ADAKAH TRAGEDI 1998 BAKAL BERULANG? Malaysiakini

10 tahun dahulu, sepasukan anggota polis telah menyerbu kediaman Anwar dan kemudian terus menangkapnya. Hari ini, modus operandi yang sama digunakan oleh pihak polis. Bezanya kali ini Anwar ditangkap di hadapan rumahnya.

10 tahun dahulu, selepas Anwar ditangkap, penyokong Anwar berarak ke jalanraya sehingga mencetuskan kekacauan di ibukota Kuala Lumpur. Namun, pihak polis berjaya menenangkan keadaan dan mematikan semua cubaan demontrasi. Pada waktu itu, perisik polis berada di mana-mana. Mana-mana pihak yang cuba membuat demontrasi akan ditangkap dan dipenjarakan.

Hari ini Anwar Ibrahim telah ditahan reman berhubung siasatan kes liwat yang diadukan oleh Saiful Bukhari Azlan. Tindakan polis menahan Anwar sebelum jam 2.00 petang telah menimbulkan persoalan kepada orang ramai. Polis didakwa gagal mematuhi janjinya. Penyokong Anwar tentunya sudah dapat menerima hakikat yang Anwar bakal ditahan selepas jam 2.00 petang.

Jadi, apa alasan polis untuk menahan Anwar sebelum jam 2.00 petang?

Untuk mengelakkan tragedi 1998 berulang, Anwar melalui partinya telah mengeluarkan permintaan supaya semua penyokong Anwar bertenang. Sekiranya penyokong Anwar bertindak secara melulu dan merusuh, tidak mustahil Anwar akan ditahan lebih lama untuk meredakan keadaan.

Sebelum ini Anwar sudahpun membawa kes liwat tersebut ke Mahkamah Syariah. Maka dengan itu, seharusnya semua penyokong Anwar bertenang dan melihat bagaimana pihak polis menyelesaikan perkara ini. Jaminan terhadap keselamatan Anwar sudahpun diberikan oleh Pak Lah sebelum ini. Jika Anwar dibelasah seperti 10 tahun dahulu, maka Pak Lah adalah orang yang akan dipertangungjawabkan oleh rakyat.

Justeru itu, semua pihak terutamanya penyokong Anwar perlu bertenang dan bersabar. Biar pihak polis menjelaskan alasan mereka menangkap Anwar sebelum pukul 2.00 petang dan kaedah yang akan digunakan oleh mereka untuk menyelesaikan siasatan mereka. Selepas itu, rakyat akan menilai alasan dan apa juga kaedah siasatan yang akan mereka gunapakai. Kalau rakyat masih tidak berpuas hati cara kes liwat ini diadili, maka gunakan kertas undi pada PRU 13 nanti.

Ingatlah! Kebenaran pasti memihak pada pihak yang benar. Kudrat manusia tidak mampu menandingi kehendak Tuhan. Ingatlah janji Allah SWT pada umatNya yang sabar dan sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran.

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. saya setuju dengan nuraflah, kebenaran akan terbukti juga nanti , tak perlulah kita terlalu mengikut perasaan yang marah.

    ReplyDelete
  2. Maha Suci Allah yg Maha Besar, selamatkanlah saudara Anwar Ibrahim, Selamatkanlah Negaraku yg tercinta, berilah kekuatan kepada kaum yang benar dan engkau lindungilah mereka dari kaum yg batil.Sesungguhnya engkaulah yg maha kuasa atas setiap sesuatu dan maha pembalas segala tipu daya.Amin.

    ReplyDelete
  3. hati saya amat tersentuh sewaktu menonton debat pd mlm 15 julai lalu. airmata saya tidak tertahan sewaktu datuk seri anwar mengatakan" walaupun datuk sabery mlm ini menyerang saya secara peribadi namun saya memilih untuk tidak menjawabnya kerana ini bukan ruangnya..slps ini saya tidak mpunyai ruang lagi spt datuk sabery yg ada rtm dan media..saya pun tak tahu apa nasib saya slps ini.." sbg seorang rakyat biasa saya amat terharu dan berbangga dengan datuk seri anwar kerana dlm keadaannya yg dihimpit dgn berbagai tekanan..namun beliau ttp hadir dlm perdebatan itu.. berhujah dgn pnuh hikmah dan ketenangan demi membela nasib rakyat..subhanallah..ya Allah yg maha berkuasa dan maha mengetahui..lindungi dan berilah kekuatan kpd datuk seri anwar ibrahim ..keluarganya serta semua yg berada di pihak yg benar..

    ReplyDelete
  4. ya rabb..selamatkanlah datuk seri anwar..

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.