TOLAK RAFIDAH, DIALAH PUNCA WANITA BERPECAH?
Seperti dijangka, Rafidah akan mempertahankan jawatan Ketua Wanita setelah Shahrizat mengambil keputusan untuk bertanding jawatan itu.
Keihklasan Rafidah untuk menyerahkan jawatan itu pada Jun 2009 kepada Shahrizat hanyalah helah politik Rafidah semata. Jika benar dia mahu menyerahkan jawatan itu sebagaimana yang dirancangkannya sebelum ini, tentu sahaja Rafidah akan menarik diri dan membenarkan Shahrizat menang tanpa bertanding.
Yang pasti, itu tidak berlaku. Demi mencapai matlamat politiknya dan egonya sebagai wanita besi, Rafidah tidak kisah jika Wanita UMNO berpecah. Dia akan menentang Shahrizat habis-habisan.
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Krisis Mahathir-Anwar nampaknya berulang pada Wanita Umno. Kali ini Rafidah yang sudah beberapa kali menyatakan kesediaannya untuk menarik diri dari pentas politik, mengubah semula haluannya.
Rafidah langsung tidak menghargai kesetiaan Shahrizat terhadapnya selama ini. Dengan angkuhnya Rafidah masih lagi mahu mempersoalkan kesetiaan Shahrizat. Seolah-olah Wanita UMNO adalah hak mutlak dirinya. Tiada siapa yang boleh mencabar kedudukan dan keputusannya.
Berikut adalah butiran kenyataan yang dibuat oleh Rafidah :
Memandang bahawa Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat telah membuat kenyataan akhbar untuk bertanding jawatan Ketua Wanita Umno, maka saya dengan ini:
1) Akan mempertahankan jawatan ketua yang saya sandang sekarang, dan Insya-Allah, akan bertanding untuk jawatan tersebut untuk tempoh 2009-2011.
2) Saya menghargai dan menghormati pandangan yang telah saya terima dari 117 Bahagian itu.
3) Saya memulangkan kepada para perwakilan, yang mewakili akar umbi, untuk menentukan pemimpin yang mereka mahu untuk tempoh 2009-2011.
Saya kecewa kerana pelan Peralihan telah dipertikai, dan ditolak, lebih tiga bulan selepas saya mengumumkannya pada bulan Ogos (4 haribulan) 2008.
Semenjak tarikh itu TIADA sesiapa dalam Exco, atau di luar, yang telah mempertikaikannya. Bahkan Datuk Seri Shahrizat sendiri, sama ada antara empat mata, dalam Exco dan dalam sidang media, telah BERKALI-KALI menegaskan:
a) Beliau tidak akan bertanding jawatan ketua walaupun dicalonkan.
b) Beliau patuh kepada Pelan Peralihan.
c) Beliau patuh kepada nasihat pemimpin-pemimpin besar parti.
d) Bahkan beliau telah menyatakan bahawa "kata akan dikotakan" dan "my word is my honour." (semuanya telah disiar dalam media).
Saya tidak ada sebab untuk menyangka bahawa akan berlaku pelbagai pergolakan SELEPAS PROSES PENCALONAN SELESAI.
JIKA, dalam mana-mana perbincangan ADA MANA-MANA PIHAK yang TIDAK SETUJU, dengan PELAN PERALIHAN maka, sebagai pemimpin-pemimpin yang bertanggungjawab, WAJAR dibangkitkan dan dibantah.
Jika mereka berbuat demikian, SEBELUM proses pencalonan, maka pasti Exco akan membatalkan sahaja PELAN itu.
DAN, saya tidak ragu-ragu akan membiarkan Bahagian-bahagian mencalonkan sesiapa juga yang mereka mahukan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua.
Tetapi, ‘bantahan’ ditimbulkan SELEPAS mereka mendapat CUKUP pencalonan untuk bertanding, MAKA BARU membantah, dengan berbagai ‘alasan’ yang sebenarnya tidak berasas.
ADA pula pihak-pihak tertentu yang mahukan pelan peralihan ‘dipercepat’, dari Jun ke Mac 2009. Ini tidak logik.
JIKA ia dibuat bulan Mac ia bererti:
a) Tidak ada lagi ‘pelan peralihan’, yang pada asasnya, melibatkan satu jangka masa antara Perhimpunan Agong dengan tarikh penyerahan jawatan.
Semua mengetahui bahawa pada asalnya, jangka masa itu ialah antara Januari hingga June 2009, KERANA Perhimpunan Agong dijadual pada Disember 2008.
Ia telah dianjak kepada Mac- tetapi Pelan Peralihan TIDAK terjejas.
b) Jika ‘dipercepat’ kepada Mac, ia juga bererti bahawa saya dipaksa menyerah jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat menang tanpa bertanding.
INI menidakkan hak dan kemahuan 117 Bahagian yang telah mencalonkan saya untuk pegang jawatan hingga Jun 2009.
Sekarang, kerana PELAN PERALIHAN telah diingkari dan jawatan ketua akan ditandingi, maka saya akan mempertahankan JAWATAN yang saya sandang sekarang ini.
Saya ingin menyarankan supaya pertandingan semua jawatan-jawatan dalam PergerakanWanita Umno hendaklah dijalankan dengan TERTIB, BERADAB, IKHLAS dan jangan sekali-kali menjejaskan sesiapa, atau menjejaskan parti.
JANGAN sekali-kali mengada-adakan dan menabur FITNAH dan BOHONGAN, dan membawa pecah belah.
ALLAH SWT menentukan segala-galanya. TIDAK ada yang lebih besar dariapada KUASA ALLAH SWT.
Terima kasih.
21 November 2008.
Terkini: Shahrizat tiba untuk bertemu PM jam 3.25 petang
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tiba di pejabat Perdana Menteri di sini, jam 3.25 petang tadi, dipercayai bagi bertemu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi membincangkan keputusannya bertanding jawatan Ketua Wanita Umno, Mac ini.
Beliau yang mengumumkan keputusan bertanding melawan penyandang jawatan, Tan Sri Rafidah Aziz semalam, tiba dengan menaiki kereta Perdana V6 berwarna hitam.
Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!
Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!
Bila Pak Lah tak lantik dia sebagai menteri, satu isyarat supaya ketua wanita umno ada keperluan ditukar
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteAgaknya Rafidah hendak jadi Ketua Wanita UMNO sumur hidup?
Sayang seorang pemimpin yang baik pada masa mudanya, buar perangai pula bila dah tua!
Aflah!
ReplyDeleteKalau dah mabuk kuasa,lg tak mati taknak berenti!
Rafidah mmg dah lama..
Sharizat?!Alahaii...jambul unta tu cukup nyampahh!Secara professional-nya...Boleh lahh!
Cakap pasal reform...Balik2 muka sama!
Takde orang lain ke utk 'ke-Puan-an' wanita Melayu?!
Auntie Zaharah mesti tgh gelak2 nihhh..Hahaha!
Hidup Aman Bersama Selebriti Politik Malaysia!
Roger!
cukup lah nenek fidah.. bagi chance kat generasi muda pulak.
ReplyDeletedulu nenek pancung dan aibkan siti zaharah di era mamak madey. skrang terima lah balasan NYA.
Nur Aflah,
ReplyDeleteKalau Shahrizat menerima pelan peralihan kuasa cadangan Rafidah maka jawatannya hanyalah pemangku ketua wanita UMNO selama tiga tahun sehingga pemilihan baru dijalankan.
Jika Rafidah pula menerima cadangan Shahrizat supaya dipercepatkan tarikh peralihan kuasa itu maka Rafidah pula terasa seperti dipaksa menyerahkan jawatan ketua secara bulat-bulat dengan Shahrizat dan Shahrizat menang tanpa bertanding.
Persoalannya, Rafidah telah mewar-warkan bahawa dia akan mengundur diri dan menyerahkan jawatan itu kepada Shahrizat tanpa perebutan kuasa, mengapa timbul alasan Shahrizat menang tak bertanding…?
Siapa punca perpecahan wanita UMNO..? Apakah pilihan yang ada pada Shahrizat….Ditelan mati mak diluahkan mati bapa..?
Terserlah sudah bahawa Rafidah gila kuasa. Dia sebenarnya tidak ihklas untuk menyerahkan jawatan itu kepada Shahrizat dan pelan peralihan yang diwar-warkan itu hanyalah tipu helah politik Rafidah semata.
Memang betul dan tepat, Shahrizat meneruskan hasratnya bertanding merebut jawatan ketua wanita UMNO.
Walau pun Rafidah menang namun kemenangannya akan menjadi arang dan kekalahannya akan menjadi abu.
Sama-sama kita tunggu dan lihat.