UMNO TAK ‘SEBODOH’ EZAM?

Hasrat Ezam Mohd. Noor untuk bertanding di kerusi parlimen Kulim–Bandar Baharu bukan lagi rahsia. Tanpa berselindung lagi, beliau mengaku telah bersedia untuk melawan bekas bosnya, Anwar Ibrahim.

Mengulas tentang perkara ini, sebentar tadi saya sempat berbual dengan beberapa orang rakan yang memang ‘fanatik’ dengan UMNO. Antara ayat yang mencuit hati kami tadi ialah “UMNO tak sebodoh Ezam”.

Bagi sesetengah orang, mungkin ayat itu kasar bunyinya. Tapi, bagi ‘orang Melaka’, ayat sebegitu ‘biasa’ sahaja sifatnya. Menurut rakan saya tadi, kalau Ezam diberi peluang melawan Anwar, tampak gayanya, kerusi Kulim tu dah ‘confirm’ milik Anwar.

Sebabnya, kehadiran Ezam ke dalam UMNO masih lagi dipertikaikan oleh pemimpin dan juga ahli UMNO. Kebanyakan dari mereka masih lagi sangsi dengan ‘nawaitu’ sebenar Ezam menyertai UMNO. ‘Keikhlasan’ Ezam masih lagi dipersoalkan. Malah, orang UMNO lebih kenal siapa Ezam sebenarnya daripada orang Keadilan.

Perbualan kami makin rancak bila rakan saya itu menceritakan ‘harta-harta’ yang dimiliki oleh Ezam. Saya sendiri pun tak tahu yang Ezam ‘sekaya’ itu. Nampaknya, ada saluran ‘you tube’ baru dalam arena politik Malaysia. Hmm.. Wallahualam.

Berbalik kepada cerita pilihanraya kecil yang bakal diadakan nanti, rakan saya yang lain pula berpendapat, UMNO tentunya akan mengutamakan calon tempatan kerana :

1) Biarpun calon itu ‘kerdil’ jika dibandingkan dengan Anwar, tetapi pengundi di situ ‘berkemungkinan’ mahukan seorang pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat. Jika Anwar dipilih, tentu Anwar jarang berada di kawasan itu.

2) 69.5% pengundi di situ adalah bangsa Melayu. Kes liwat Anwar boleh dijadikan ‘modal’ untuk menarik undi Melayu dan UMNO berkemungkinan akan memilih calon tempatan yang ‘lebih islamik’ dari Anwar untuk mempengaruhi undi Melayu. Ternyata, pemenang kerusi itu akan ditentukan oleh pengundi Melayu kerana mengikut perkiraan atas kertas, Anwar tidak mempunyai masalah untuk mendapat undi dari bukan Melayu.

Bagaimanapun, seorang rakan saya yang lain pula menyanggah pendapat itu. Katanya, jika Anwar menang, penduduk di situ bakal mendapat ahli parlimen yang bergelar YAB Perdana Menteri. Jika Anwar berjaya menjadi PM, tentunya penduduk di situ mudah mendapatkan ‘bantuan dan peruntukan tambahan’.

Tambahnya lagi, suasana politik sekarang lebih memihak kepada Anwar. Biar apapun strategi UMNO, pengundi di situ tentunya lebih terpengaruh dengan janji Anwar untuk menurunkan harga petrol. Semasa PRU 12 dulu, pengundi belum dapat merasakan kesan kenaikan harga petrol dan masih ‘percaya’ pada janji BN.
Setelah BN memungkiri janji mereka dulu seperti tidak akan menaikkan harga petrol dan tarif elektrik, kali ini pengundi tentunya sukar nak percaya lagi pada janji ‘baru’ UMNO dan Barisan Nasional. Malah, UMNO Kedah sendiri tidak sekuat dahulu. Kini sudah ada team Pak Lah dan team Mahathir di Kedah. Faktor itu tidak boleh dipandang ringan oleh penganalisis politik.

Apapun, integriti dan ketelusan SPR tentunya akan diuji kali ini. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sudah pasti akan berperang habis-habisan. Kempen-kempen yang dijalankan pastinya akan berkisar tentang isu peribadi, isu kaum dan juga isu ekonomi. Silap gaya, provokasi boleh mengundang kecelakaan. Seandainya ada penyokong mana-mana parti yang membuat kecoh atau bergaduh, berkemungkinan besar, isu itu akan mempengaruhi undi Melayu.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Salam
    UMNO tak sebodoh Ezam, malah UMNO lebih bodoh dari itu, bodoh dan menjijikkan, politik yang sangat kotor, dengan segala perkembangan politik yang berlaku, sy sudah jauh hati hendak memberi ulasan lanjut mengenai Umno.
    Di Pejabat saya ni pun ada berbelas ahli Umno yang terpaksa gigit jari dengan penutupan 17 cawangan umno jelutong, "kasihan mereka" tapi padan muka... heheh

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Saya rasa saya mempunyai pendapat yang berbeza dalam tajuk ini...

    Berkenaan Ezam, kenapa dia 'teringin' sangat agaknya melawan Anwar dalam pilihanraya kecil tu? Adakah beliau mempunyai senjata AMPUH yang akan sekaligus mematikan karier politik Anwar sekiranya dapat mengalahkan Anwar di kerusi tersebut...

    Harus diingat bahawa Ezam juga tak sebodoh UMNO. Apa agaknya yang akan berlaku sekiranya Ezam berjaya mengalahkan Anwar? Apa akan jadi pada kredibiliti Anwar dan Pakatan Rakyat? Adakah sekali lagi SPR akan dilemparkan macam-macam tuduhan? Tak telus, penipu dan sebagainya?

    Pandangan peribadi saya, Ezam menawarkan diri tentunya kerana beliau yakin akan berjaya. Keadaan ini boleh dilihat pada tingkah Anwar akhir-akhir ini yang pada saya agak pelik.

    Cuba bayangkan kalau Anwar dicabar oleh AAB, atau Najib, atau Hamid Albar, atau Mahathir, atau mana2 pemimpin UMNO yang lain, pada saya, sd tentunya Anwar akan membalas cabaran itu secara terbuka lagi. Cabaran sebagai jawapan kepada cabaran. Namun, apa yang berlaku, Anwar dilihat seperti senyap dan sunyi selepas Ezam dengan beraninya meluahkan cabaran tersebut...

    Rasa macam ada 'sesuatu' kekuatan yang dipunyai Ezam dan Anwar sedar mengenainya...

    Percaya atau tidak Aflah, andai benar bagai dikata (oleh saya di atas), pastinya selepas ini kita akan menyaksikan usaha2 khasnya drpd AMK untuk memastikan Ezam tidak diletakkan melawan Anwar...which is, already happen now...

    p/s:hanya ALLAH yang tahu ;)

    ReplyDelete
  3. Nur Aflah is a umno mole. this ezam should not be mentioned at all. He is a gone case !

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.