NAZRI SAHUT CABARAN SALAHUDIN



Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz serta ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayob bersetuju Agendadaily menjadi penganjur debat terbuka isu pemberian wang ihsan hasil petroleum kerajaan Pusat kepada Kelantan.

Nazri menyerahkan kepada Salahuddin menetapkan tempat dan masa bagi debat tersebut.

Sebelum itu, Salahuddin membuat cabaran debat terbuka itu ketika Nazri menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat petang Selasa.

Salahuddin dalam respons kepada Agendadaily berkata, beliau akan melantik seorang wakil untuk berunding dengan wakil Nazri bagi membincangkan persiapan debat tersebut.



Pertelingkahan takrif sama ada royalti atau wang ihsan perlu diberikan kepada Kela ntan mencetuskan suasana tegang di Dewan Rakyat pada petang Selasa dan menyaksikan ahli parlimen PAS Kubang Kerian, Salahuddin Ayob mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut.

Cabaran itu disambut Nazri dengan menyatakan sedia berdebat dengan Naib Presiden PAS itu di luar dewan termasuk di Markas PAS di Taman Melewar Gombak.

Sebelum itu, beliau menggulung perbahasan peringkat jawatankuasa berkaitan Jabatan Perdana Menteri apabila beberapa ahli parlimen pembangkang bergilir-gilir ‘menyerang’nya kerana tidak puashati dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberikan wang ihsan kepada Kelantan, tiga minggu lalu.

Perkara lain turut dibangkitkan adalah persoalan kedudukan luar tiga batu nautika yang dijadikan asas kerajaan Pusat menyatakan Kelantan tidak layak mendapat royalti petroleum sebaliknya hanya wang ihsan.

Antara bangkit mencelah jawapan Nazri selain Salahuddin adalah ahli parlimen DAP Ipoh Timur, Lim Kit Siang, Khalid Samad (PAS Shah Alam), Dr Zulkefly Ahmad (PAS Kuala Selangor) dan Saifuddin Nasution (PKR Machang).

Dalam jawapannya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menegaskan, pemberian wang ihsan itu mengikut perjanjian dibuat mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein.

Kit Siang sebelum ini membangkitkan soal perjanjian yang dibuat pada 1974 yang antara lain menyebutkan setiap negeri berhak terima lima peratus royalti hasil minyak sama ada dihasilkan dalam dan luar perairan negeri.

Menurut Nazri, apa yang dibuat Datuk Seri Najib sekarang adalah mengotakan janji Tun Abdul Razak 35 tahun lalu dengan memberikan wang ihsan kepada Kelantan.

Salahuddin yang tidak berpuashati dengan penjelasan Nazri bangun dan sekali lagi mengulangi kandungan hansard pada 12 November 1975 yang menyentuh perkara itu.

Beliau turut menyifatkan menteri itu berbohong dalam jawapannya malah mencabar Mohd Nazri berdebat dengan menjelaskan isu royalti petroleum itu di luar Dewan.

Cabaran itu disambut Nazri dengan mengatakan beliau tiada halangan berdekat secara terbuka dengan Salahuddin di luar Dewan ataupun di Markas PAS Pusat di Taman Melewar.

Bagaimanapun, beliau berkata Salahuddin tidak sepatutnya membuat tuduhan liar dengan mengatakannya pembohong berdasarkan jawatan dan pendirian kerajaan dalam membuat keputusan berhubung pemberian wang ihsan itu.

Pada satu ketika Dr Zulkefly turut bangkit membacakan ayat Al-Quran berkaitan menghormati perjanjian.

Nazri dalam jawapannya juga menegaskan keputusan kerajaan itu bukan mendengar cakap Peguam Negara dan beliau tetap akan mempertahankan keputusan tersebut.

“Saya berpendirian dalam isu Kelantan dan negeri-negeri lain dalam hal medan gas serta petroleum ini, luar tiga batu nautika tiada hak negeri,” katanya.

Namun, katanya terpulang kepada mana-mana pihak jika mahu membawa perkara itu ke mahkamah dan kerajaan akan akur keputusannya kelak.

Jawapan beliau terus mecetuskan rasa tidak puashati pembangkang dengan beberapa orang daripada mereka bangun serentak ‘menekan’ Nazri.

Bahkan pada satu ketika mereka bukan lagi berbahas sebaliknya berdailog hingga ditegur Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Bagi meredakan keadaan, Pandikar Amin meminta biarlah rakyat menentukan isu apabila tiba masanya.

“Semua sudah hujah. Tak tahu siapa betul, siapa salah. Biarlah rakyat tentukan bila sampa masanya,” ujarnya.

Nazri kemudian terus dengan jawapan dan sekali lagi meminta pihak yang tidak berpuashati dengan isu pemberian wang ihsan itu membawa kes itu ke mahkamah.

Sumber: Agenda Daily


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Tak payah berdebat lah, Konform kalah nazri. sebabnya dah termaktub dalam perjanjian antara negeri. Yang penting duit tu sampai kepada rakyat kelantan. itu je. Dalam hal ini wang ehsan dan royalti je yang membezakan pun. Duit tetap duit atau orang kelantan panggil pitih. Yang salahudin dok sebuk sebuk tu apa pasal? dah banyak sangat ke projek yang dia dah buat di kubangkerian tu? mintak je lah dengan tokey SBJ tu. Wahai salahuddin, tak payah la nak mintak duit tu, Najib tak kan baginya pada kerajaan Husam Musa tu. Dia tetap akan bagi melalui JPP. Kan dalam JPP tu ramai orang pas, suroh la pegawai JPP tu salur pada tok penghulu lantikan kerajaan negeri. Jangan dok bagi pada PPM lantikan ketua bahagian UMNO.

    Kalau terengganu dah elok dapat royalti, dan bila pas memerintah boleh tukar jadi wang ehsan, so apa nak buat lagi? Bukan DSAI tak tahu cara macam mana kerajaaan BN kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih. dulu masa anwar dok dalam kerajaan apa yang beliau tak hina pada puak pembangkang.. Sekarang puak pembangkang menyokong penuh? apa cerita ni. Mana moral pakatan pembangkang? Kalau saya jadi ahli politik, no more or no way DSAI nak masuk pakatan. Ini geng PAS menyokong PKR /PR kerana ketamakan kuasa itu sahaja. Sekarang mana ada lagi isu HUDUD? mana isu NEGARA ISLAM? mana? mana?

    kepada pengomel selepas saya ni, jangan pula marah marahkan saya sebab ni perempuan punya blog. Kalau tak berani dilambung ombak jangan duduk tepian pantai..... lebih kurang la ibaratnya...

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.