KHAIRY TAK SETUJU DENGAN MAHATHIR?


Tun Mahathir hari ini mengaitkan kekalahan BN dengan kelemahan calon yang dipilih oleh Pak Lah. [laporan penuh di sini]

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.

Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing".

"Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

"Kalau dikatakan ini (faktor calon) adalah faktor yang sebabkan kekalahan BN, saya rasa itu (rumusan) terlalu mudah...kalau memang itulah faktornya, senanglah kerja kita," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Khairy berkata beliau melihat perkara itu sebagai satu perkara yang rumit dan memerlukan kajian menyeluruh.

"Kita kena muhasabah diri, kaji semula kempen, pendekatan kita daripada iklim politik tanah air sendiri sampailah kepada isu-isu tempatan, kita boleh gunakan pengalaman ini untuk kebaikan parti.

"Kita kena terima semua pandangan dan selepas ini kita kena baiki diri untuk hadapi pilihan raya akan datang," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, BN gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calonnya Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi, sementara calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam hanya memperoleh 193 undi dan hilang wang pertaruhan.

Terdahulu, Khairy menziarahi dan menyampaikan sumbangan Pemuda Umno kepada Normala Zahari iaitu balu Allahyarham Zahari Baharom, ketua Pemuda Umno cawangan Balok Pine yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada Oktober tahun lepas.

Sumber asal: Bernama

TIPS:
1) Paparan semua blog lebih pantas, menarik dan selamat jika anda menggunakan pelayar FIREFOX!
2) Sertai peraduan mudah ini! Klik di sini untuk keterangan lanjut.
3) Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda. Klik je sini
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

  1. Ada benarnya kata TDM - faktor calon. Kerana itulah DSN terpaksa di TV memperbaiki imej calon. Dan ini telah diperkatakan lebih awal sebelum kekalahan. Jika faktor calon diiperkatakan selepas kekalahan mungkin ini boleh dikatakan sebagai alasan dan menuding jadi. Tanya balik apakah calon ini pilihan UMNO negeri? Jika bukan pilihan negeri ada sekurang2nya dua masalah akan timbul. 1-Calon bukanlah orang yang polular di negeri atau bahagian 2-Apabila calon yg layak tidak diberikan peluang hanya kerana kroni maka akan berlaku cah keting. Saya tetap salahkan Pak Lah keran ini telah dimaklumkan lebih awal oleh semua, bukan sahaja TDM, jadi kenapa tak ambil peduli? Apakah masih ingin mencuba mengharap rakyat akan menerima apa yang dipaksa beri?
    Kalaulah ini caranya, memang UNNO akan kehilangan penyolong dan tak releven lagi. Talkin untuk UMNO, |Pak Lah dan Khairy.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.