KU LI : ADA BAHAGIAN NAK 2 JUTA!

Ketika dakwaan politik wang dalam pemilihan Umno menjadi tumpuan ramai sejak kebelakangan ini, Tengku Razaleigh Hamzah, yang gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk jawatan Presiden Umno, mendedahkan terdapat bahagian yang meminta sehingga RM2 juta sebagai ganjaran pencalonan.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang itu berkata, kini permintaan dan tawar-menawar ganjaran bagi pencalonan-pencalonan yang diberikan berlaku secara terbuka.

"Ahli-ahli Umno kini secara terbuka mahukan manfaat-manfaat kewangan apabila mahu memberi pencalonan.

"Satu bahagian dengan jelas meminta RM1 juta manakala di Sabah, harganya mencecah RM2 juta," kata beliau di sini semalam.

Dua minggu lalu bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad mendedahkan tahap serius gejala politik wang dalam pemilihan Umno berkata, seseorang perwakilan 'berpeluang' memperoleh sehingga RM20,000 sebagai ganjaran undi.

Ketika ditemui di sini awal bulan lalu, Razaleigh mendedahkan kira-kira RM200 juta digunakan untuk tujuan kempen dan membeli undi dalam pemilihan Umno kali ini.

Bekas Naib Presiden Umno itu menyatakan demikian pada hari beliau gagal memperoleh pencalonan mencukupi untuk kerusi Presiden sebaliknya ia dimenangi tanpa cabaran oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Sambil menjelaskan bahawa beliau sanggup berkhidmat untuk parti tetapi dengan syarat kepimpinan parti boleh meyakinkannya bahawa beliau tidak menyumbang khidmat kepada parti-parti yang berasuah.

Tegas beliau, tindakan memancing undi menggunakan wang dan menghalang anggota daripada bertanding hanya akan menamatkan riwayat Umno lebih awal.

Ahli Parlimen Gua Musang ini juga mengakui bahawa wang diperlukan ketika berkempen tetapi ia tidak seharusnya membawa kepada gejala membeli undi ataupun menggunakan kuasa bagi menghalang pertandingan.

"Amalkan model AS dalam soal kutipan dana untuk tujuan berkempen, boleh diamalkan dalam Umno untuk mengawal politik wang," katanya.

Jelas beliau, usaha semasa mengawal gejala politik wang dalam Umno dan menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sahaja tidak mencukupi.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menarik daripada bertanding jawatan Presiden, Razaleigh berkata, beliau tidak perlu menarik diri kerana tidak dicalonkan langsung untuk kerusi berkenaan.

"Sila lihat perkara yang saya katakan. Saya menawarkan untuk bertanding jawatan sebagai seorang ahli biasa.

"Kita ada hak. Oleh kerana saya tidak dicalonkan, tidak perlu bagi saya menarik diri. Jika anda mahu saya menarik diri, ia sama seperti meminta saya menarik diri (keluar) daripada Umno," katanya lagi.

SUMBER : MSTAR

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Adakah ini bermaksud Tengku Razaleigh ingin mengatakan Najib telah membelanjakan RM134 juta untuk mendapat 134 pencalonan Presiden UMNO?

    ReplyDelete
  2. SALAM:
    SAYA PERNAH KE GUA MUSANG DALAM MASA PEMILIHAN TENGKU LI,TUJUAN UNTUK MELIHAT KEINDAHAN GUA MUSANG ITU SENDIRI.
    BANYAK JUGA RUMAH SETINGGAN DIBANDAR GUA MUSANG.
    DIA ORANG DAPAT HABUAN WANG PEMILIHAN DI SETIAP PERWAKILAN/BAHAGIAN UMNO.BERGUNI JUGA WANG DITABUR.
    PERTAMA KALI SAYA LIHAT.
    BAGUS JUGA DAPAT ,KALAU TIDAK DUIT MINYAK TIDAK LEPAS.
    KALAU HENDAK JADI BOSS INILAH PELUANG ANAK BUAH HENDAKKAN DUIT KALAU TIDAK HARAM TIDAK DAPAT.
    DEMAND FACTOR.BERNIAGA DALAM POLITIK ,BUKAN RASUAH NAMANYA.
    TUKAR ISTILAH sahaja :POLITIK WANG(bukan rasuah).
    SATU PELUANG PERNIAGAAN,JADI TIDAKLAH MENJADI SALAH.
    KALAU DIMASUKAN DALAM ISTILAH BERSALAH JADI NYA SALAH.KELUARKANNYA DRP MENJADI SALAH.
    KALAU SUDAH SEMUA SEKALI HENDAKKAN DUIT.rakyat pon tidak rasa bersalah kerana menerima duit gaji.
    bukan pegawai kerjaan sahaja terima gaji,ahli politik hendak juga gaji dan sekali sekala bonus juga.
    Ahli-ahli politik kena fikir juga,ahli-ahli hendakkan duit.berilah mereka gaji mingguan/harian.Buat kerja untuk parti baru tidak timbul isu rasuah.
    gAJI UNTUK KAKITANGAN ORANG POLITIK
    KATAKAN SEBAGAI JAWATAN RENDAH DULU:
    1.JAWATAN BALUCI:LELAKI/PEREMPUAN
    TAMAT SRP GAJI BULANAN RM 1,000 SEBULAN.
    2.KERANI POLITIK CAW.SENTOL:
    TAMAT SPM.
    GAJI 1,500.00.
    (TIDAK TERMASUK KERJA LEBIH MASA)
    A.ELAUN MAKAN.
    B.POTONGAN KWSP.
    C.POTONGAN MENUNAIKAN HAJI.
    D.ELAUN BAJU (UMNO-PINK).
    E.ELAUN MAKEUP.
    JAWATAN:PEGAWAI PRO.
    KELULUSAN:SEBARAN AM. DRP UITM.(SEBAB GLAM0R SIKIT).
    GAJI 2,000.
    TAMBAHAN ELAUN:
    1.ELAUN SARA HIDUP.
    2.ELAUN BERTUGAS MALAM.
    3.ELAUN BALIK MALAM.
    BILA DIWUJUDKAN JAWATAN SEGALA MASALAH TIDAK TIMBUL.
    AHLI-AHLI YANG TIDAK BERJAWATAN DIBERI ELAUN KEHADIRAN MESYUARAT.
    1.ELAUN-AKTIVITI UMNO.
    2.ELAUN PASUKAN BERSUKAN.
    3.ELAUN SARA HIDUP.(BULAN)
    4.ELAUN KAWIN BAGI MEREKA YANG
    BUJANG.
    5.BERI PELUANG PERNIAGAAN/PINJAMAN.
    6.ADAKAN KURSUS.
    7.BERIKAN TANAH.
    8.HANTAR PELAJAR CERMELANG KEPUSAT
    IPTA/LUAR NEGARA.
    9.BANTU AKTIVIT PERNIAGAAN.
    10.AJAR MENJADI PELAUT DALAM/SEDIAKAN BOT-BOT LAUT DALAM.
    JANGAN JADI MACAM SI SAIFUL TU...
    BAGI ORANG LIWAT /JILAT BUNTUT.

    SEMUA INI BERKERJA DIBAWAH LAMBANG UMNO .mAJIKAN ADALAH UMNO.

    JENOH SAYA NAK FIKIR BAGIMANA RASUAH BOLEH DIELAKKAN DALAM POLITIK TANAH AIR TERCINTA.
    SAYA TIDAK MALU JADI RAKYAT MALAYSIA SEBAB SAYA BOLEH BAGI PANDANGAN.MALAYSIA ADALAH SEGALANYA.
    MALAYSIA BOLEH!
    MELAYU BOLEH!
    UMNO BOLEH!
    KITA BOLEH!SEMUA BOLEH!

    ReplyDelete
  3. Salam!

    Apa??? 2 Juta???!!! tak terkejut pun, biasa la tu, saya sudah pernah bicara tentang ini dalam artikel saya sebelum ni...

    thx!

    ReplyDelete
  4. Ada orang kalau tak mahu jual barang dia kenakan harga mahal-mahal.
    Mungkin yang mintak sampai 2juta tu sah-sah tak mau Ku Li. Kalau dia bagi amiklah, undi belum tahu, tapi mereka yang mintak dah tentu boncit perut makan duit haram.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.