MENJAWAB TOHMAHAN PENENTANG SUBSIDI


Semalam saya telah membicarakan perihal kajian yang akan dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menetapkan harga minima petrol di negara ini. [sila klik di sini].

Saya tertarik dengan maklumbalas yang diberikan oleh anonymous yang berkata :

“Kita ni bukankah bangsa subsidi. Minyak kena subsidi, air Selangor dapat subsidi, minda pun minda subsidi. Sdri Aflah, kamu marah Shahrir tarik subsidi, secara otomatik menjadikan kamu ni juga pejuang subsidi. Kalau asyik mengharapkan subsidi, bila nak maju.”

Pertama sekali, saya boleh katakan yang anonymous ini tidak faham tentang istilah subsidi dalam ekonomi dan juga perkembangan harga petrol dunia. Kenapa saya berkata begitu?

1) Kesilapan kerajaan dalam menentukan kadar subsidi minyak.

Bila membicarakan jenis subsidi dalam bidang ekonomi, terdapat jenis subsidi yang dipanggil sebagai subsidi terus (direct-subsidy) dan subsidi tidak terus (indirect-subsidy). Dalam entri saya yang bertajuk “Menteri roti canai ada idea baru”, saya membincangkan jenis subsidi terus iaitu kerajaan telah menetapkan untuk memberi subsidi sebanyak 30 sen/liter mengikut harga pasaran semasa minyak mentah dunia.

Ertinya, jika harga minyak dunia melambung kepada RM 5/liter, maka kerajaan akan menanggung setakat 30 sen sahaja dan pengguna perlu membayar sebanyak RM 4.70/liter. (sila rujuk rajah di bawah)



Berdasarkan kepada idea yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini, ternyata jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akan meningkat jika harga minyak dunia mengalami penurunan. Contohnya, jika harga pasaran dunia RM 1.50/liter, kerajaan terpaksa menanggung sebanyak 20% jumlah perbelanjaan subsidi (sila rujuk rajah di atas).

Keadaan ini tentunya akan menyulitkan kerajaan kerana kerajaan terpaksa menanggung jumlah subsidi yang semakin besar dan hasil pendapatan Petronas pula akan menurun jika harga minyak dunia mengalami penurunan.

Sebaliknya, jika dahulu kerajaan memperkenalkan kaedah menetapkan jumlah subsidi berdasarkan kepada peratus harga minyak dunia (sila rujuk rajah di bawah), kerajaan tidak perlu pun memperkenalkan ‘harga minima’ kerana jumlah subsidi yang terpaksa ditampung kerajaan akan semakin berkurangan jika harga minyak dunia mengalami penurunan.



Contohnya, katakan pengguna di negara ini menggunakan 1 juta liter petrol sehari dan harga petrol dunia RM 1.50/liter, maka mengikut kaedah yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini, kerajaan terpaksa menampung subsidi sebanyak RM 300 ribu sehari.

Sebaliknya, jika kerajaan menggunakan formula peratus dalam rajah kedua, kerajaan hanya perlu menampung subsidi sebanyak RM 80 ribu sehari. Ternyata kerajaan dapat menjimatkan perbelanjaan subsidi minyak sebanyak RM 220 ribu sehari.

Itu sebabnya saya menyatakan idea Shahrir sebagai 'putar belit' kerana beliau sepatutnya lebih tahu tentang kesan yang perlu dihadapi oleh kerajaan bila memperkenalkan kaedah subsidi yang bersandarkan nilai sen. Natijahnya, rakyat akan menghukum langkah kerajaan sebagai 'flip-flop'. Hari ini cakap lain, esok cakap lain.

2) Trend penurunan harga minyak dunia bersifat sementara

Penganalisis ekonomi berpendapat, trend penurunan harga minyak mentah dunia yang dialami pada waktu ini adalah bersifat sementara kerana penurunan ini didorong oleh faktor krisis kewangan dunia dan juga kejatuhan nilai dolar Amerika.

Sewaktu harga minyak dunia melambung sehingga USD 120/tong dahulu, pedagang minyak menyifatkan kenaikan tersebut sebagai tidak mencerminkan harga sebenar minyak dunia. 30% daripada harga minyak dunia pada waktu itu didorong oleh faktor spekulasi.

Harga minyak dunia dijangka akan kembali stabil dan berada pada sekitar USD 100/tong mulai tahun hadapan kerana OPEC sudahpun mengurangkan pengeluaran minyak mereka selain ekonomi Amerika dan Eropah sedang mengalami proses pemulihan. Pertumbuhan ekonomi dunia yang lembap pada tahun hadapan juga dijangka akan mengurangkan permintaan minyak dunia dan ini sudah tentu akan kembali menstabilkan harga pasaran minyak mentah dunia.

3) Subsidi perlu ada dalam ekonomi

Anonymous mempersoalkan tentang ‘mentaliti’ subsidi rakyat di negara ini dengan berkata, “Kalau asyik mengharapkan subsidi, bila nak maju.”

Untuk pengetahuan Anonymous, kaedah pemberian subsidi yang cekap oleh pihak kerajaan boleh membantu memajukan ekonomi sesebuah negara itu. Negara Jepun misalnya memberikan subsidi 100% kepada petani di negara mereka dan mereka berjaya mengeluarkan hasil pertanian yang cukup besar.

Subsidi yang besar juga telah diberikan kepada nelayan mereka dengan menyediakan bantuan dana, teknologi dan juga alatan menangkap ikan laut dalam. Hasil perikanan mereka berjaya dieksport ke negara luar.

Kaedah subsidi dalam ekonomi turut merangkumi sektor pendidikan, cukai, tenaga buruh, pengeluaran dan produktiviti, infrastruktur, eksport dan sebagainya. Misalnya, apabila kerajaan mengumumkan cukai korporat diturunkan sebanyak 1%, itu juga adalah salah satu bentuk subsidi untuk menarik pelabur luar masuk ke negara ini.

Bagaimanapun, jumlah subsidi yang terlalu besar untuk sesuatu sektor seperti subsidi terus petrol misalnya, ianya tidak baik untuk pembangunan ekonomi negara. Jumlah subsidi tersebut perlu dikawal tetapi tidak sepatutnya dihapuskan. Jika harga petrol di negara ini lebih murah berbanding negara-negara pesaing yang lain, ianya boleh menjadi salah satu daya penarik untuk pelabur luar datang ke negara ini.

Misalnya, jika anonymous ingin berniaga. Harga petrol negara A = RM 2.50/liter dan harga petrol negara B = RM 1.50/liter. Kos-kos lain katakan lebih kurang sama di antara negara A dan negara B, maka negara manakah yang akan menjadi pilihan anonymous?

p/s : To anonymous, jangan terlalu mudah menghukum orang yang membicarakan soal subsidi sebagai penyokong PKR atau ‘rakyat haprak’ semata-mata!


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. Salam.

    Kak... lama tak comments... tp kali ni mau tak mau kena komen gak.. i am speechless.. kajian ekonomi akak merangkumi segenap sudut.

    Istilah 'minda subsidi' adalah sesuai bagi org yg 'minda jumud' je mcm Anonymous... subsidi merangsang ekonomi secara tidak langsung, kalau setakat melabel org minda subsidi tanpa sebarang pemahaman tentang subsidi dan ekonomi baik takyah comment...;-)

    ReplyDelete
  2. kalau rakyat jelata dipanggil subsidi seperti subsidi baja ataupun minyak.

    kalau korporat atau orang 'tertentu' atau kroni dipanggil 'bailout'.

    So, apa bezanya. saya rakyat biasa berhak bersama rakyat lain yang memang berhak mendapat pembelaan dari kerajaan. Saya pun pembayar cukai.

    Kami berhak mendapat subsidi.

    ReplyDelete
  3. subsidi sepatutnya dijadikan strategi ekonomi.

    Kerana tidak semua sektor menguntungkan.
    sektor yang untung cover sektor tak untung, sama2 dapat pekerjaan.

    tapi kalau sudah ketagih, ia boleh jadi racun berbisa.

    ReplyDelete
  4. Salam.. satu penjelasan yang baik buat orang yang konon2nye berlagak pandai...

    ReplyDelete
  5. Teori subsidi minyak didalam jadual itu terlalu mudah semudah menjaga duit dapur. Realitinya isu subsidi minyak lebih complicated lagi. Takkkan kamu tak tahu atau perlu saya jelaskan pulak.

    Jawapan kamu lebih kepada retorik PKR, menipu rakyat yang kurang faham.

    Jawapan kamu sama seperti teori kerajaan sekarang dimana untuk menjana ekonomi, buruh asing dibawa masuk kononnya harga lebih murah. Penyakit sosial dan kesan kepada rakyat bawahan tidak dikira. Bila anak dara dah dibawa lari ke Lombok, baru terkial-kial.

    Negara-negara maju memberi subsidi kebanyakkannya untuk membeli harta modal seperti mesin-mesin ataupun bot nelayan ataupun 100% subsidi kepada petani. Harta-harta modal dan mesin-mesin boleh menjana ekonomi dengan lebih besar.

    Tapi kalau subsidi air oleh PKR, tidak lain tidak bukan kerana rasuah untuk menang pilihanraya.

    Kamu orang PKR, tidak malukah kamu sekiranya saya samakan kamu dengan orang UMNO yang mengharapkan barang-barang percuma tu.

    ReplyDelete
  6. Apa bukti Anon 12.30am yang saya orang PKR?

    Kalau Anon ada ilmu yang lebih bermanfaat untuk dikongsikan bersama, silalah beritahu.

    ReplyDelete
  7. salam..kalau la btul menteri kate subsidi utk setiap liter = 30sen..kite dh menikmati harge yg ckup rendah skrg..ni update harge minyak yg sy ambil di bloomberg:
    COMMODITY FUTURES
    VALUE CHANGE % CHANGE
    Oil 55.69 -0.47 -0.84
    Gold 713.60 -4.70 -0.65
    Natural Gas 6.32 -0.09 -1.34

    rmai rakyat msia dh kne tipu..mari kite buat simple calculation..1 barrel is about 42 galloon US or 159 liters (kalo salah tlg btulkn k)..USD1 is about RM3.6..skrg minyak dh brape bwh paras USD60..sile kire brape harge minyak utk 1 liter..bdk skolah pn leh kire nih..lu pikir la sndri..

    ReplyDelete
  8. Aflah, sudah terang perlukah lagi bersuluh. Kulit blog kamu yang lama adalah berwarna biru PKR.

    Sekalis ikan di air sudah tahu jantan betina.

    Betul bukan???

    ReplyDelete
  9. Anda silap anon 11.33pm. Kulit blog tiada kena-mengena dengan parti politik saya.

    ReplyDelete
  10. Soalan2 anon tidak relevan. Ia hanya relevan di perhimpunan baling-baling kerusi Umno di dewan-dewan separaguna.

    Kerana soalan-soalan tidak relevan inilah yang mendapat jawapan pelempang, penumbuk mahupun balingan kerusi bola screw.

    ReplyDelete
  11. Subsidi hanya sesuai untuk ekonomi kapitalis, kerana ia dapat membendung atau menongkah arus spekulasi di dalam konteks pembiayaan kos hidup.Subsidi juga, boleh di sebut sebagai instrumen ke arah peningkatan nilai ekonomi yang di namakan nilai tambah.Ia bergantung dgn amalan perbeza iklim negara,hasil bumi,semangat rakyatnya dll.Di dalam ekonomi islam,ia tidak ada makna subsidi,di sebabkan tiada unsur riba,spekulasi atau manipulasi(rasuah).Di malaysia,makna subsidi amat berbeza dengan negara jepun kerana faktor kemerdekaan,mengenal dan memperbaharui teknologi mereka, amatlah lebih pantas dari malaysia.Malaysia mempopularkan subsidi sebagai asas pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat dalam konteks penguasaan teknologi,menguasai banyak sektor industri,menarik banyak peluang pelabur,meningkatkan kemudahan infraskutur,menjana kekayaan atas nama bangsanya dan mengembangkannya ke luar negara.Ia tertakluk dgn kebijakan dasar yang di gubal oleh pemimpin negara tersebut.Contohnya dasar penswastaan negara, negara perindustrian.MSC dll.Sebagaimana dasar penjanaan tenaga elektrik oleh IPP,ia memberi impak yang besar dari segi gandaan ekonomi dan sesuai dgn keupayaan pehak swasta utk memenuhi permintaan jumlah tenaga semasa dan pemindahan teknologi dgn cepat.Berbanding dgn pembinaan empangan hidroelektrik yang memakan masa bertahun2.Ia, adalah kerana kerajaan tidak berkemampuan melaksanakan tugas2 tersebut dan mengambil risiko yang tinggi.Cuma dasar subsidi sahaja yang dapat membantu pehak swasta dengan syarat,mereka adalah pemain2 utama,aktiviti2 ekonomi dalam negara yang mewujudkan banyak sektor ekonomi dan peluang pekerjaaan di samping perkongsian bijak bersama pendana2 rakyat seperti kwsp,tabung haji dll tanpa penglibatan pinjaman bank yang mengakibatkan risiko dalam menguruskan projek berimpak tinggi.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.