AKHIL HAYY TIDAK TERLIBAT


Penyanyi yang terkenal dengan gelaran Ustaz Rock, Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy kesal kerana namanya dijaja oleh pihak-pihak tertentu sebagai pengikut ajaran sesat 'Ajaran MLM'.

Sebaliknya beliau menafikan terbabit dengan ajaran itu malah tidak tahu apa-apapun mengenainya.

"Saya benar-benar terkejut dengan dakwaan itu dan ia memberi kesan buruk pada imej saya yang berusaha memantapkan akidah semua umat Islam.

"Sebelum ini saya tidak mengetahui langsung mereka (pengikut Ajaran MLM) menggunakan nama saya kerana tiada sesiapa pun bertanya mengenainya sehinggalah kisah mengenai ajaran ini dikeluarkan media," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Akhil mengulas dakwaan mengaitkan dirinya sebagai salah seorang daripada beberapa selebriti terkenal tanah air yang menjadi pengikut 'Ajaran MLM.'

Kosmo! melalui siri laporannya mendedahkan mengenai ajaran sesat 'Ajaran MLM' yang lebih menjurus memeras ahli memberi sejumlah wang mengikut perkiraan berdasarkan 'formula dosa sepanjang hayat' atas tujuan membiayai sebuah kerajaan Islam yang lebih sahih 'Maahad Al-Zaiton' di Indonesia.

Sumber: KOSMO

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Alhamdullilah.....Buat enta, Yakinlah pada ALLAH.....kebenaran akan menutupi kekufuran......Hitam akan bertukar menjadi putih...

    ReplyDelete
  2. ;-)

    Benang putih kalau dilihat dalam gelap memang tak nampak.....hehehe

    ReplyDelete
  3. kadang kadang mensensasi sesuatu isu ada muslihat nya. konon nya strategi. di malaysia minda pembaca selalu di permainkan untuk mengalihkan isu isu yang lebih besar.atau nak masyarakat cepat lupa akan agenda2 yang lebih penting..atau menutup agenda yang memang rakyat perlu tahu. perang saraf sebegini telah lama di lakukan. mereka mereka yang berperanan dalam media tau bila, sebab apa atas muslihat apa ...tup tup tiba tiba keluar isu sensasi...mana ribut mana topan ...tiba tiba esuk pagi front page kluar tajuk sensasi..atau tajuk spekulasi...rakyat dah lah cepat melatah...lepas kluar lah komen komen menyokong dan menentang...itulah nasib kita ...mudah di gula gulakan isu.

    zaman nak gawat ekonomi dan gawat politik mcm mcm topik akan keluar...kucing nak bunuh diri pun boleh jadi isu..

    saya doakan ustaz akhil hayy akan lebih berjaya berdepan dengan pelbagai ujian...dont worry ustaz.

    kpd pembaca ...kita tak perlu terperangkap dengan berita sensasi atau apa isu pun.

    gawat ekonomi yg akan mengcengkam itu kita perlu tau dan apa plan tindakan kita..itu patut di fikirkan.

    salam

    ReplyDelete
  4. Ya la PENDEKAR....tapi kan kalu benag hitam, dalam gelap, orang yang menjahit kulitpun gelap...macam mana yeee.....

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.