KES ANWAR : GERAKAN TAK SETUJU CARA PAK LAH | Malaysiakini


Biarpun Pak Lah memberi jaminan yang Ketua Polis Negara dan juga Peguam Negara tidak akan mencampuri urusan siasatan kes liwat Anwar, namun parti Gerakan mempunyai cadangan lain.

Menyedari terdapatnya konflik dalam siasatan kes tersebut dan juga terdapat persepsi yang negatif daripada rakyat mengenai ketelusan siasatan tersebut, maka Parti Gerakan mencadangkan kepada kerajaan supaya menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat dan mengadili kes tersebut.

Cadangan dari parti Gerakan itu seolah-olah ingin memberi peringatan kepada Pak Lah supaya menangani kes ini secara bebas dan telus. Parti Gerakan mungkin sudah dapat ‘membaca’ implikasi yang bakal dihadapi oleh Barisan Nasional sekiranya cara kes ini diadili tidak disenangi oleh rakyat dan komuniti antarabangsa.

Sila klik di sini untuk menonton cadangan yang dibuat oleh parti Gerakan itu.

Siapa yang tidak kenal dengan Dr Koh Tsu Koon? Nada suaranya sentiasa lembut. Mungkin sesetengah pihak menganggap saranan Gerakan itu satu cadangan, tapi saya fikir, ianya adalah gesaan yang perlu diambil serius oleh Pak Lah.

Hakikatnya kini, kerajaan Pak Lah tidak lagi boleh mengambil mudah cara siasatan ini dibuat kerana rakyat dan juga komuniti antarabangsa sudah mula mempersoalkan tahap integriti PDRM dan juga ketelusan siasatan kes ini. Pak Lah tidak lagi boleh berkata :

“Orang nak percaya… mana kita boleh control”

Nur Aflah : Hmmmm

Jaminan yang dibuat oleh Pak Lah itu boleh dibaca di Malaysiakini.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. SARANAN TERSEBUT DATANGNYA DARI SEORANG CINA BUKAN DARI ORANG ORANG YANG JADI JAGUH DLM PERJUANGAN " KETUANAN MELAYU" ? UMNO BULLSHIT !

    ReplyDelete
  2. Apakah ketuanan yang menjadi keutamaan atau yang di ajarkan kan oleh Rasul SAW menjadi keutamaan untuk di pertahan kan? Bila sesorang itu gila kuasa macam yang berlaku sekarang ini bukan isu ketuan yang dijuangkan tetapi isu mahu jadi TUHAN.

    Pak Lah kata DNA tu dah lama... beliau cakap mcm budak2... Cap jari kita pada KAD PENGENALAN pun lama juga .. Jadi kita kena bagi cap jari yang baru kah setiap tahun? Anak saya yang belum sekolah pun tahu DNA tidak akan berubah sampai bila-bila. Tapi saya rasa lah Pak Lah mungkin ingat Saudara Anwar kita dah jadi MUTANT macam dalam Filem X-Men.. so kena bagi DNA baru.. agak nya lah kan

    ReplyDelete
  3. the flip flop paklah yang sentiasa berbohong... mana boleh percaya!

    pergi tidurlah paklah!!!
    you memalukan bangsa melayu!!!

    ReplyDelete
  4. Please use big script in your blog.The writing's too small which strains the eyes.Also make the background black,with script white,so it's less strenuous to read.
    Thanks so much.

    ReplyDelete
  5. Saya rasa sangat sedih dengan komen saudara tentang "ketuan melayu". Kalau boleh tunjukkan dalam mana Islam benarkan sikap perkauman. Yang miskin dan tak berupaya harus ditolong, ini adalah tanggungjawap moral seseorang insan kepada insan yang lain. Kita semua adalah ciptaan "YANG MAHA KUASA". Tentang Hal DNA ini, dunia sudah berubah, kalau dulu kita kata tentang DNA, kebanyakkan orang akan kata, "apa itu?". Jadi yang membuat kenyataan, lebih-lebih lagi yang jadi pemimpim harus berasaskan fakta-fakta yang betul. Budak sekolah pun tahu DNA tak akan berubah dan sampel DNA boleh digunakan walaupun sudah lama disimpan, 10 tahun pun tak jadi masalah. Sekarang ini persoalan yang sebenar ialah majority rakyat tak percaya pada agensi-agensi kerajaan, lebih-lebih lagi PDRM atau A-G chamber. Kalau nak betul tulus dan benar, benarkan satu badan bebas diraja dan pihak ketiga dari luar negara yang berkecuali mengendali kes ini. Apa nak risaukan oleh kerajaan Malaysia masa kini?.Pada pemimipim kerajaan sekarang kalau tak arif sangat dalam hal sains, tolong DIAM. Seperkara lagi, orang yang dituduh harus dibuktikan kesalahanny, bukan yang dituduh harus buktikan yang ia tidak bersalah. Ini adalah keperluan undang-undang. Kalau yang dituduh harus buktikan ia tidak bersalah, maka dalam kes perempuan mongolia itu, seorang menteri kanan harus jawab juga.Kalau kata pasal kehakiman malaysia, teringat "LINGAM". Samapin hari ini PM masih gagal laksanakan janji
    "reform" PDRM dan badan kehakiman. Macam ini siapa nak percaya kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Hello NA.

    Good coverage. Tapi problem dengan Malaysia bukan saja politcians- which are mostly bad anyway.
    Masaalah Malaysia is we never embraced a strong and sensible value system. Religion and prayers alone are not enough- kalau tak ada kefahaman tentang makna perbuatan dan pemikiran kita.
    Thats why we still have racial and religious suspicions that politicians will exploit.

    ReplyDelete
  7. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Assalamuailaikum
    Kali ini saya solute (tabik) Cik Nur b cos u membawa kebenaran warta daripada Parti GERAKAN perihal "penubuhan suruhanjaya " untuk adili "liwat" ke atas Saudara DSAI. So , keep up the good job. thank u

    ReplyDelete
  8. Sebagai orang islam saya malu dengan pemimpin Islam yg tidak amanah dan menyalahgunakan kuasa masing-masing. Tidak berakhlak. Dan saya juga amat malu dengan rakyat malaysia yg beragama Islam yg masih menyokong pemimpin2 begini. Islam apakah begini?. Islam hadari ke?. Pemimpin dan orang bukan islam sikap dan perangai mereka jauh lebih baik dan tahu menilai yg mana buruk dan baik.

    Macam mana bangsa lain mahu menghormati orang melayu islam??.

    ReplyDelete
  9. BOLEH CAYA KE MUSA & GANI TU!!PATUT DIGANTUNG TUGAS TUGAS DULU MAA..KERANA BELIAU BOLEH BUAT ARAHA.AKAL TAKDA KA PM..

    ReplyDelete
  10. ermm sy sokong kenyataan MARHAEN..blh percaya ke musa dgn gani tu xterlibat dlm kes DSAI?ermm kasi gantung kerja dlu la wei..diorg ade kes yg dilaporkan oleh DSAI xmustahil dieorg nk hapuskan DSAI jgk...kasi pikir lah dolah..sy kurang percaya sket dgn kenyataan pemimpin dlm UMNO/Bn ni..sume pembohong...eeeeee enci ny sy dgn UMNO/BN ni...JHT sgt diaorg ni...HIDUP ANWAR

    *puteri reformasi*

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.