PAK LAH SERBA SALAH?


Selepas Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar di Permatang Pauh, desakan supaya Pak Lah melepaskan jawatannya secepat mungkin bergema kembali.

Ku Li, Tun Mahathir dan anaknya Mukhriz adalah yang paling awal berbuat demikian. Malah nada ulasan Muhyidin juga seakan sama dengan kenyataan yang dibuat oleh yang bertiga itu.

Bukan itu sahaja, penyokong Pakatan Rakyat juga turut mendesak Pak Lah melepaskan jawatannya. Antara slogan yang popular di blog mereka sekarang adalah UNDUR-LAH, LETAK-LAH, CUKUP-LAH dan SUDAH-LAH.

Tetapi saya tertarik dengan e-mail yang dikirimkan oleh salah seorang pembaca blog ini.

Katanya :

Pak Lah jangan gelabah! Jangan dengar suara-suara yang suruh Pak Lah letak jawatan. Biarkan saja mereka melalak sebab lagi lama Pak Lah memerintah, lagi mudah Pakatan Rakyat MENANG!
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. kalu paklah letak jawatan ....lagi besarlah kepala najib...hmmmmmm hampehhhhhhhh

    Harap sangat anwar cepat take over

    ReplyDelete
  2. Pak Lah kena berjiwa besar lah.. jangan jadi kepala besar. Bukan setakat ahli Umno, rakyat pun dah tolak juga.

    ReplyDelete
  3. Sy tk setuju Pak Lah letak jawatan.Pembangkang mungkin tk sedar betapa Pak Lah dah byk berjasa pd kita...cuma kita jer tk tahu.Kalau tk disebabkan tidurnya Pak Lah tk mungkin kita dpt kemenangan...hahaha.Jangan resign Pak Lah teruskanLah......supaya BN terus kaLah.....kahkahkah

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Dalam entri Aflah bertajuk "Anwar umum kabinet bayangannya" tersirat banyak makna...

    p/s : i wonder bile agaknye dapat lihat 'mereka' bekerjasama...

    ReplyDelete
  5. Ada baiknya Pak Lah berundur dengan cara terhormat macam Tun Mahathir, dia kenalah bagi laluan kepada Najib sebelum terlambat....kalo tak...nanti nama saya tak akan terpahat dan lengkap.....heheheh...R.A.H.M.A..............N..najib...dan selepas nama ni.....kita akan jadi huru-hara, melayu ngan melayu bergaduh, cina ngan cina gaduh, india ngan india gaduh......apa akan jadi...ana kena tanam ubi kayu banyak-banyak......nanti beras tak de jual...ahhh.....

    ReplyDelete
  6. SEBELUM PAK LAH BERUNDUR
    MINTA KES DATO SERI ANUAR IBRAHIM SEKARANG DIGUGURKAN (TUTUP KES).SEBELUM BERPANJANGAN -CINTAI BANGSA KITA SENDIRI,TIDAK SALAH.LOVE EACH OTHER............DAH NAK BERPUASA...IN.......

    ReplyDelete
  7. org2 yg melalak supaya pak lah turun sbb takut BN akan jatuh.

    so, kita sokong pak lah perintah ini malaysia lama sikit, samapai next election.

    ReplyDelete
  8. Zaman 50 tahun ar-RAHMAN (pemurah) dah berlalu, kita sekarang mengangkat ar-RAHIM (penyayang)untuk 50 tahun akan datang... bermula pada Hari Malaysia 16.09.08.

    ReplyDelete
  9. Salam

    hi kak nur.. lama tak dengaq crita... sihat kaaaa...?? hopefully sihat la hendaknya... ;-)

    bagi saya tak timbul soal pak lah meletak jawatan atau tidak, sebab 'angin perubahan' sedang melanda.... ;-)

    ReplyDelete
  10. Sebagai rakyat malaysia, kita sayangkan pemimpin kita tu......dah banyak berjasa pada bangsa, agama dan negara, jadi kita patut bagi dia rehat, tak kasihan ke ngan pak lah yang selalu tertidor kat mesyuarat dan majlis rasmi.mungkin bila pak lah dah berundur ketegangan akan kembali kendur....situasi sekarang ini kalau berlarutan akan merugikan rakyat juga. Pemimpin asyik bertelaga, rakyat akan rugi.Macam mana nak bantu rakyat...yang masih miskin..macam kat sabah ni......masih banyak orang miskin.......kalau berlarutan begini, tak hairan suatu masa orang melayu akan kehilangan kuasa, UMNO akan jatuh tersungkur, Siapa akan memerintah ? heheh jawab sendirilah dan sanggupkah orang melayu khususnya UMNO membiarkan kuasa melayu hilang....ahh..apakah tidak akan terjadi huru-hara untuk mengembalikan kuasa orang melayu di tanah air sendiri.....gua lari naik gunung kinabalu....heheh...aahhhh.

    ReplyDelete
  11. antihusam.blogspot

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.