WHO AM I?

Firstly, saya nak ucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pelayar blog ini tanpa mengira latar belakang diri mereka, pendidikan mereka, politik mereka mahupun agama mereka.

Soalan yang biasa ditanya kepada saya samada melalui ‘personal email’ ataupun di ruang komen di blog ini ialah,

Siapa saya dan kenapa saya menulis blog?

Baiklah, untuk pengetahuan semua, nama Nur Aflah adalah nama yang dipilih oleh saya ketika saya memeluk Islam dahulu. Tak perlulah saya sebutkan nama asal saya. Mengikut surat kelahiran saya, bangsa saya dicatatkan sebagai ‘peranakan’ yang rakyat Malaysia mengenalinya sebagai ‘baba nyonya’.

Asal-usul keturunan saya datang dari Negeri China dan mengamalkan ajaran Budha. Tetapi, budaya yang diamalkan oleh keturunan saya lebih cenderung kepada budaya Melayu. Bahkan, bahasa pertuturan kami adalah bahasa Melayu dan Inggeris. Cuma ‘slanga’nya berbeza. Hanya segelintir sahaja dari keturunan kami yang boleh berbahasa Mandarin, Hokkien ataupun Kantonis. Itupun disebabkan mereka bersekolah di SRJK Cina ataupun berkahwin dengan bangsa Cina ‘Asli’.

Keluarga kami amat bersifat ‘majmuk’ kerana terdapat salasilah keturunan keluarga saya yang berkahwin dengan bangsa Melayu, Cina, India, Serani dan juga Inggeris. Sudah tentu, perkahwinan campur itu melibatkan pelbagai jenis agama. Tetapi, itu tidak pernah memutuskan tali kekeluargaan kami. Malah, ianya merapatkan hubungan sesama kami.

Kami bukan beraya setahun sekali tapi banyak kali dalam setahun. Hampir semua jenis perayaan agama dirayakan dengan ‘meriahnya’ oleh kami. Oleh kerana sebahagian besar ahli keluarga saya masih beragama Budha, maka perayaan ‘Tahun Baru Cina’ lebih meriah berbanding perayaan yang lain. Hidangan ‘makan besar’ kami pun ‘wajib’ ada ketupat dan rendang selain dari limau ‘mandarin’.

Sejak kecil, saya tidak mengambil berat tentang apa-apa jenis agama. Saya lebih ‘diajar’ untuk berbuat baik, dengar cakap ibubapa, berlaku sopan, bertoleransi dan menghormati orang lain. Namun, setelah meningkat dewasa, saya mula tercari-cari makna ‘agama’ yang sebenarnya. Akhirnya, saya memilih Islam dan tak perlulah saya nyatakan kenapa dan mengapa saya memilih Islam.

Alhamdulillah, keinginan saya tidak langsung ditentang oleh mana-mana ahli keluarga saya. Hubungan kami sekeluarga berjalan seperti biasa dan kekadang saya rasakan, ahli keluarga saya lebih faham ‘apa yang halal dan haram’ dari sesetengah orang Islam yang saya kenal selama ini. Maafkan saya kalau ayat itu agak keterlaluan.

Dipendekkan cerita, seperti manusia lain, saya tidak dapat lari dari perasaan ingin dicintai dan mencintai seseorang. Akhirnya, Allah telah menemukan saya dengan suami saya sekarang dan cinta kami kian mekar setelah dikurniakan seorang cahayamata perempuan. Setelah bergelar isteri dan ibu, saya menghabiskan masa seharian sebagai suri rumah sepenuh masa. Oleh kerana suami saya selalu bertugas di luar negara, internet adalah penghubung antara dia dengan saya dan puteri kesayangannya. Ketika itu juga saya mula mengenali dunia blog.

Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk menulis blog sendiri dan tema yang saya pilih untuk blog saya ialah ‘kebenaran’. Sudah tentu, untuk menjadi penulis, seseorang itu memerlukan minat, pengetahuan dan juga pengalaman. Oleh kerana saya minat tentang politik, ekonomi, sains-sosial dan pengetahuan agama, maka saya lebih suka menulis tentang topik-topik sebegitu.

Saya juga bersyukur kerana minat saya dalam bidang penulisan mendapat dorongan daripada suami saya biarpun dia tidak berminat dengan dunia politik. Dia sanggup buka sebuah perniagaan yang berteraskan penerbitan bahan-bahan ilmiah dan meminta beberapa orang rakannya untuk membantu saya menguruskan syarikat itu. Insya Allah, dalam masa terdekat ini, kami akan melancarkan pejabat baru dan laman web kami yang baru.

Saya bukanlah seorang doktor falsafah atau master dalam bidang tertentu. Dahulu pun, saya cuma graduan pengurusan perniagaan dan ekonomi dari kolej swasta. Oleh kerana saya bukan seorang yang ‘pakar’ dan terlatih dalam bidang penulisan, maka saya mengambil keputusan untuk menggunakan portal Malaysiakini untuk menarik masyarakat internet mendekati blog saya.

Tujuan saya menggunakan nama ‘malaysiakini’ bukanlah untuk menjadi ‘glamor’ atau dikenali ramai. Tujuan sebenar saya ialah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumbalas daripada ‘orang-orang yang saya tidak kenal’ tentang isu-isu yang cuba saya ketengahkan. Dari situ, saya dapat mengetahui dan mempelajari sesuatu.

Saya tidak nafikan, terdapat komen-komen yang ‘keterlaluan dan kutuk-mengutuk’ daripada pembaca blog saya. Namun saya percaya, minda masyarakat internet sekarang sudah tahu menilai ‘mana yang betul dan mana yang salah’. Sebab itu saya menggalakkan semua pembaca blog saya saling berkomunikasi dan mengeluarkan pendapat masing-masing kerana pada akhirnya nanti, kebenaran akan tetap memihak pada pihak yang benar.

Saya bukan mahu menjadi popular, terkenal ataupun menjaga kepentingan mana-mana pihak. Saya cuma mahu mencari kebenaran, menyatakan kebenaran dan mempelajari sesuatu yang saya tidak tahu. Mungkin di blog ini, saya dapat menambahkan kenalan yang dapat berkongsi idea serta pandangan untuk menambahkan ilmu dan mencambahkan daya pemikiran. Itu sahaja dan saya harap, tidak akan ada lagi pihak-pihak yang akan tersalah anggap tentang diri dan juga prinsip saya.

Saya harap penjelasan ini dapat menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang telah menghantarkan email dan juga komennya kepada saya.

Sekian, terima kasih.

P/S : Di kesempatan ini juga, saya ingin mempelawa mana-mana pembaca blog ini yang berminat untuk menerbitkan hasil karya anda melalui syarikat saya dengan menghantarkan manuskrip anda ke alamat di bawah :
Nur Aflah Publishers
PO BOX 392
75760 Melaka
Attn : Editor

Mungkin peluang ini dapat membantu kita menambahkan pendapatan dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar. Insya Allah.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

51 comments:

  1. salam..

    kak aflah...im sure that ur elder than me..honestly im very interested with diz blog..i realy like it..
    good job... sy akan selalu menyokong anda....nak tye..karya jenis ape ye yg syarikat u nak terbitkan?

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Thanks for your support.

    Actually, semua jenis karya yang kami terbitkan.

    Daripada semudah buku mengeja kanak-kanak sehinggalah sesukar menghasilkan jurnal ilmiah.

    Buku motivasi, agama, novel dan buku politik pun kami terbitkan asalkan memenuhi kriteria yang telah ditetapkan.

    :-) K,

    ReplyDelete
  3. KEEP IT UP ALL THE GOOD WORKS.THE TRUTH AND ALL. ALLAH WILL REPAY UR EFFORTS ENDLESSLY.
    INSYAALLAH.

    ReplyDelete
  4. salam aflah, raj here. 1st of all thanx coz letak my name kat ur friend's list, and tats mean i am ur friend. glad to be 1 of them ;)

    actually, to be honest, ur blog is really really interesting dan menyeluruh. thats why tiap2 hari saye akan bukak blog ni dulu sebelum ke laman2 yg lain untuk mendapatkan berita2 terkini...

    saye sgt2 perlukan tunjuk ajar dari aflah about being the blogger...hope aflah sudi.

    and, pliz teruskan menulis untuk para peminat blog aflah ni. mudah2an ALLAH merahmati...

    dan sampaikan salam buat suami dan anak aflah... they are very lucky...

    cume satu lg nak tanye... umur aflah sekarang dan sejak bila memeluk Islam? since i am ur friend, i think u should tell me.

    lastly... "way to go" aflah! ;)

    ReplyDelete
  5. Hi Nur Aflah,

    If there're more Malaysians like you, without being bogged down by the baggage of race and/or religion, Malaysia would be an even more 'beatiful' place, where open discourse can take place with open hearts and minds. Inter-faith discussions then would not evoke extreme sentiments from some 'small-minded' quarters, who think they're supreme beings!

    Are they so weak in their faith/religion that they close their minds to listen to other faiths. Open your minds to other faiths and then let them know why you believe in your own faith, though not running down other faiths. Nevertheless, there are universal values in all faiths.

    I can identify with you as my children are of different religions, and yet, they are close to one another. Their spouses are of different races, and yet, they interact well!

    So, don't worry about those people with 'small minds', who're good only at slandering others and not able to rise above partisan views and politics.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Salam
    Mungkin sebelum ini saya antara salah seorang pembaca blog anda yang tertanya-tanya siapa sebenarnya gadis disebalik nama NurAflah, begitu lantang dan berani demi kebenaran, pernah jugak terlintas dalam fikiran saya nama nuraflah cumlah nama pena atau nick name, tetapi setelah membaca penjelasan anda saya berasa amat kagum terhadap anda.
    Saya baru mejumpai blog anda beberapa hari yang lepas dan sejak itu blog anda menjadi antara blog wajib saya, sebabnya..?? sebab anda seorang yang berani terhadap kebenaran, terpancar keikhlasan dan kejujuran dalam hasil penulisan anda.
    Salam kenal dari saya, semoga anda terus diberkati dan dirahmati ALLAH S.W.T
    akhir kata dari saya anda pasti menemui 'kebenaran' yang dicari dalam ISLAM

    Wasalam

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum,

    Aku x pandai nak tulis2 blog ni dan tak punya banyak masa nak buat itu smua so aku cuma baca n komen topik mana2 yg aku rasa nak komen. apa2 pun aku nak menyampaikan rasa respek aku kat ko sbab bekerja menghasilkan blog ni x kira la ko amik dari tempat lain ke apa itu suma x penting yg penting information kita kena sebar2kan.lain la kalau tulis lagu ke buku cerita ke memang la kena ada hakcipta tapi kalau ko just amik info n bgtau suma orang aku rasa xde masalah n elok begitu.semoga ko sentiasa di bawah lindungan rahmat Allah SWT.selagi ko tegakkan kebenaran aku tetap menyokong ko n baca blog ko tiap2 ari.x ada apa yg membezakan kita di dunia ni selain takwa kepada Allah SWT.oleh itu teruskan berjuang kerana Allah moga2 kita tergolong dalam orang2 di dalam limpah kurniaNya.

    ReplyDelete
  9. Hey, keep up the good work nur aflah. Enjoy reading your blog.

    KaKiaYam

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang support blog ini ataupun yang tidak suka dengan blog ini.

    To Raj, kini saya berusia 27 tahun dan memeluk Islam sejak 5 tahun yang lalu.

    And, i'm not a 'good' blogger. Still learn and try 2 improve my writings. I need your comment and pls forgive me for any mistakes.

    Thanks dear :-)

    ReplyDelete
  11. ohhhh pn aflah revert ker....welcome home...dear...insyaallah satu masa kita jumpa.....orang lain antar info dah lama hari nih jer aku baru tau. buat masa biar lah aku antar sebagai anon....takpa sebelum ni ada find your promo....youtube minat dari situ...terjumpa tarikh lahir....aflah buat la skit calculation numerology agak menarik ... i think u have the aura to pull the audiences....apa pun pn aflah guna lah sebaik baik anugerah yang ALLAH dah bagi pada puan..... saya selalu hantar info bergantung pada artikal...tengok lah point...adakala tak lah tajam dan tak ler tumpul....

    biarlah saya kenal dlm siber cukup lah.....cuma pinta saya bawa lah isu isu ekonomi dan motivasi...

    see u then and others

    kpd prof hamirdin one day i give u a call....tak susah nak cari .... me myself bergerak dlm alam maya....lbih kurang mcm matriks ...he he he

    salamnz

    ReplyDelete
  12. Just wonder whether you can create public awareness to debate the DNA BILL currently table by government in the parliament. I strongly believe the politicians should not be allowed freely to implement something of great concern with the kind of BILL that is prone to be abused by people in power as it holds true that "the end justify the means" The people must say no as its future implication can spell disaster. Can you imagine too powerful a person or of a dictator equivalent come to power in future-this beloved nation will be destroyed. It can easily be used to implicate your opponents and the end state will stifle progress and freedom . Especially if you can easily get 2/3 majority be the present government or whoever in the future. Never trust mankind.IN GOD WE TRUST

    ReplyDelete
  13. Salam!

    Saya teruja apabila menatap setiap bait ulasan saudari dan saya rasakan saya mula menyukai keberanian yang ditonjolkan saudari selama ini. Insya Allah, saya doakan agar saudari teruskan perjuangan memartabatkan kebenaran sebagi paksi utama dalam setiap genre penulisan saudari.

    Salam Ukhuwah!

    perfectwater75

    ReplyDelete
  14. Asslamualaikum,

    Syabas and keep up the good works.

    Hopefully, more ladies will follow your lead. :)

    ReplyDelete
  15. Salam Ramadhan istimewa untuk Nur Aflah..

    Aflah..akak ada copy gambar salam ramadhan dan gambar merdeka dari blog aflah..tq bebanyak

    p/s
    ramadhan menguji kesabaran
    sesekali jengahlah blog akak

    ReplyDelete
  16. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  17. Sis Nur Aflah sekeluarga yg dirahmati Allah,

    Tahniah krn diberi inayah dan hidayah Allah ke arah kebenaran.

    Sy lihat Sis juga berbakat menghasilkan video seperti saudara hanief.blogspot. Sedar tak sedar jenama "nuraflah.blogspot" begitu popular skrg ini.

    Tahniah sekali lagi.

    Wassalam

    ReplyDelete
  18. salam... pernah tak saudari dengar berkenaan hizbut tahrir?

    www.mykhilafah.com

    ReplyDelete
  19. Well... is it really your pix? Tak nampak macam kebanyakan 'peranakan baba/nyonya'. Very bold & sincere of you if it is!

    Al Ahmad

    ReplyDelete
  20. Salam wrt. May Allah bless all your good work and deeds insyaAllah.

    ReplyDelete
  21. Anda memilih lslam kerana anda tertarik dengan ugama Islam.
    Bila mana kita mencari pasti kita perolehiNYA drp ALLAH.

    Saya Gemar membaca kerana terpaksa...
    namun hendak terbit buku saya tidak pandai dan mudah bosan.
    Saya bukan peminat politik.
    saya Lihat banyak benda yang bersalah.Islam mengajar saya segala-galanya.
    Kenapa orang politik suka- suka dan main-main.Kita akan berhadapan
    dengan ALLAH.
    Lantas saya juga terpaksa menulis ...........saya tidak sanggup melihat kepuraan ini.....

    ReplyDelete
  22. Sebelum ni aku sangka kau anak mami (keturunan india). Tapi kau keturunan baba-nyonya melaka. Walau apa pun bangsa kita namun kita seagama (Islam). Teruskan perjuanganmu...

    ReplyDelete
  23. Alhamdulillah...

    Semoga Puan Aflah terus menegakkan kebenaran tanpa rasa gentar.. Syabas atas keberanianmu. Sebaik2 kjadian adalalah manusia, kita dikurniakan akal fikiran untuk membezakan yg betul, salah, baik, buruk dan sebagainya.. Gunakanlah sebaiknya. Sentiasa ingat pada Nya. Saya menyokong segala usaha murni dari Puan Aflah. Semoga Allah memberi ganjaran terhadap usaha murni mu. Teruskan jihad mu saudariku..

    ikhlas
    anak kedah

    ReplyDelete
  24. Salam Puan,

    Sorry kerana lambat memberi salam,, dah lama saya follow blog puan dan baru sekarang ingin mengetahui dengan lebih lanjut siapa Nur Aflah...

    Saya becadang mendapatkan buku pertama puan itu - kemelut politik malaysia dari kaca mata wanita...

    tahniah atas penerbitan buku ini dan sila maklumkan cara membuat tempahan..

    salam mesra,

    ReplyDelete
  25. I have just developed my own blog by the name of midnight owel.For a starter i wrote a few lines on Malaysian Malaysia.I am thrilled reading your articles and please visit my web site if you may.Salam.

    ReplyDelete
  26. salam a'laik. saye baru tahu pasal blog ni. itu pun sbb tertengok satu video tentang perempuan sedang mengumpat sambil memakan daging. uh. significance sungguh. saya juga ada blog. harap saudari dapat menjengah bila kelapangan. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  27. ganbatte ne. Working 4 Islam till Islamic country emerge!soon the day will come....

    ReplyDelete
  28. Salam,

    Saya baru cuba-cuba nak berblog. Saya dapati blog puan menepati konsep saya iaitu untuk memperkayakan minda. Lantas saya menjadi pembaca tetap blog puan.

    Saya baru cuba membina blog sendiri. Bolehkah saya senaraikan blog puan dalam blog saya?

    ReplyDelete
  29. Salam perjuangan,

    Saya tertarik dengan biodata saudari disebabkan keunikan personaliti. Dari susur galur keluarga hingga ke pelbagai agama namun saling hormat menghormati antara satu sama lain. Alhamdulilah.

    Saya yakin, saudari seorang yang mempraktikan keindahan islam, dengannya ia bisa meluluhkan jiwa-jiwa manusia.

    Saya menyokong perjuangan saudari.

    Hasanul Isyraf
    www.timefree.net

    ReplyDelete
  30. Salam kepada semua yang baru meninggalkan komentar.

    Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menyokong blog yang tak seberapa ini.

    ReplyDelete
  31. www.harapankubangpasu.blogspot.com

    ReplyDelete
  32. www.harapankubangpasu.blogspot.com

    ReplyDelete
  33. Salam..kita sama bintang leo
    good luck
    nik

    ReplyDelete
  34. Aflah,

    sila lawati blog saya ; http://puterinafisah.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. Salam perkenalan nur aflah...

    Sedikit nasihat untuk aflah..anda boleh melawat blog puterinafisah..tetapi...

    berhati hatilah..

    ReplyDelete
  36. sebuah harapan dan impian dalam bersahabat menjadi moment dlam saling mengenal antar satu sama lainnya.silaturrahmi adalah jalannya.salam dari saya aceh-malaysia,saya awali dengan Assalamualaikum wr.wwbth.

    ReplyDelete
  37. Salam Nur Aflah
    Tahniah & syabas kerana blog anda menonjolkan kebenaran/ketelusan yang sangat susah didapati di Malaysia diera kini dari media haprak perdana terutama media-media hak kerajaan umnNO ! Dari media elektronik sampai cetak sampai la juga pada para pemimpin-pemimpin pengampu yang asyik kelentong meng'kelabu'kan kebenaran pada rakyat marhaen,tapi alhamdulillah dengan blog anda serta ramai blogger lain maka niat menutup kebenaran & hak pada rakyat tidak berhasil, Allahu Akbar !

    amuraria
    Kampong Makam Penang

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum, saya berminat untuk menerbitkan buku saya, "Paulus Dan Kesan Ajarannya" (http://www.apostleofdoom.com/bahasa-melayu/) dengan syarikat penerbitan ukhti. Kalau berminat, boleh contact saya.

    Wassalam.

    - MENJ
    www.menj.org

    ReplyDelete
  39. Saya Khairuzaman dh order sehelai T-shirt dan payment telah dibuat.

    Sila hubungi saya jika penghantaran telah dibuat.

    TQ.

    Khairuzaman (019-2033786)

    ReplyDelete
  40. SAYA ADALAH PERJUANG ,PERJUANG KEPADA AGAMA ISLAM SAYA MENOLAK POLITIK KERANA POLITIK BUKAN DARIPADA AGAMA ISLAM.
    ISLAM ADALAH AGAMA SUCI DAN AGAMA WAHYU...
    BUKAN AGAMA POLITIK DRP MANUSIA.
    IANYA BEZA SEKALI....
    KERANA MANUSIA ITU BERPOLITIK.

    ISLAM ADALAH ISLAM TERSENDIRI.
    POLITIK ADALAH POLITIK DRP MANUSIA.
    DRP; ME

    ReplyDelete
  41. Salam

    I'm a guy. Guess you r much much younger than me. I'm a convert too like u. I converted at the age of 19. My parents are Hindu. Learned about Islam in school. I'm married and have 2 kids. I have my own blog, in which, once in a while i write about my thoughts and about life.

    People are brought into this life to go through a test and obedience to GOD. U either pass or fail this test. That's why while u breath on this earth you encounter all kind of problems - greed, hunger, pain, jealousy and all kind of happiness - wealth, joy and love. The problems on this earth will only stop once you r not breathing - dead. But there will be other problem once you r dead - you will be judged to go to heaven or hell.

    People usually don't see this. That's why we have all the problems and misery in this world and even in Malaysia. Our task as human - to bring people together, not to hate each other whatever belief, religion, political ideology and status (rich or poor). Hope u do believe in this too.

    wasalam
    nicehappyman@yahoo.com

    ReplyDelete
  42. Salam,

    Saya rasa bertuah kerana menemui blog ini. Teruslah menulis!

    ReplyDelete
  43. salam.. lama x berkhabar brita.. semoga saudari sentiasa berada dalam Redha Illahi...;-)

    ReplyDelete
  44. Salam.

    ingatlah! bahawa Islam itu sempurna.. tadak satu perkara pun yang tertinggal, termasuklah politik.
    Di dalam kitab Jinayat, pada Bab ar-Riddah, dengan jelas menyatakan barang siapa yang melafazkan dengan lisannya -politik itu lain dan islam itu lain- maka murtad ia, batal imannya, dia wajib bersyahadah kembali, kerana sebahagian dari ayat2 alquran adalah berkisar tentang politik.
    SEBAIK-BAIK PERKATAAN ADALAH.. DIAM, PABILA KITA TIADA ILMU MENGENAINYA..

    al-faqir ilallah
    Abu Al-Amin Al-Almaniy
    ar-raniry, banda aceh

    ReplyDelete
  45. SALAM kak..boleh bg detail tak mcm ne kretiria2 untuk hantar manuskrip kat syarikay akak..thx..

    ReplyDelete
  46. SAAT ISLAM MENAKLUK KOTA MEKAH ada versi fullnya ??

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.