ADA APA DENGAN DNA ANWAR? Malaysiakini

Persoalan mula timbul bila pihak polis dan ahli parlimen Rembau mahukan DNA Anwar sedangkan sampel DNA Anwar sudah sedia ada dalam simpanan pihak berkuasa sejak 1998.

Semalam, DSAI tidak membenarkan Hospital Kuala Lumpur dan PDRM mengambil sampel DNAnya.

Anwar juga menolak pemeriksaan kesihatan menyeluruh dijalankan ke atas dirinya.

Anwar dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 9.45 pagi tadi. Beliau keluar dari IPK Kuala Lumpur melalui pintu belakang dan terus pulang ke rumahnya di Segambut.

Peguam Anwar turut mengesahkan yang Anwar tidak memberikan sampel DNAnya kepada pihak polis selepas dinasihati untuk berbuat demikian kerana peguamnya itu bimbang DNA Anwar akan dimanupulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam sidang media Anwar sebentar tadi, Anwar berkata beliau telah ditelanjangkan sewaktu menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.

Menurutnya, seluruh badan beliau diperiksa, termasuk bahagian sulitnya.

Secara berseloroh, beliau berkata, mereka juga "ukur mana yang perlu" dan beliau "ikut semuanya (arah doktor)".

Katanya, beliau juga enggan membenarkan gambarnya diambil "kerana ia mungkin disiarkan dalam YouTube".

Menurut mantan timbalan perdana menteri itu lagi, beliau juga enggan darahnya diambil sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan tersebut.

Sebelum dibawa ke HKL, katanya, pegawai-pegawai polis berpangkat ACP dan SAC II memberi jaminan beliau boleh dibebaskan malam tadi juga, dengan ikat jamin polis, selepas menjalani pemeriksaan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak bebaskan malam tadi dan terpaksa tidur di atas simen dalam lokap di tingkat tujuh bangunan IPK itu.

Hanya pada kira-kira 1 tengah malam, isterinya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail datang membawa tuala sebagai alas tidur.

Beliau juga mempersoalkan mengapa pihak polis enggan memberi salinan laporan Mohd Saiful terhadapnya.

Katanya, beliau bertanya perkara itu dan polis hanya menjawab "diarahkan tidak boleh bagi laporan (kepada Anwar)".

"Siapa yang arah? Timbalan perdana menteri atau isterinya (media ketawa), atau ketua polis negara?" katanya.

Sehubungan itu, Anwar menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan laporan tersebut dipinda selepas polis mengambil kenyataannya malam tadi.

"Saya rasa tak selesa, saya tidak ditunjukkan report (pengadu) itu, mungkin pindaan dibuat, dipinda, dipinda, dipinda, mungkin selepas statement saya dibuat, mungkin laporan itu akan dipinda," katanya.

Katanya, ini kerana siapakah yang boleh membuktikan nanti bahawa laporan itu adalah yang asli.

Persoalannya kini, ada apa dengan DNA Anwar?

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

22 comments:

  1. Saya hanyalah hamba Allah SWT yg ingin memberikan pendapat ikhlas saya. Saya harap sgt semua org buka minda & lapangkan dada dlm menilai kes DSAI. Lupakan soal samada DSAI bersalah / tidak. Persoalan saya, kenapa pihak polis tidak boleh memberi laporan tuduhan kepada DSAI. Sebagai contoh, sekiranya saya dituduh mencuri, tentulah saya ingin tahu details laporan itu utk saya membalas laporan tersebut. Saya dituduh tapi tak tahu secara terperinci laporan tuduhan. Kan aneh bunyinya. Dan mengapa perlu DNA DSAI? Bukankah forensik kita antara yg terbaik di dunia. Kenapa perlu di aibkan DSAI sehingga dilucutkan pakaian? Allah tolonglah rakyat semua, buka mata...ingatlah doa org di zalimi pasti dimakbulkanNya. Renung2x kanlah.

    ReplyDelete
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Soalan Cik Nur tu, saya rasa Cik Nur seorang solehah sungguh.TV kat rumah da buang ke.Cik Nur gi kat rumah jiran yang ada TV n sila ikuti rancangan CSI,CSI mami hari Rabu n CSI NY hari selasa jam 10.00mlm setiap minggu . N Cik Nur akan faham nanti kerana Polis Malaysia da beli semua peralatan yang diguna pakai rancangan tersebut so Polis Malaysia nak tiru cara racangan CSI tersebut. Bila beli peralatan tersebut kena tanya Razak Baginda Kot ( may b i not sure lah kalau salah mohon di maafkan )

    ReplyDelete
  3. askum..
    saya juga ingn mempersoalkan ketulusan pihak polis dlm mengendalikan kes yg melibatkan dsai..tiada keadilan disini..knp laporan terperinci dianggap sulit?sedangkan dsai dituduh...atau pihak polis ingn menukar statment lepas ni?tlg la pdrm besikap adil sikit...jgn jth kan maruah anda...benti jd hamba kepada umno dan bn...lg 1 tlg g siasat C4...ke xnk g siasat sbb tkt kene C4 gak..

    ReplyDelete
  4. hai, sakit hatiku bila terbaca berita mengenai anwar.

    sakit tu bertukar jadi geram bila terbaca cara anwar dilayani 10 tahun lepas di malaysia today.

    sama-samalah kita menegakkan keadilan di negara tersayang. kita tidak boleh membiarkan syaitan bermaharajalela...

    ReplyDelete
  5. ass cik noor

    Bagi pendapat saya DNA merupakan kaedah yang berkesan samada anwar itu bersih atau tidak. Saya tak faham kenapa anwar takut untuk memberi dnanya. Lagipun kaedah ini sudah digunakan sekian lama untuk mencari perogol, penjenayah dan jenayah lain. Saya sudah mula sangsi apabila DSAI seringkali mengelak.

    ReplyDelete
  6. Mesti ada yang tak betul ni.. PDRM minta DNA anwar supaya bukti ini akan digunakan masa kelak... mungkin akan datang ada mangsa baru ataupun seorang pegawai polis yang mendakwa diliwat anwar semasa berada ditahan IPK.. hehehe... Sejak bila PDRM pandai pasal perubatan?? nak selesaikan kes nurin pun tak tah, sekarang nak tunjuk bijak pulak....

    Saya pun rasa tak puas hati dengan PDRM yang enggan memberi salinan report polis mangsa yang diliwat tu.. Kalau benar apa nak ditakutkan
    Hai komplot besar ni....

    danet7882

    ReplyDelete
  7. Sejak dari zaman merdeka sehingga sekarang,aku tak pernah jumpa lagi,kes main bon**t,sampai begini sekali seriousnya di beri perhatian oleh polis.Dan aku tak pernah dengar juga org yg dah kena penjara kerana kes ini,lapuran polis mengenainya juga kurang.Tiba-tiba saja keadaan menjadi berubah bila di kaitkan dgn Anwar.Pelik juga dgn polis ni.Ada apa-apa ke?.

    Aku ada juga dengar,polis ketidaan bukti kukuh utk sabitkan Anwar,dgn kes Saipul ni,buntu .Harapkan DNA ni lah boleh tukar crita,ujian DNA yg lama tak jalan,negetif kot?.Itu pasal,Khairy awal pagi dah melalak di Perlimen minta DNA Anwar yg baru utk di uji,Mukhriz pun ikut melalak.Lalakan mereka ini bermakna arahan kpd polis.

    Dep.IGP kata,kes ini,kepentingan awam.Tapi,kes Altantunya bukan kepentingan awam barangkali?.Aku pulak kata, ini kes Anwar dgn Saipul saja,aku tak mahu ambil peduli pun kalau pun betul Saipul kena taruk,satu sen pun aku tak untung dan tak rugi.Lagi pun aku org Islam tak wajib percaya kalau tak ikut hukum syariah.So...,awam yg mana satu maksud DIGP ni, org Cina dan India lagi tak kesah dgn benda-benda ni,bukan dosa bagi mereka.Orang Umno?,sejak bila benda-benda begini boleh jadi perhatian mereka.Bagi mereka kalau ada wang,lebih dari ini pun tak mengapa.

    Jadi kepentingan siapa?.Yang melalak dan yg betindak tu le.

    ReplyDelete
  8. ye saye tau dna merupakan bukti kepada kes ini..namun knp xdirujuk pd dna yg masih ada dlm report simpanan polis pd 1998?
    ini lg menimbulkan keraguan..kie kene ingt mcm2 blh berlaku krn pantadbiran kite xblh dipercai..ini kerana dna saiful pn ada dlm simpanan polis..saya secare jujur manyatakan saye tdk pernah percaya dgn sistem pentadbiran negare dibawah pimpinan barisan nasional...

    ReplyDelete
  9. D malaysia,orang yang kena tuduh terlibat dalam kes bunuh boleh tidur dan makan kat rumah,TETAPI kalau terlibat dengan kes liwat maka pendek umur orang tu.....sebagai contoh,raja petra di tangkap sebab buat tuduhan(akuan bersumpah) bini najib(rosmah) terlibat dengan kes pembunuhan altantuya.sampai sekarang rosmah ni boleh rilex kat rumah tanpa perlu bimbang akan di tangkap.....so fikirrkanlah sama ada undang2 di malaysia ni boleh pakai atau tidak

    ReplyDelete
  10. Kenapa kena bagi DNA ? case in 98 they have had the Anwar DNA. Why need the fresh DNA from Anwar ? a lot of question here ? use to fabricate evidence ? Why not Police korek korek Anwar DNA in that Saifool guy ass hole :-) opss ... with sperm as well i guess.

    It is because that Saifool guy sudah berak and DNA cannot be found. Opsss... kan doctor said he had constipation after he have been kena kau kau :-)... so sure his ass hole sudah luka .... and sure doc must be able to found DNA from both right!!

    the most important .... where is the police report ? It is still in progress of finishing the report ?

    Police is crab !! how can you trust them ....

    ReplyDelete
  11. wahai 6.29,

    Tak baca ke? tak tengok berita ke?
    ok lah baca dengan teliti petikan di bawah ini....

    " Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menolak untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dengan alasan tidak yakin akan ujian itu dan atas nasihat peguam dan juga pakar dalam dan luar negara.

    Anwar percaya pemalsuan terhadap bukti DNAnya boleh berlaku berdasarkan tuduhan palsu kes liwatnya pada 1998 dan juga kerana orang yang menuduhnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan masih di dalam tahanan polis."

    DSAI bersikap berhati hati kali ini tak mahu perkara 1998 berulang lagi. Kerana akibat tidak berhati hatilah dia sampai masuk penjara ketika itu kerana atas arahan UMNO/BN ketika itu polis,mahkamah,BPR serta pakar DNA telah memutarbelit/memalsukan segala bukti. Semoga anda faham dengan penjelasan ringkas ini.

    ReplyDelete
  12. Salam, Saya sangat sedih bila baca komen komen dalam blog saudari, sedih kerana masih ada bangsa melayu kita begitu cetek pemikiran mereka, saya kata begitu kerana banyak blog dalam bahasa inggeris yang saya baca, fikiran penulis komen mereka begitu kritis dan bijak dalam membuat analisis, jadi kepada bangsa melayu kita ni jangan saja baca blog melayu, cuba cuba lah baca blog yang ditulis oleh bangsa asing yang lebih bijak dan terbuka, baru ilmu bertambah. Mentaliti penulis komen di blog saudari amat rendah.

    ReplyDelete
  13. Bagi BN..jika BN/UMNO walaupun jenayah yang serius yang telah dilakukan mereka selamat. Upah/sogok/ugut saja polis, mahkamah, hakim, dan lain2 yang berkaitan selesai kes, selepas itu individu yang bagi keterangan yang sah pasal jenayah itu yang menerima padah/dihukum.

    PDRM tak merasa malu ke negara luar terutama negara mongolia memperkecil kecilkan kewibawaan polis malaysia kerana sudah sekian lama kes pembunuhan AS tak selesai selesai hingga kini?

    Kes yang sekecil ini pulak yang jadi tumpuan.

    Orang bodoh pun boleh berfikir bahawa kes ini sengaja direka reka oleh UMNO/BN kerana takut kehilangan kuasa memandangkan PR makin popular dikalangan rakyat terutamanya DSAI.

    ReplyDelete
  14. to anonymous 10:43

    kalau ko rasa diri ko dah agak pandai bila banyak baca blog inggeris x payah la kutuk2 orang kat sini. apa yg ko tulis tu pun melambangkan tahap IQ ko sendiri yang agak kekambing2an.Semua orang ada cara bepikir masing2 yg membezakan hanyalah keikhlasan hati mereka dan kepada Allah kita serah segala urusan. Walaubagaimanapun yang menzalimi wajib kita perangi kalau bukan dengan senjata, dengan suara,perkataan dan hujah.Kat blog je talibarut2 barisan nasional x boleh nafi hak kita bersuara dan memberi pendapat x kira tahap mana pun mentalitinya.

    ReplyDelete
  15. DNA DSAI so mereka boleh use it la..you know misuse la. Kan Polis malaysia tak ada tulang yang honest.

    Lagi pun...why no police report...easy juga answer dia...so mereka boleh manipulasikannya...sudah la semua-semua kata-kata polis diharam malaysia ini!!

    Even the highest criminal..tak dikendalikan macam ini.

    Nak tengok macam mana mereka akan kendalikan bila Najib dan si isteri-nya dibawa ke IPK (not soon but for sure)AAB cakap bagi kuasa 2010 - ye-lah tetapi..bagi kat KJ. Dalam 2 tahum ini...siap la Najib... KJ roll-over (AAB pegang proxy bagi KJ sekarang - KJ buat kerja muslihat dan AAB diam-diam ubi..)

    Ala-hai...cantik la story politic malaysia ini..best movie award!!!

    ReplyDelete
  16. Salam nur,

    saya sedih membaca tulisan sedih 10.45 ni.
    Saya rasa dia ni bukan menguasai bahasa asing/english sepenuhnya kerana bila dia terjumpa perkataan/ayat yang susah sikit dia anggap "kritis dan bijak dalam membuat analisis" inilah melayu dah pandai bahasa asing sikit sikit dia kritis bahasa ibundanya sendiri.

    anyway saya sangat enjoy dengan blog saudari kerana macam2 ada. Pendek kata menghiburkan, membina dan ada kutuk kutuk skit..he he he biasalah..

    p/s ini bukan bodek tau.

    ben

    ReplyDelete
  17. slm..

    "kenapalah anwar takut sgt nak bg dna dia kat polis?"

    soalan ni la soalan paling bodoh.meh sini nak jwb.kita semua pun nampak kan ape yg tjadi pd thn 1998? bagaimana sistem kehakiman,pentadbiran dan juge polis langsung tak boleh pcaya! akhirnya tuduhan liwat 10 thn yg lalu itu adalah palsu! dan anwar masuk jail krn dna nya yg sudah dmanipulasi! sememangnya amat wajar bila DS anwar berhati-hati dlm melayan percaturan konspirasi ni.. aku btl2 sakit hati tahap gaban bila tau anwar ditelanjangkan, tdo atas simen..ya allah...tunjukkanla kekuasaanMu.. napelah Ds anwar diperlakukan hingga mcm tu skali...

    satu lagi nak tya..dna anwar yg diambil scara pksa dulu ada dlm simpanan pdrm. so? knape mati2 nak mintak lg?? korang nak tau jwpnnye knape? SEBAB DAH TEST GUNA DNA YG DULU TP NEGATIF!!!! SO KENA JUGAK CARI SMPAI JD POSITIF!!

    eh satu lg..jap2..penting ni..
    aku ade pgalaman waktu study dlu.ade student lelaki dituduh merogol.aku mgikuti kes tu.student yg dituduh tu pun pegi balai polis dan polis bg salinan report yg dibuat oleh yg menuduh. so, nak tya apa pasal polis tak buleh kasi report yg budak sepol tu buat kat DS anwar???? korang nak tau jwpnnya? SBB TAK BUAT PINDAAN LG LA!!!HUHUHU. MAIN KO SANDIWARA UMNO!!!

    P/S: aku setuju, blog adalah tmpt dmana krajaan tdk dpt nafikan hak kita untuk bersuara

    I STAND FOR DS ANWAR IBRAHIM!! GO DATUK SERI!!!

    fara

    ReplyDelete
  18. Salam

    Cakap pasal polis ni aku rasa nak muntah kahak je...ikut undang2 konon..kalau ikut undang2 pasal apa kes altantuya tu tak soal siasat habis2an? analysislah kaji..debat..buat forum camana bos boleh terlepas...boleh pulak tutup2muka lagi masuk mahkamah..piiiirraaahhhhhhhhhhhh orang bebal bodoh boleh percayalah ...

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum....

    Setahu saya kalau dalam kes rogol atau liwat specimen yang terpenting akan diambil oleh pihak hospital adalah sperma atau air mani, dan dari sperma tu juga boleh digunakan untuk menentukan DNA seseorang. DNA juga boleh ditentukan dengan cecair badan,air liur, organ-organ, tulang, kulit dll tidak semestinya hanya dari darah sahaja. Saya rasa polis kat malaysia ni cakap dan lagak je lebih.

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum....

    Setahu saya kalau dalam kes rogol atau liwat specimen yang terpenting akan diambil oleh pihak hospital adalah sperma atau air mani, bulu ari-ari, kuku (mesti diambil).Spesimen-spesimen tadi boleh digunakan untuk menentukan DNA seseorang. DNA juga boleh ditentukan dengan cecair badan,air liur, organ-organ, tulang, kulit dll tidak semestinya hanya dari darah sahaja.

    ReplyDelete
  21. nanti bagi DNA lama kang pakai kat mahkamah peguam anwar pi cakap pulak tu DNA lama, takleh pakai mungkin dah di manipulasi! bila nak ambik yang baru, penyokong anwar kata plak, eh rekod yang lama kan ada, kenapa tak pakai yang tu! hah, konspirsi ni!

    pi mai pi mai tang tu. anwar dah tahap maksom, semua sistem perundangan yang valid kepada penjenayah jalanan biasa menjadi tidak valid pada anwar, semua nak ikut cakap kepala besar dia.

    kalau takut pada risiko, usah bicara tentang perjuangan! - kata kata keramat anwar ibrahim yang lari menyorok di embasi turki dan takut nak bagi DNA sample dia.

    ReplyDelete
  22. To kadiology

    amboi bukan main lg ko menari rentak najis dan dolah ye..huhu..eh, denga sini,tak dak sapa yg ckp anwar tu maksom tau..ko ni bebal ke ape..kan kita dah balik2 explain dah...ANWAR LEBIH BERSIKAP HATI2 NAK LAYAN PERCATURAN PERMAINAN PEMBESAR2 KO TU! SEDAP MULUT JE KO KUTUK ANWAR YE..KLU KO NAK TAU, ANWAR JAUH LEBIH BAIK DAN LAYAK DIGELAR PEJUANG JIKA DIBANDINGKAN DGN KO TAU!! ENGKAU KLU TAK PHM APA ITU PERJUANGAN TAK PAYAH MALALAK KAT SINI..BUAT MALU JE!!!!!FIKIRAN CETEK MCM KO NI KADIOLOGY LANGSUNG TAK LAYAK NAK MEMBEBEL KAT SINI.AKU NAK TYA KO NI, KLU KO LA KAT TMPAT ANWAR YG NYATA PERNAH DI ANIAYA SBLM NI.. APE YG KO BUAT??? MENYERAH MCM TU JE KAN LAYAN JE KONSPIRASI JAHAT PIHAK KRAJAAN KAN..SBB KO MEMG BEBAL, TAK DAK OTAK LGSUNG. CKP MAIN SEDAP MULUT KO JE..NI LA MANUSIA YG LGSUNG TAK NAK BFIKIR SECARA LOGIK AKAL. HUH!! HAMPES LA KO NI

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.