KOPERASI PENIPU GUNA NAMA ISLAM!

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mendedahkan nama empat syarikat dan individu yang menggunakan nama koperasi dengan menawarkan peluang perniagaan, pelaburan dan kemudahan pinjaman palsu kepada orang ramai.

Empat koperasi terbabit ialah Koperasi Nabinco, Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise, Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan dan Koperasi Siswazah Islam Malaysia.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata siasatan SKM mendapati koperasi berkenaan tidak wujud, menggunakan alamat palsu dan tidak berdaftar.

"Mereka menawarkan perkhidmatan melalui internet, akhbar, e-mel, risalah dan menggunakan ejen" katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Peniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi" di sini, Selasa.

Seminar tersebut dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia.

Selain koperasi palsu itu, beliau juga berkata SKM telah mengesan lapan koperasi berdaftar yang didapati menjalankan pelaburan bercirikan Skim Cepat Kaya.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama koperasi berkenaan kerana kes tersebut masih dalam siasatan.

Beliau meminta orang ramai supaya berwaspada jika ada pihak koperasi yang menawarkan pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi antara lapan hingga 12 peratus sebulan.

"Tidak ada koperasi dalam negara ini yang diberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti pelaburan seperti itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Noh berkata kementeriannya melalui SKM akan mengambilalih pentadbiran koperasi yang "tenat" dan dilanda masalah dalam urusan menjalankan aktiviti perniagaan.

Beliau berkata pihaknya akan melantik pentadbir baru untuk memulihkan semula koperasi bermasalah tersebut sebelum diserahkan semula kepada anggotanya.

Sumber : Bernama


Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. sekarang orang politik ajar orang menipu.kalau org cina menipu itu sudah biasa.
    ini org melayu.
    skim cepat kaya,
    apa-apa skim semua tipu.
    Bank islam tipu juga.
    Ada nama-nama Islam pun tipu ligat semacam juga.......
    saya sudah banyak kali kena tipu dgn orang melayu islam drp kecil sampai dewasa sampai tua hendak mampus.......
    Yang hendak naik haji pun kena tipu.
    Kena tipu dgn pemimpin politik Islam(UMNO).
    Tipah banyak kali ditipu.
    Tipah tertipu, tipah tertipu,tipu tertipah,pah..pah.................
    tiap kali lagu diputar itu lah Tipah kena tipu.

    JANGAN PERCAYA PADA MANUSIA.PERCAYA PADA DIRI SENDIRI.
    PERCAYALAH PADA(ALLAH).

    ReplyDelete
  2. En Mus kata Bank Islam pun tipu juga.
    Apa yang Bank Islam tipu? Cuba jelaskan sikit.

    ReplyDelete
  3. ++++ ada syarikat terbaru ,beri pinjaman 20,000 dapat balik 35,000.
    ada insuran,ada jadual pembayaran.No hp ada tapi tiada nama syarikat.
    Koperasi di malaysia ini tidak berdaya maju.
    Macam kucing kurap.
    Baik tutup sahaja drp menipu ahli.
    Kalau koperasi syarikat pengangkutan bas tu tak pernah untung kerana asik repair mana untung.....
    Scomi syarikat besar pun bagi dividen Rm 2.00 sahaja setahun bagi sesaham,tahun ini banyak sedikit Rm 10.00.
    Tidak berdaya maju.
    Untung lebih dia kaut habis....
    hendak bagi dekat ahli geleter macam berok kena sawan.
    Begitu juga melabur dalam bank Islam.(dapat 2% sahaja).Kata nya tidak untung niaga rugi.Bila hendak bagi dekat ahli terus kata rugi.Masa pikat org hendak masuk kata untung ......lebih teruk drp sistem perbank cara konversional.
    katanya sistem bank ini amalkan riba,bank Islam amalkan jualbeli(angkat) Angkat dekat dia......
    dekat kita turun tangan seluk kocek
    pegang biji landut.......
    tanda o o ooooooooooooooo.
    Negara lain ikut kita,tapi pulangan ok,kita pula jadi harimau lapar....
    Macam mana pm kata ,ok...di negara org..kata nya terpulang fahaman masing-masing.
    Mcm mana hendak faham.
    PM mungkin tidak melabur dgn dia orang (dinegara sendiri).
    cuba ....tengok nasib rakyat..
    Gaji dibawah RM1000.00 diparas Miskin.Ramai orang Melayu...katanya.
    Tidak faham lagi keer..
    ya gulam ahmad sidek sigaraga.
    ya maulana.
    Negara gohead- gostand.
    Ya haji Bhakir.
    Sudah kena jual dekat alibaba.
    mampusss,mampuss.
    ya pulus ya tidak telus......

    ReplyDelete
  4. ++++ saya tidak terpandang..
    takut kena buat statment salah....

    Bank Islam:
    1.Saya pernah melabur..saya ingat pulangan besar sekurang-kurangnya lebih banyak drp Amanah saham Bumiputra(10%).
    Seperti mana yang saya dapat hanya (2% sahaja).
    Bila berurusan,katanya kita tidak amalkan sistem riba, tapi kita cuma ambil duit/wang perkhidmatan sahaja tetapi upahnya lebih tinggi drp bank yang lain(konversional-yang amalkan sistem riba).
    Bukankah ini kita rasa tertipu?
    Mana ada Pihak bank hendak beri percuma,itu kita tahu,tapi kalau lebih mahal harganya kita ini jadi keliru.Macam mana Hendak Jadi Islam sejati.
    Hendak beli rumah kena pinjam dengan bank.(Bunga).
    Yang halal, Mahal.
    Yang satu lagi riba.(tapi lebih
    murah).
    Kalau tidak, sewa juga.
    Nampaknya kita tidak terlepas kena gigit dengan ular hitam dekat dalam kubur nanti.
    Macam mana ya.....
    Kalau sudah Gaji tidak sampai Rm1000.00 sebulan.
    CARI YANG HALAL ITU FARDU.
    PAKAILAH UBAT GIGI SUGI.
    UBAT GIGI MUKMIM.
    BERSIH LAGI SUCI.
    SETAKAT UBAT GIGI.
    YANG LAIN TU HARGANYA MACAM MANA..
    TAKUT.....(KONFIK).KITA HIDUP DALAM NAFAS YANG LEMAS..DANCEMAS.

    ReplyDelete
  5. ada jugak parti penipu yang guna nama islam.

    ReplyDelete
  6. En.Mus kata :

    Saya pernah melabur..saya ingat pulangan besar sekurang-kurangnya lebih banyak drp Amanah saham Bumiputra(10%). Seperti mana yang saya dapat hanya (2% sahaja).

    Apabila en Mus tak dapat 10%, maka Bank Islam menipu? Adakah itu maksud En Mus? Dalam Islam, kita tidak boleh menetapkan peratus pulangan kita. Ianya bergantung kepada risiko pulangan yang bakal kita perolehi. Untung dan rugi dikongsi bersama.

    Bank Islam di Malaysia ibarat kedai runcit yang baru hendak bertatih. Manakala Bank Konvensional yang lain ibarat sebuah pasaraya besar. Adalah tidak adil jika kita mengharapkan pulangan yang besar semata-mata daripada Bank Islam.

    To Dino, setahu saya ada 1 je parti Islam kat Malaysia ni. Apa yang PAS tipu? Jelaskan sikit.

    ReplyDelete
  7. Salam, tq,saya faham,cuma terlupa keadaan islam,kerana ianya tidak menetapkan keuntungan.
    Disinilah saya keliru.
    ASB boleh dapat +-10%
    Ketika itu Ekonomi stabil.
    Katanya Bank Islam baru belajar bertatih.
    Raya rasa pekerja itu dikalangan pengurus yang handal takan ambil orang sedang belajar.
    Disinilah saya rasa tertipu,kerana pulangan diberikan terlampau rendah.
    Sistem Islam itu betul.Adakah kerana peratus keuntungan yang tidak ditetapkan ,pihak bank boleh kencing pelanggang tanpa memberi perjelasan.Dengan mengatakan kita ikut cara Islam (oh itu cara Islam).kalau ditetapkan itu dikatakan nya Riba.Setahu saya riba itu mengambil untung cara yang berlebihan,memberi keuntungan kepada seseorang itu bukannya riba.
    kenapa menetapkan keuntungan boleh jadi riba,tolong jawab .......saya tidak mahu kata jawapan ini- fakwa.Kalau fakwa....kenapa,mengapa.........
    Fakwa apa?
    Kalau kita menjual barang kita perlu letakkan harga dan margin keuntungan.
    Kalau kita tidak tetapkan keuntungan disinilah penjual boleh explotasi harga barang sekejap 10sen,sekejap lagi 20 sen.
    siapa yang kena main.
    kita ,bila keluarkan fatwa kita harus fikirkan apakah implikasinya bila perlaksaanitu dibuat.
    Implikasinya kepada kedua dua pihak.Bukan satu pihak untung satu pihak lagi rugi.Adil kah dinamakan itu.Mereka yang keluarkan fatwa ini.
    boleh dipersoalkan.

    ReplyDelete
  8. Saya tidak berapa faham apa yang En Mus cuba sampaikan. Maafkan saya, cuba En Mus gunakan ayat yang mudah dan ringkas. Kalau tak keberatan, saya cadangkan En Mus tonton ceramah tentang Bank Islam pada link di bawah :

    http://www.youtube.com/watch?v=KtpdHb1KEkw

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.