ZAID DISURUH KELUAR DARI MALAYSIA!

Selain meminta maaf kepada seluruh umat Melayu, kalangan pakar dan pejuang Melayu mahu bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mengatakan konsep ketuanan Melayu gagal di negara ini diberi pendidikan politik.

Selain itu, mereka juga menggesa Zaid keluar dari Kelantan dan Malaysia yang ditadbir raja-raja Melayu seiring konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, berkata semua pihak mesti menerima dan mengakui hak ketuanan Melayu yang termaktub dalam sejarah negara sejak dulu lagi.

Tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bukan saja menolak hakikat sejarah tetapi juga boleh menimbulkan masalah di kalangan masyarakat majmuk di negara ini, katanya.

Katanya, bekas pemimpin Umno itu mesti sedar bahawa beliau tidak boleh menyentuh dan menyinggung perasaan orang Melayu kerana ia akan menimbulkan masalah lain.

"Oleh itu, adalah wajar beliau mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mengakui apa yang dinyatakan sebelum ini melukai dan menyentuh perasaan orang Melayu kerana itu adalah yang terbaik kerana hakikat sejarah tidak sepatutnya dipertikaikan sesiapa pun," katanya.

Zaid dalam ucapannya pada persidangan LawAsia di Kuala Lumpur minggu lalu, berkata konsep itu juga menyebabkan berlaku pembaziran sumber, tenaga dan masa yang penting dalam menangani isu sebenar negara.

Ketua Umum, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar, berkata kenyataan Zaid menunjukkan beliau seorang yang bukan saja tidak berjiwa Melayu tetapi sanggup menghina bangsanya sendiri, dan keadaan itu adalah lebih jahat daripada tindakan penjajah.

"Kami mengutuk keras kenyataannya itu dan akan menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu," katanya.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan kenyataan Zaid itu sebagai keterlaluan.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican, berkata menyatakan ketuanan Melayu sebagai konsep yang gagal adalah juga penafian kepada sumbangan institusi kesultanan dan politik Melayu selama ini.

"Entah kenapa pandangan sedemikian seperti 'dengungan' pandangan liberal parti pembangkang yang terdesak mempamerkan wajah 'sama rata' hingga sanggup mengorbankan kepentingan bangsa," katanya.

Pejuang Bahasa Melayu, Prof Datuk Dr Zainal Kling, berkata kenyataan Zaid menunjukkan kejahilannya terhadap perjuangan bangsanya sendiri.

Justeru, katanya, Umno perlu memberi pemimpin seperti Zaid pendidikan politik supaya faham sejarah dan fakta sebenar kerana perkara yang berhubung kait dengan hak istimewa dan konsep ketuanan Melayu sudah digariskan dalam perlembagaan Persekutuan.

Sumber : Berita Harian

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. aku memang setuju dengan Zaid (walaupun dia ni umno keparat!!), lu org kecoh-kecoh pe hal, yang kecoh pun bukannya melayu tulen...merican la, naina, pak arab la...korang bising sbb takut zaid ibrahim ni bukak mata otak org melayu yang selama ni dibodohkan oleh umno!!! korang takut bila org melayu dah sedar diri, dorg berubah kepada bangsa yg lebih bijak pandai so korg tak leh la nak amik kesempatan lg..aku tak terasa sket pun apa yg zaid tu cakap, mmg skang ni melayu bodoh!! bodoh bangang yg amat sgt!! tak bleh pikir mana yg baik mana yg buruk!!so aku pandang dr sudut positif, org melayu kat malaysia perlukan perubahan, kita kena jd kuat, ada pegangan, bukannya jd bangsa yg mengikut mcm lembu kena cucuk hidung!!
    so lu org pikir la sendiri...sedarlah wahai melayu2 sume!!

    aku org melayu...

    ReplyDelete
  2. aku memang setuju dengan Zaid (walaupun dia ni umno keparat!!), lu org kecoh-kecoh pe hal, yang kecoh pun bukannya melayu tulen...merican la, naina, pak arab la...korang bising sbb takut zaid ibrahim ni bukak mata otak org melayu yang selama ni dibodohkan oleh umno!!! korang takut bila org melayu dah sedar diri, dorg berubah kepada bangsa yg lebih bijak pandai so korg tak leh la nak amik kesempatan lg..aku tak terasa sket pun apa yg zaid tu cakap, mmg skang ni melayu bodoh!! bodoh bangang yg amat sgt!! tak bleh pikir mana yg baik mana yg buruk!!so aku pandang dr sudut positif, org melayu kat malaysia perlukan perubahan, kita kena jd kuat, ada pegangan, bukannya jd bangsa yg mengikut mcm lembu kena cucuk hidung!!
    so lu org pikir la sendiri...sedarlah wahai melayu2 sume!!

    aku org melayu...

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Reaksi terhadap ucapan Zahid agaknya sudah berlebihan.

    Konsep ketuanan Melayu pula saya kira masih boleh ditafsirkan mengikut kepentingan masing-masing.

    Sebab itu tafsiran sesama tokoh Melayu pun berbeza.Lihat kenyataan Anwar Ibrahim dalam Sinar hari ini (4/11/2008)

    ReplyDelete
  4. salam:
    Saya setuju pandangan anony,
    ketuanan Melayu.
    Sultan jaga apa,jaga ISTANA
    Pemimpin jaga apa,Projek.
    Menteri jaga apa, jaga jawatan.
    semua org jaga diri masing-masing.
    Apa guna diberi jawatan politik kalau tidak sudi tolong rakyat.
    ketuanan Melayu kita bukan lagi berada dizaman Hang Tuah.Zaman sudah berlalu.....ketuanan melayu sudah berakhir di zaman Tun lagi.
    sejak itu raja-raja melayu sudah kehilangan kedaulatan.
    Keris-keris warisan Melayu sudah tercabut dari sarung.
    Budibicara sudah hilang.Ianya terus menganas.
    Lupakan wahai ahli-ahli yang berhormat.kasihanlah hidup kami.
    Kami sudah tiada hala tuju.....
    Seperti anak ayam kehilangan ibunya.
    Nasib baik kami ada Tuhan untuk berpegang.
    Kami hampir hilang maruah......
    kerana desakan hidup tapi tuhan itu maha adil.
    Segala penipuan itu terbongkar.
    Wang ringgit bukan segala-segalanya untuk hidup.Kekuasaan tidak selama-lamanya berada dipihak manusia.
    Masa akan tentukan segalanya.Saya doakan supaya Parti UNMO akan terkubur.Buat selamanya.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.