Sidang media Presiden PAS di lobi parlimen sebentar tadi menolak penggunaan DNA untuk menyelesaikan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan Presiden PAS itu dibacakan oleh YB Nasharudin Isa, Timbalan Presiden PAS.
Sebelum ini, terdapat ura-ura yang menyatakan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama bekas pembantunya akan diadili di mahkamah sivil.
PAS menolak penggunaan DNA kerana ianya boleh dimanipulasi, diada-adakan dan ditokok tambah. Maka dengan itu, PAS telah mengambil pendirian untuk mendesak kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diadili di mahkamah syariah demi menegakkan keadilan dan juga syariat Islam.
Sehubungan dengan itu, Presiden PAS menyeru rakyat Malaysia agar berpegang teguh pada prinsip Islam dan juga undang-undang iaitu seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan kesalahan itu oleh mahkamah yang adil.
Mengenai hubungan PAS dan Pakatan Rakyat, Presiden PAS berkata “kami akan terus berjuang bersama Pakatan Rakyat bagi mewujudkan sebuah kerajaan yang beramanah, bersih dan adil”
Kenyataan Presiden PAS itu telah menjawab spekulasi sebelum ini yang menyatakan kononnya PAS akan bergabung dengan kerajaan Barisan Nasional.
RAKAMAN VIDEO SIDANG MEDIA
KES LIWAT ANWAR : PRESIDEN PAS TOLAK PENGGUNAAN DNA | Malaysiakini
Anwar Ibrahim
,
mahkamah
,
PAS
itu yang sebaiknya..
ReplyDeleteIslam itu adalah agama sepanjang zaman...pada zaman Rasullullah...undang2 dibuat berdasarkan sains dan teknologi yg ada pada masa tersebut...
ReplyDeleteAllah mengurniakan kita akal dan fikiran utk berfikir mencari penyelesaian dalam menegakkan keadilan yg sebenar-benarnya. Dan Islam juga mengalakkan kita utk berIjtihad supaya Islam itu sesuai sepannjang zaman....kerana Islam itu agama sepanjang zaman...sesuai untuk semua keadaan....
Penggunaan sains dan teknologi adalah perlu utk menzahirkan bukti2 bagi menyokong sesuatu kes...cthnya pada zaman Rasullullah dulu...dalam kes zina...memerlukan 4 orang saksi...ini berasaskan sains pemerhatian....pemerhatian manusia atau saksi terhadap sesuatu...kerana hanya itulah sains dan teknologi yang ada pada masa tersebut. Dan ditakdirkan cctv telah wujud pada masa itu, mungkin cctv dan DNA wujud pada masa itu, ia juga akan diguna pakai sebagai bukti dikala 4 saksi tidak ada. Keadilan yg sebenar2nya harus ditegakkan kerana Islam itu cara hidup yg benar, adil dan sesuai sepanjang zaman utk semua umat manusia.
Pada saya adalah tidak wajar Pas mengetepikan kaedah DNA utk diamalkan di Malaysia kerana ia seolah2 menunjukkan yg Islam itu menolak sains dan teknologi. Orang bukan Islam dan orang Islam sendiri juga akan 'skeptik' dgn Islam yg mendakwa adalah agama sepanjang zaman tetapi pada masa yg sama menolak penggunaan sains dan teknologi DNA. Ini bukan isu politik...ini isu undang2...
Ape2 bende pun...boleh dimanipulasi...kalau saksi 4 orang pun...sekarang ni saksi pun boleh dibeli...utk mendapatkan saksi yg cukup haul...masihkah ada insan yg boleh dijadikan saksi yg cukup haul?
Yg penting....kita kena ingat bahawa Islam itu agama dan cara hidup sepanjang zaman...oleh itu...ia adalah agama yg mengikuti perkembangan sains dan teknologi dalam mengaturcarakan undang2nya....demi mencari keadilan yg sebenar benarnya....
Menolak DNA utk digunapakai dalam undang2 negara Islam seolah mengatakan Islam itu bukan agama sepanjang zaman...
Renung2kan lah....
Wassalam
rizanskywalker@live.com