MICHAEL JACKSON KINI MIKAEEL

Raja pop, Michael Jackson memeluk agama Islam dalam satu majlis di rumah seorang rakannya di Los Angeles, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan penyanyi berusia setengah abad yang sebelum ini menganuti mazhab Kristian Jehovah's Witness itu menukar namanya kepada Mikaeel.

Penyanyi yang merupakan antara terhebat sepanjang zaman itu memeluk Islam beberapa hari sebelum dia dijadualkan menghadirkan diri di Mahkamah Tinggi London.

Penyanyi di mana album lebih 750 juta unit terjual di seluruh dunia itu disaman oleh putera kedua Raja Bahrain kerana gagal menghasilkan album selepas menerima wang pendahuluan miliknya.

Satu sumber memberitahu bahawa majlis itu berlangsung pada minggu ini sewaktu Michael merakamkan album terbarunya di rumah seorang pemain keyboard yang menggubah muzik untuk album Thriller, Steve Porcaro.

Bintang yang memiliki banyak lagu popular termasuk The Way You Make Me Feel itu dilihat agak muram sebelum dua rakannya yang telah memeluk Islam memberikannya nasihat.

Pencipta lagu dari Kanada Michael, David Wharnsby dan penerbit album, Phillip Bubal, dilihat berada bersama-sama Michael sepanjang majlis itu berlangsung.

"Mereka mula menerangkan kepada Michael mengenai Islam dan bagaimana kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik selepas memeluknya. Michael lebih tenteram selepas itu," kata sumber berkenaan.

"Seorang iman dipanggil dan Michael kemudian melafaz dua kalimah syahadah," tambahnya.

Kata sumber berkenaan, Michael memilih untuk menggunakan nama Mikaeel iaitu salah satu malaikat dalam Islam dan menolak satu lagi nama yang diberikan kepadanya iaitu Mustafa yang bermaksud orang yang terpilih.

Turut berada dalam majlis untuk bersama-sama meraikan detik bersejarah saudara baru itu ialah penyanyi Yusuf Islam, 60 yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens.

Pada tahun lalu, seorang abang Michael, Jermaine Friday berkata, penyanyi itu menunjukkan minat untuk mendalami Islam sejak dia memeluk ajarannya pada tahun 1989.

"Sekembalinya saya dari Mekah saya memberikan sejumlah buku mengenai Islam dan dia bertanyakan banyak soalan mengenai ajaran tersebut dan saya memberitahunya ia sesuatu yang indah dan mententeramkan," jelas Friday.

"Michael membaca semua buku yang saya berikan dan dia berbangga kerana saya menemui sesuatu yang memberikan ketenangan dan kekuatan diri," tambahnya.

Friday memberitahu, berdasarkan minat mendalam yang ditunjukkan oleh saudaranya itu dia percaya bahawa Michael akan memeluk Islam pada suatu hari nanti.

"Banyak yang boleh dia (Michael) lakukan bagi memperbaiki diri seperti yang saya lakukan," ujarnya.

Pada Isnin depan, Michael dijadualkan memberi keterangan di sebuah mahkamah di London berhubung tuntutan ganti rugi sebanyak AS$7 juta (RM25.3 juta) oleh Sheikh Abdullah bin Hamad Al Khalifa iaitu putera kedua Raja Bahrain.

Beliau mendakwa memberikan sejumlah wang itu sejak tahun 2005 sebagai bayaran pendahuluan menghasilkan album untuk sebuah syarikat rakaman miliknya.

Menurut Sheikh Abdullah, beliau turut memberikan sebuah kereta mewah baru jenama Rolls Royce berharga AS$120,000 (RM434,727) untuk kegunaan Michael.

Putera berkenaan dan Michael menjalin persahabatan ketika penyanyi itu tinggal di Bahrain selepas dia dibebaskan daripada tuduhan mencabul seorang kanak-kanak berusia 13 tahun pada 2005.

Michael mengalami masalah kewangan sejak dia ditahan pada tahun 2003 dan baru-baru ini dia menukar hak milik Neverland Ranch kepada sebuah firma hartanah kerana gagal melunaskan bayaran bulanan.

Sumber: Kosmo

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. alhamdulillah lah .....masing masing mencari jalan pulang. pelbagai cara...ada dah tinggal sesaat nak di jemput pulang ...baru nur allah sampai. ada yang di zahir islam....tapi pulang dalam munafik, fasik atau zindik. .....lagi sia sia. oleh sesama lah kita odit diri sebelum tidor ambik buku diary...hari nih apa yang aku sedekah... berapa kilo aku mengumpat. berapa jam aku kerja ....berapa minit aku lepak kedai kopi. hak pejabat aku pulangkan tak. berapa lama aku bergayut di ofis guna phone pejabat ....hp aku aku tak nak guna.

    berapa banyak tulang aku curi. macam macam kita boleh odit...kita kontra tengok ....kalau negatif ...berat...kalau break even boleh baiki. klau biru result ALHAMDULILLAH.

    KITA ISLAM 30 40 50 60...TAHUN...TAPI RESULT NEGATIF .....kawan kita yang bukan islam dengan kita ada persamaan tak?. satu perlu jaga jangan syirik jihar atau syirik khafi

    oleh itu tanya diri balik!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah aku ucapkan pada Mikaeel aka Michael Jackson kerana mula manyatakan prinsipnya.

    Cuma aku tak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan dia memeluk Islam, adakah sekadar untuk keluar dari masalah-masalah yang sedang dihadapinya atau ada agenda yang lain.

    Namun aku harap biar segala yang dilakukan kearah yang positif, sedikit sebanyak mungkin dia mampu mengembalikan imejnya dan secara tidak lansung menaikkan imej Islam, agar lebih ramai memahami Islam.

    Mardhotillah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdullillah,

    Michael Jackson telah lama 'lost in his own world'. Abangnya Jermaine Jackson mula memeluk ugama Islam dengan nama Muhamad Aziz.

    Mereka telah dapat melihat kesucian ugama Islam dan nilai nilai murni yang ditunjokan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW.

    Semuga kita semua menjadi orang orang yang bertakwa dan beriman dan dosa kita diamponkan Allah.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.