CIMB SEDANG BERMASALAH?


Kumpulan CIMB akan menawarkan cuti tanpa gaji kepada 36 ribu pekerjanya bermula April ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Seri Nazir Razak memberitahu, program cuti tanpa gaji yang ditawarkan kepada kakitangannya itu adalah sebahagian daripada langkah syarikat untuk berjimat dalam keadaan ekonomi yang semakin memburuk.

“Kami bukannya mengurangkan pekerja, cuma mengurangkan kos.” katanya kepada Bernama.

Pekerja boleh mengambil cuti tanpa gaji daripada tempoh sebulan hingga 6 bulan dan kumpulan CIMB tidak meletakkan sebarang sasaran mengenai jumlah pekerja mereka yang akan mengikuti program ini.

Program cuti tanpa gaji yang ditawarkan ini akan meliputi cawangan mereka di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Bagaimanapun, Nazir berjanji operasi syarikatnya akan berjalan seperti biasa.

Nur Aflah : Petanda ekonomi negara makin buruk, bukan makin baik!

Photobucket

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

15 comments:

  1. salam nur aflah

    he he mane ade ekonomi Malaysia makin buruk, yang buruk tu ekonomi dunia je Malaysia mana ade kene tempiasnya

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya puji tindakan c Nazir ne. Beliau bijak dalam menangani masalah kos operasi CIMB yg tinggi dengan menjadikan CUti tanpa gaji ne sebagai suatu penyelesaian. Tidak dinafikan, memang wujud ketidakpuasan dikalangan kakitangan yang turut mengambil bahagian dalam kempen "Cuti" c Nazir tu. Memandangkan keadaan ekonomi krisis yang melanda global termasuk juga Malaysia. Di tambah lagi masalah harga barang yang tinggi. Kita sebagai rakyat umum perlukan income untuk consuming bagi keperluan hidup atau kehendak. Makanya, Cuti tanpa gaji ne, kurang releven la bagi dorang. Tapi, jika difikirkan. Dorg harus bersyukur, c Nazir setidak-tidaknya, hanya "cuti tanpa gaji" bukannya mengambil tindakan dengan membuang pekerjanya tu. Lagi pun, dengan situasi ekonomi yg lembap sekarang ne. Mana ada syarikat yg sudi menambahkan pekerjanya lagi, secara purata lah, mustahil ada. Jikalau pun ada, tu memang boleh dimasukkan sebagai kategori "LUCKY", kata orang.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau cuti tak bergaji, macam mana nak makan sampai 6 bulan?

    ReplyDelete
  4. salam...

    memang tindakan bijak, diakui bank2 dinegara ini diurus dgn lebih baik dr bank2 diluar negara...

    buktinya, akibat krisis ekonomi, nilai CIMB kini lebih besar dr CITIBANK, bank antarabangsa yang besar...!!!

    ReplyDelete
  5. Salam Aflah,

    Tunggu lepas jer 7 April 2009, settle kot problem ni...hehehehe!

    thx!

    ReplyDelete
  6. Dalam tempoh 6 bulan, macam2 benda boleh berlaku. we still cannot predict future, isnt? kita sebagai rakyat umum telah banyak kali disarankan untuk menabung oleh pihak kerajaan (even i'm not geng with dorng, tapi tak brmakna kita tidak boleh sokong langkah baik untuk eko negara). Byk alternatif yg boleh kita pakai. Jgn disebabkan kehilangan job, dduk rmah. just minta bantuan demi bantuan. kalau tak pun kita buat demo.. tidak puas ati dgn pihak kerajaan krna gagal membendung mslah kehilangan kerja. Meh masuh kesatuan sekerja. Buat kempen, biar government terdesak, so dpt beri subsidi lebih byk g. akhirnya, tertampung juga la mslah kos operasi stiap syarikat. Then, biar kerajaan tanggung beban. Hehe.. Akhirnya, mcm2 naik, trmasuk tol la, cukai lagi, atau dll.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. malaysia mmg mengalami masalah ekonomi, jadi sapa yg kata ekonomi malaysia tiada masalah kena chek balik.walaupun kerajaan beri suntikan dalam bajet mini tapi pakar ekonomi kata langkah ini tidaklah menguntungkan sangat... fikirkan

    ReplyDelete
  9. woi!!! betul ke ni.itu ari kate OUR FUNDAMENTAL VERY STRONG.macam x caye jeee

    ReplyDelete
  10. Sistem apa yang CIMB ni pakai. Konvensional atau Islamik. Islamik sekerat-sekerat kot. Atau ada sana-sini kurang betul...

    ReplyDelete
  11. Keadaan kegawatan ekonomi yang sedang melanda ni macam-macam boleh terjadi. Sedangkan bank yang bertapak lebih 100 tahu pun boleh gulung tikar. apa pun kita kita harap kebajikan pekerja akan terjaga. Tetapi kalau cuti tak bergaji diorang nak makan apa ye

    ReplyDelete
  12. Peluang perniagaan bagi puteri UMNO untuk menjadi pengedar beauty produk dan health produk. Anda boleh Emai kami untuk keterangan lanjut Admin @enkaybeau.com layari laman web kami http://www.enkaybeau.wordpress.com atau http://www.enkaybeau.com (laman rasmi)

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum,

    berdasarkan maklumat yg diberi oleh ibu saya yg bekerja sebagai pegawai di satu organisasi bank, ya CIMB ada sedikit bermasalah tapi hanya pada cabang CIMB investment sahaja.. CIMB islamic & dan lain-lain masih dlm keadaan stabil.. dan bank2 lain seperti bank rakyat, public bank, affin bank masih dalam keadaan kukuh..

    selalunya, bank yg terjejas adalah disebabkan mereka mempunyai pegangan atau investment di luar negara.. sebagai contoh CIMB, citibank, HSBC, maybank..

    so bukan semua bank terjejas dan bank2 seperti bank rakyat, affin, public masih kukuh kerana investment/pegangan adalah dari dalam (local)

    ReplyDelete
  14. salam puan aflah

    Yang flash promosi your 1st book tu boleh email pada saya? saya nak promosi dalam blog

    at hidayaty78@yahoo.com

    ReplyDelete
  15. apa kata dato nazir yang bercuti 6 bulan.. gaji dia antara yang tertinggi antara ceo di malaysia...sapa tahu berapa gaji dato nazir

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.