MANA LEBIH MAHAL?

Ini laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 9 Januari 2009 :
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56 juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. [sumber asal]

Ini pula laporan Utusan Malaysia yang bertarikh 23 Julai 2008 :
Rata-rata rakyat Terengganu terkejut dengan tindakan kerajaan negeri membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bernilai RM3.43 juta sebagai kenderaan rasmi Exco kerajaan negeri dan pegawai kanan kerajaan negeri. [sumber asal]

Kedua-dua laporan di atas menampilkan isu yang sama iaitu isu perbelanjaan kerajaan negeri bagi menggantikan kereta rasmi kerajaan negeri yang sebelum ini menggunakan model Proton Perdana Executive.

Mengikut rekod perbelanjaan yang diperolehi dari berita Utusan di atas :

1) Kerajaan Perak beli 16 buah kereta dengan harga RM 2.56 juta.
2) Kerajaan Terengganu beli 14 buah kereta dengan harga RM 3.43 juta.

[Perbezaan peruntukan = RM 870 ribu]

Ini bermaksud :

1) Kerajaan Perak belanja RM 160 ribu untuk sebuah kereta.
2) Kerajaan Terengganu belanja RM 245 ribu untuk sebuah kereta.

[Perbezaan peruntukan = RM 85 ribu]


Bukan itu sahaja, kerajaan Perak dapat 16 buah kereta dan kerajaan Terengganu hanya dapat 14 buah kereta sahaja. Memanglah tidak adil untuk membandingkan ‘nilai’ kereta Toyota dengan Mercedes kerana kedua-keduanya berada dalam ‘kelas dan spesifikasi’ yang berbeza. Akan tetapi, tujuan sebenar perbandingan ini dibuat adalah untuk menilai perbelanjaan yang telah dibuat oleh kedua-dua kerajaan negeri.

Kenapa tak beli Proton Perdana sahaja?

Harga sebuah Proton Perdana Executive mencecah RM 120 ribu seunit. Dari segi perbezaan harga antara Toyota Camry dengan Proton Perdana memang tidak timbul kerana harga kedua-dua model itu hampir sama bila dinilai kos aksesori, tarif cukai, kuasa enjin dan juga kos penyelenggarannya.

Namun, persoalan yang timbul sekarang ni, kenapa mereka tidak mahu menyokong jenama tempatan sedangkan kerajaan melaungkan slogan “Utamakan Barangan Tempatan”?

Alasan yang diberikan, kos penyelenggaran Perdana agak tinggi serta selalu mengalami kerosakan.

Pada saya, alasan yang diberikan ini tidak dapat diterima kerana Proton adalah produk negara ini yang perlu dibanggakan dan bukannya untuk diburukkan.

Memang terdapat kelemahan pada produk Proton selama ini tapi kelemahan itu selalunya berpunca dari produk yang dihasilkan oleh vendor Proton ataupun teknologi yang dibeli oleh Proton. Kelemahan ketara dapat dilihat pada model Waja 1.8, Juara dan juga Arena. Namun begitu, kelemahan ini sudahpun dikenalpasti oleh pengurusan Proton dan ianya sedang diperbaiki dari semasa ke semasa.

Tentang kos penyelenggaran yang terlalu tinggi, ianya tidak berapa tepat kerana BPR sendiri telah berjaya mengesan penipuan yang dilakukan oleh wakil servis Proton dalam kes kerajaan Terengganu beberapa bulan yang lalu. Ini jelas menunjukkan yang penipuan harga dan kerosakan berlaku di peringkat wakil servis dan bukannya disebabkan oleh kelemahan model Proton.

Bagaimanapun, Proton perlu menggiatkan lagi ‘R&D’nya dalam usaha membangunkan model baru bagi menggantikan model Perdana V6 yang telah sekian lama diklon dari model Mitsubishi Galant Eterna JDM.

Dari segi pengenalan model baru yang lebih kompetitif dengan syarikat pembuat kereta lain, Proton sememangnya masih ketinggalan jauh. Mahu atau tidak mahu, Proton perlu segera membangunkan jenama sendiri bagi segmen kereta mewahnya dan tidak perlu berharap lagi pada model Perdana V6.

Keupayaan Proton membangunkan enjin CAMPRO sudah membuktikan yang mereka sebenarnya sudah mampu bergerak lebih jauh. Selain daripada itu, Proton perlu sentiasa meningkatkan pemantauan ke atas wakil jualan, wakil servis dan juga vendornya.

Tindakan tegas perlu diambil ke atas mana-mana pihak yang bermasalah tanpa mengira ianya syarikat kroni kita atau tidak jika Proton benar-benar mahu tampil sebagai jenama yang dikagumi oleh pengguna.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. salam.

    saya setuju.

    maintenance perdana mahal tu alasan saja.

    depa pakai macam mana?

    ReplyDelete
  2. ramai juga yg berkata tak pakai kereta buatan malaysia, jiwa tak patriotik.

    sebab lahir ramai prompak patriotik kerana ramai perompak pakai proton wira.

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Kalau kerajaan Perak beli kereta yang lebih murah daripada Camry pun tentu "salah" juga. Sebab yang selalu "betul" ialah kerajaan BN!

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Saya setuju dengan tindakan negeri Perak. Saya pun dah tukar dari waja ke avanza. Terlalu banyak problem.

    ReplyDelete
  5. Assalam..

    bagus biler tuan blog bicara pasal isu ini dgn baek. namun, ader beberapa perkara, saya kurang setuju.

    pertama, soal buatan malaysia.. memang lar bagus suatu barangan tu dibuat n dipasarkan di negara sendiri. sudah tentu, kita beranggapan yang kalo dibuat dinegara sendiri, product akan lebih baek n ikut citarasa org tempatan. namun, apa yang saya pelik, proton, mold n pasang kat mesia nie harga dier jauh lebih mahal dpd kete yang dimport masuk tanpa dikenakan cukai. maksudnyer, kita warganegara bayar lebih untuk sesuatu yang dipasang dinegara sendiri. tambahan pula, kualiti kete import, jauh lebih baek dpd kete nasional. contoh, kawan saya baru angkat kete waja 1.6A. malangnyer, xsampai 4jam menerima kete baru, apabila berhenti kat tol nak turunkan cermin kete untuk terima tiket masuk lebuh raya, tiba2, cermin bahagian pemandu terjatuh masuk dalam pintu driver. mungkin, anda semua boleh kata, perkara seumpama nie amat jarang berlaku. tetapi, selepas hanya terima 4jam, apakah impresion anda terhadap perkara macam nie?

    kalo dicomparekan dgn kete import, kualiti dier jauh lebih baek n bagus berbanding dgn proton.

    perkara macam nie proton perlu sedar. proton bukan lagi bayi yang perlu disusukan lagi. proton dah ader lebih kurang 25tahun sejarah. patutnyer, kualiti kete perlu lebih baek dpd dulu. namun, daripada yang diperolehi dpd mekanik, keadaan kualiti proton semakin nazak.

    saya boleh umpamakan keadaan proton seperti sebijik epal yang luarnyer cantik berseri, namun dalamnyer penuh ulat. namun kete import nie umapama epan yang dimport yang luarnyer cantik, isinyer baek, sedap dan amat puas apabila makan. bagi saya, pada ketika ini, kete import lebih baek dpd kete proton.

    kalo ader silap kata, sy mintak maaf. namun, itu lar realiti yang proton perlu hadapi kalo nak terus menapak di hati rakyat mesia. kalo x, jual je kepada kepada mana2 syarikat supaya, mereka lebih baek menyuruskan syarikat nama proton nie..

    ReplyDelete
  6. dah kalau nak murah naper tak suruh pakai kancil je...patriotik la tu pakai kancil?tak payah ada la pasaran kereta luar kat malaysia...kalau nak cakap pasal patriotik...patriotik konon bla la...bn ni kalau ada kebaikan untuk dia,buat senyap je...kalau orang buat semua tak betul....mampus bn.

    ReplyDelete
  7. kalau macam tu....nak cakap pasal patriotik...haramkan semua kereta luar...ada akal ke umno dengan bn nak buar g2?samapi mampus pun tak buat....tak payah cakap perkara2 bodoh ni bn.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.