PELAKON 'BLUE' DISAMBUT KARPET MERAH?
MELAKA, yang kini bergelar Bandaraya Warisan Dunia sudah bersedia untuk menyambut kunjungan bintang terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan @ Shahrukh Khan sempena majlis penganugerahan darjah kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk kepada beliau pada 29 November ini.
Kerajaan negeri sejak beberapa minggu lalu sudah melakukan pelbagai persiapan dan minggu ini, sebahagian besar daripada acara yang akan diadakan sepanjang dua hari tetamu istimewa itu berada di negeri kelahiran Hang Tuah itu, sudah pun dimuktamadkan.
Majlis penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) iaitu anugerah keempat tertinggi kerajaan Melaka itu dijadual diadakan di kira-kira jam 10.30 pagi di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, 21 kilometer dari pusat Bandaraya Melaka Bersejarah dan bakal disempurnakan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
Sepanjang dua hari berada di Melaka, Shah Rukh Khan bakal mempunyai atur cara padat. Mengikut risikan penulis, satu daripadanya adalah sesi bertemu peminat di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Jalan Ayer Keroh pada jam 6 petang.
Pelakon ini dijangka tiba di negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pagi 29 November. Beliau kemudian akan dibawa terus ke Melaka dengan menaiki sebuah kereta khas yang memakan masa perjalanan kira-kira sejam.
Sebagaimana lazimnya, kedatangan bintang Bollywood ini disertai rombongan besar dan difahamkan ia membabitkan dua bas besar. Selain pengawal peribadi dan tenaga kerja syarikat produksi miliknya, Dreamz Unlimited, beliau bakal disertai krew stesen televisyen India iaitu Zee TV.
Sebaik tiba di Melaka, beliau akan berehat di sebuah hotel atau resort dan membuat persiapan ke majlis penganugerahan itu. Setakat ini, kerajaan Melaka belum memutuskan hotel atau resort yang bakal menjadi penginapan bintang Bollywood itu.
Seperti diumumkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dalam satu majlis di Kuala Lumpur lebih dua minggu lalu, penganugerahan Datuk ini akan turut disiarkan secara langsung oleh Zee TV yang berpengkalan di Mumbai, India.
Selepas majlis itu selesai, Shah Rukh Khan dijadual mengadakan sidang media bersama Mohd Ali. Pengumuman Shah Rukh Khan menerima anugerah kebesaran dari kerajaan Negeri Melaka itu khabarnya ia mendapat liputan luas media India sebelum ini.
Selain Zee TV dan wakil media di Melaka, difahamkan lebih 50 wakil media antarabangsa dan tempatan berpusat di Kuala Lumpur serta Singapura dijangka hadir bagi mengikuti majlis penganugerahan itu.
Dalam pada itu, seperti laporan sebelum ini, Shah Rukh Khan dijadual mengadakan sesi lawatan dan rakaman televisyen di beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Melaka seperti Kota A'Famosa, Bangunan Stadhuys, Jonker Walk dan Dataran Pahlawan selepas makan tengahari.
Selepas itu, beliau akan singgah di Dataran MBMB bertemu peminat termasuk menandatangani autograf. Pada sebelah malam, beliau akan berkunjung ke beberapa lagi lokasi pelancongan seperti Eye On Melaka, Menara Taming Sari dan Eye On Malaysia selain menyusuri Sungai Melaka dengan bot.
Difahamkan, mulai minggu ini, pengurusan Menara Taming Sari di Bandar Hlir juga sudah memulakan satu peraduan dengan hadiah utamanya adalah sesi menaiki menara berputar tertinggi di Asia Tenggara itu dengan bintang Bollywood berkenaan.
Ada beberapa pihak sudah berura-ura mengadakan peraduan khas bagi membolekan peminat bertuah menikmati makan malam atau bersarapan dengan Shah Rukh Khan, sebagai hadiah utama. Shah Rukh Khan dijadual berlepas balik ke KLIA pada sebelah tengahari dan acara selingan juga kini sedang dalam proses dimuktamadkan.
Dalam perkembangan berkaitan, Shah Rukh Khan dikatakan sepatutnya sudah datang menerima anugerah berkenaan pada 11 Oktober lalu, iaitu pada hari sambutan ulang tahun Mohd Khalil ke-70, bersama-sama dengan lebih 750 penerima lain.
Sumber memberitahu, pelakon itu sudah berada di Singapura sehari sebelum itu dan bersiap sedia untuk ke Melaka, tetapi membatalkan perjalanannya pada saat akhir. Beliau dikatakan sedih kerana mendapat tahu ada pihak mempertikaikan penganugerahan kerajaan Melaka itu.
"Pagi itu juga dia membatalkan perjalanannya dari Singapura ke Melaka selepas dimaklumkan mengenai pertikaian anugerah itu termasuk menerusi akhbar. Sehari selepas itu, dia terus kembali ke India dengan perasaan sedih," katanya.
Bagaimanapun, Shah Rukh Khan bersetuju untuk datang semula ke Melaka apabila usaha itu dilakukan menerusi bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin selepas mendapat permintaan daripada kerajaan negeri.
Dalam pada itu, di sebalik kritikan pelbagai pihak terhadap anugerah Datuk kepada Shah Rukh Khan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman blognya chedet.com, menyambut baik usaha kerajaan Melaka pimpinan Mohd Ali itu
"Kita bukan saja dapat menarik pelancong tetapi kegiatan perfileman memaksa syarikat Bollywood belanja wang yang banyak. Ramai pekerja dan orang lain di Malaysia mendapat banyak nikmat. Ada kalanya Shah Rukh mengadakan pertunjukan percuma untuk bantu badan-badan amal.
"Kerana Shah Rukh memilih Malaysia untuk membuat filemnya banyak syarikat perfileman Bollywood lain turut memilih Malaysia untuk membuat filem mereka. Saya fikir Shah Rukh layak mendapat penghormatan sebagai Dato Kehormat," katanya.
Sumber : Berita Harian
Kenapa tajuk pelakon 'blue'? Kalau nak tahu, [klik kat sini].
Mengapa tidak di anugerahkan tokoh ulama dunia.
ReplyDeleteMempomosikan Malaysia sebagai Negara Islam contoh yang dinamik.
Adakah kita tidak yakin.
Dan sembunyikan diri.
Menjemput Shahrukh Khan sebagai Idola kepada dunia mengatakan inilah idola rakyat Malaysia.
Adakah Negara Islam yang di kehendaki oleh Dr.M semasa mengistiharkan Malaysia Sebuah Negara ISLAM.
TETAPI PENGISIANNYA DIMANA.
BEGINILAH CARANYA ORANG MELAYU MERPERMAIN AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.
MENGAMBIL KESEMPATAN DAN MENGHALAL CARA.
MEMPERKAYAKAN DIRI.TAPI RAKYAT SEBENARNYA SUSAH DAN SUKAR DINEGARA SENDIRI.
APA MAKNANYA ISLAM.
APA MAKNANYA HUKUM.
APA MAKNANYA FATWA.
KALAU BOLEH DIPUTAR BELIT OLEH ORANG YANG DIKATAKAN ISLAM ITU SENDIRI.