UTUSAN RAJA PERKAUMAN



Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini memilih gambar papan tanda jalan yang memaparkan Bahasa Cina sebagai gambar utama untuk surat khabar mereka.

Apakah tujuan mereka memaparkan gambar tersebut?

Kalau rajin, tolong jawabkan untuk mereka...

The Star pula memilih gambar di bawah untuk dimuatkan dalam berita mereka yang bertajuk "Multilingual road signs put up to boost Penang's tourism"




Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. 'Utusan raja Perkauman' memang mewakili puak-puak perkauman, kononya merekalah jaguh melayu. Mereka memang saban hari akan mensensasikan berita yang berkait dengan melayu untuk menambathati mereka kembali.

    Jangan lupa weh, hangpa bukan jadi menteri untuk melayu UMNO sahaja, tapi untuk semua bangsa di Malaysia tau.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kalau tidak salah, Kementerian Pelancongan dan kerajaan BN juga pernah mengeluarkan papan tanda dalam pelbagai bahasa, sama ada untuk menarik pelancong atau untuk kepentingan politik (untuk menarik pengundi?)

    Jadi janganlah bersikap hipokrit.

    Lagipun kerajaan sudah mengubah bahasa pengantar pengajaran sains dan matematik dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Mengapa Utusan tidak membantah?

    ReplyDelete
  3. Puan Nur Aflah,

    Selagi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan berada di tempat utama, saya tidak nampak ada masalah. Di Bukit Bintang, ada tulisan nama jalan dalam bahasa arab.

    Cuma, kita kena pastikan jangan bahasa asing menggantikan Bahasa Melayu. Itu saja.

    ReplyDelete
  4. pada aku tak ada isu..utusan, saper dah faham cara utusan buat tak tau dah lah..buat apa nak sakit kepala.

    tapi pada aku yang perlu di isukan.. ialah sikap orang melayu sendiri tak memertabatkan sendiri budaya bangsa dan bahasa

    lihat pada perkataan yang mula di dengar.... pangilan ibu dibahasakan mami , mama, ayah atau abah atau bapak dah jadi papa.

    zakaria dah jadi zek, gayah dah jadi gai, bakar dah burn , tapi abu taknak pulak panggil ash...

    bahasa pun di melayukan. belanjawan ada bajet di gunakan....kan pelik

    saya dan awak ....dah jadi u dan i

    apo cerito nih...

    jadi bila nama jalan di guna bahasa lain knapa nak di isukan...takder isu.

    fizikal...pun nak di tukar...tengok segelintir perempuan melayu...rambut dah cantik hitam di karatkan ....nak kata eurasian atau ada darah kacukan mat salleh tak pulak ..kalau berinai di sebabkan uban adalah alasan. nak nafi genetik mak ayah yang rambut hitam...kalau aflah mungkin juga..takpalah memang dia mix blood
    tapi yang perempuan melayu dah lah tak tudung lepas tu rambut cantik mayang mengurai dah berjalur karat sana karat sini. kalu albino aku faham jugak ..tapi ada yang kulit gelap karat pun rambut karat...lagi buruk nampak..kalau aku di detroit dulu tengok negro rambut mcm tu memang lah budaya mereka.. "street fashion".

    masaalah nya bukan bahasa saja tapi pelbagai benda orang kita nih terkeliru...jadi bila sentuh pasal bahasa....di luar...lihat balik di dalam diri.

    so kalau nak teliti biarlah semua perkara.

    ReplyDelete
  5. Hohohhoo, lawak pulak aku dengar komen anonymos, letakah name ker, email ker, bro!!!

    Kata nak memartabatkan bangsa Melayu, aku amat yakin bro orang Melayu(dari apa yang dikomen).

    Suruh orang buat kebaikan bro sendiri tak buat, suruh orang lain martabatkan bahasa Melayu bro sendiri nama kedekut....

    heh.

    Al Baqarah:44.

    Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir?
    .

    ReplyDelete
  6. takpalah pendekar....bukan anda aja suruh kenal diri ...prof hamirdin pun pernah. pandangan aku santai jer... sampai masa aku pakai nama am atau nama anugerah. e mail ....tak leh. aku melayu. etnik minang + bugis. asal k.kngsar
    kerja sendiri. matlamat aku motivasi generasi muda ....yang amat aku perihatin. kadang bahasa tu koboi sikit. ada sisa sisa umur nih aku bagi apa yang aku tau. komen tak berasas tak aku minat...tapi bila dah baca terpanggil jari jari nih mengetuk apa yang patut.

    ok pendekar satu masa kita jumpa mana tau sebelah nyebelah di lampu trafik atau sebelah nyebelah tandas awam...he he

    salam perkenalan

    ReplyDelete
  7. Hidup UTUSAN !!

    http://malaysiaheaven.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. KOMENTAR OLEH PENGUNJUNG2 BLOG NUR AFLAH NI..WELL BEHAVED, MATURED AND EDUCATED.

    YANG KURANG AJAR: UTUSAN MELAYU , TV3 !!

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Komen2 yang positif amat memberangsangkan dalam isu ini dan merupakan bukti persefahaman antara kaum masih kukuh.

    Bahasa Malaysia di negara ini masih merupakan Bahasa Utama dan 'mother tongue' bahasa kaum lain hanya bahasa kedua, termasuk bahasa Inggeris yang menjadi kebiasaan digunakan dalam urusan bisnes.

    ReplyDelete
  10. Salam Aflah,

    Saya rasa tajuk ni kurang sesuai la Aflah kerana pada saya tajuk yang paling sesuai ialah UTUSAN BANGSAT PERKAUMAN! Raja dimuliakan dan BANGSAT jelas hina dari segi cara dan kelakuannya...

    THX!

    ReplyDelete
  11. salam, Ya ler kita cakap je nak daulatkan bahasa Melayu...tapi pemimpin BN dan PRpun cakap sepatah je dlm bahasa Melayu....lepas tu 100% dlm bahasa Inggeris....betul tak...

    Kalau Utusan raja perkauman, cuba perhatikan akhbar berbahasa Cina dan Tamil - adake bela Bahasa dan bangsa Melayu..

    "Jangan lupa weh, hangpa bukan jadi menteri untuk melayu UMNO sahaja, tapi untuk semua bangsa di Malaysia tau." Betula tu sbb itulah Orang Cina menguasai hampir 90% ekonomi negara...10% je tinggal untuk Orang Melayu, India dan lain-lain bangsa..

    W/pun kontrak dapat pada orang Melayu...tapi nak dapatkan barang2 pembinaan kena beli di kedai orang Cina...akhirnya untung lebih kpd pekedai...

    Bila kontrak terbuka...untung barang dan kontrak masuk kemana....

    Seperti jari ditangan, bila jari telunjuk menunjukkan kesalahan orang, tiga jari lagi ke arah kita........

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.