cabaran
    tak sanggup buka fikiran
    ahhh 50 tahun slogan slogan ciptaan.

    bukan semua orang tak faham
    bukan semua orang tak melihat
    buka semua orang tiada pendengaran

    tetapi yang rasa dia benar...
    sebenar nya dia sendiri tertipu kebenaran andaian.

    dia rasa dia betul
    dia kata orang lain tak betul
    dia menyampah pada kemungkaran
    tapi dirinya amar makruf pun tiada
    nak cerita hal nahi mungkar.

    sekarang nih ramai pengikut totok
    sekarang nih ramai pengikut belatok

    so kalau rasa tak tahan.
    angkat bungkus boleh jalan.

    pejuang menegak kebenaran sentiasa dalam ujian.
    penyokong pak turut manusia idola itulah tuhan.

    pejuang kebenaran lagi banyak ujian lagi banyak cobaan

    he he 50 tahun kalau letih tak sanggup .... itu bukn berjuang...

    steady lah beb....berjuang takda noktah.... tapi kalau letih ikut saja di belakang,,,,,,,,,

    tapi orang dalam negeri tak abis abis tak kepuasan...tapi bangla,indon,negro, vietnam,india, cina, myanmar...silap2 eskimo dan red indian pun datang berebut cari makan..

    bye! bye! bye!

    s

    ReplyDelete
  14. sori larrrr...angel from heaven

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.