AWAS! 'BABY' TAK BOLEH DUDUK DEPAN.

Undang-undang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan walaupun bersama penjaga mungkin digubal dalam masa terdekat.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh, ini kerana ia mengancam keselamatan bayi ketika kemalangan kecil sekali pun.

"Kami menggalakkan ibu bapa untuk menggunakan kerusi khas bayi yang dilengkapi tali keselamatan.

"Bagaimanapun, jika tidak, ibu seharusnya berada di tempat duduk belakang dan bayi harus didakap kemas supaya jika berlaku kemalangan bayi tidak mendapat kecederaan serius," katanya yang ditemui ketika mengadakan Kempen Advokasi Keselamatan jalan raya di Tol Gombak di sini semalam.

Suret berkata, buat masa ini tiada undang-undang khusus yang tidak membenarkan bayi berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Tidak semua pemandu mampu membeli kerusi khas bayi kerana harganya mahal dan cara terbaik adalah ibu atau penjaga duduk di kerusi belakang bersama bayi.

"Namun, saya difahamkan pemandu boleh menyewa kerusi tersebut daripada Persatuan Automobil Malaysia (AAM) untuk satu jangkamasa tertentu," katanya lagi.


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. singh ni patut buat kajian mendalam sebelum membuat apa apa cadangan.

    jgn menlembu buta je.

    ReplyDelete
  2. saya sokong anon... hanya yang beranak kecil saja yang tahu kesesuaian baby seat tu di depan atau di belakang...

    mai la buat survey kat mak pak yang ada anak niiii!!!

    ReplyDelete
  3. sian kat mr singh. tu...dia bagi pandangan terpulang. ....pada ibu ibu dan bapa nak ikut. apa pun risiko tanggung sendiri.

    sedikit pandangan...tentang anak di letak di kerusi hadapan.

    betul pd "fikiran kita" kita "rasa" selamat anak duduk dlm kerusi dan letak di tempat duduk penumpang depan

    setiap kerusi di rekabentuk mengikut anthropometric data manusia dan data ini mengikut percentile lelaki wanita..eropah dan asia..."ergonomic" di ambil kira dalam reka bentuk termasuk impak " crash test " front,side dan roll up. kesan remukan di simulasi samada dlm cae atau juga di rakam dalam makmal ujiann pandu.

    kelajuan pelbagai akan menunjuk kesan pada penumpang. tali pinggang keledar bagi kerusi dewasa dah di sesuaikan dengan tempat duduk. tapi tidak sesuai untuk bayi . atau mengikat kerusi kanak kanak...rekabentuk kerusi kanak pun di rekabentuk mengikut spesifikasi dan pasti satu piawaian antarabangsa di gunakan samada JIS untuk jepun, FMVSS untuk amerika atau EC SPEC untuk eropah. dan kerusi khusus kanak kanak ini di rekabentuk mengikut penyesuaian dan biasa nya di rekabentuk untuk di letak di belakang. kesan hentakan di serap oleh rekabentuk kereta dan kedudukan di belakang terutama di belakang tmpat duduk penumpang lebih selamat kerana ia berfungsi sebagai penampan...jika di hadapan pasti kerusi anak dgn anak sekali terpelanting keluar cermin tingkap hadapan.

    ok kata kan tidak terpelanting sebaliknya cermin hadapan pecah...dan biasanya cermin kereta hadapan dan semua crmin kereta ada dua jenis "tempered glass atau " laminated glass" biasanya kereta di malaysia adalah tempered glass retak seribu ....melainkan kereta mewah memakai laminated

    fikirkan apa akan jadi pada muka dan badan anak yang terlalu lembut tisu badan mereka ..hentakan atau pecahan taburan cermin halus tersebut boleh mencedera kan anak tersebut.....jadi kalau ibu ibu nak mudah fikir dan ikut spesifikasi sendiri letaklah anak anak di depan....jgn meraung dan kesal kemudian.....

    anak mungkin boleh melihat boleh buta atau muka dan cacat seumur hidup...di sebabkan ibu atau bapa ambil mudah...


    so mr singh tu nasihat nyer betul....kita nih jer asyik nak menafikan...

    apa kata semak laman laman web berkaitan baby seat and safety driving standard.

    seperkara lagi kalau nak beli kerusi carilah piawaian yang di sahkan oleh badan badan piawaian keselamatan utk kenderaan.

    jgn beli baby seat...nampak macam ok...tapi spesifikasi keselamatan tiada

    pesanan akhir...bila ambil insuran kenderaan masukkan lah rider liabiliti untuk penumpang. lebih skit takpa....keselamatan ahli keluarga perlu di ambil kira

    salam

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.