ANALISIS MALAYSIAKINI KURANG TEPAT

Malaysiakini berjaya menghidu kes kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terhadap Mustafa Ali yang telah ditolak oleh pengurusan Harakah untuk disiarkan di Harakah Daily.

Kebanyakan ahli PAS sudah mengetahui tentang isu ini dan masing-masing nampaknya sudah membuat pendirian untuk menyokong pihak mana. Kalau nak dibandingkan antara Tuan Guru Nik Aziz dengan Datuk Mustafa Ali, ternyata TG Nik Aziz mempunyai pengaruh yang lebih kuat. Memang pelik rasanya kalau orang masuk PAS sebab nak sokong Mustafa Ali.

Lalu, memang tidak menghairankan bila Datuk Mustafa Ali enggan memberikan komen bila dihubungi oleh Malaysiakini.

Entah kenapa, Malaysiakini mahu memetik tulisan blog Anti Husam ketika membuat analisis itu. Siapa yang berada di belakang blog itu masih lagi menjadi tanda-tanya. Sehingga kini, pemilik blog itu masih lagi ‘takut’ untuk menjawab cabaran terbuka yang dibuat sebelum ini oleh Husam Musa.

Dalam analisis itu, Malaysiakini memetik tulisan blog Anti Husam yang berbunyi :

"Saya tidak percaya (kenyataan) itu adalah tulisan Tuan Guru Nik Aziz ataupun kenyataan yang keluar dari isi hati dan lidah beliau. Mana mungkin Nik Aziz menyebut perkataan 'standing ovation' (tepukan hormat sambil berdiri) dalam kenyataannya.”

Ternyata apa yang ditulis oleh blog Anti Husam itu tidak benar jika anda menonton video di bawah dan Malaysiakini sepatutnya mendapatkan sumber-sumber yang boleh dipercayai untuk membuat analisis mengenai PAS agar tiada pihak yang terkeliru :

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam...

    Ini yang akan terjadi bila MEDIA dijadikan perantara untuk satu perbualan...

    Tapi, dalam kes ni, MEDIA seolah2 mengambil kesempatan mensensasikan topik dengan m'gunakan banyak perkataan yang tak sesuai...

    akhirnya...

    ReplyDelete
  2. BOIKOT UTUSAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. aayatmu aayat sekerat....aayatmu tak cukup sifat....ayatmu bolehhh....buat orang sesatttt.....laukku dah cukupppp...cukup masinnnn....laukkuuu...cukup masin...tak perluuu....engkau tambah garammmm......

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.