PENULIS BLOG HARUS BERETIKA

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis.

Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang.

Syed Hamid berkata kod etika yang dicadang itu perlu dibuat dalam bentuk peraturan dan bukannya perundangan atau akta baru.

Beliau berkata penulisan blog merupakan cara berkesan dan boleh mempengaruhi serta membentuk perspektif pembaca mengenai pelbagai isu.

"Mereka (penulis blog) boleh menyatukan masyarakat atau memecahkan. Seperti rakyat Malaysia lain, penulis blog juga perlu mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kestabilan dan keselamatan negara," katanya ketika merasmikan persidangan 'Bloggers Buff' 2008 di sini hari ini.

Syed Hamid berkata wartawan profesional sekalipun mempunyai garis panduan masing-masing, dan oleh itu tidak ada sebab kenapa penulis blog tidak perlu mempunyai kod etika mereka sendiri.

Beliau berkata blog tidak dimasukkan dalam media lain kerana menerusi blog, pembaca boleh memberikan reaksi terhadap sesuatu isu yang ditulis sebaik ia disiar dalam blog.

"Komen dan sesi menjawab semula itu malangnya menyediakan saluran kepada orang ramai untuk menyebarkan perasaan benci dan sentimen perkauman," katanya.

Sementara itu, presiden penaja National Alliance of Bloggers (All Blogs) dan wartawan Ahirudin Atan berkata penulis blog sepatutnya mengeluarkan kod etika mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan.

"Penulis blog mempunyai kuasa mempengaruhi pendapat, dan jika ia (kuasa)disalahguna, ia boleh menimbulkan pemusuhan di kalangan rakan," katanya pada persidangan itu.

Beliau juga berkata komen yang tidak mempunyai nama perlu dilayan seperti "surat layang" dan penulis blog serta pembaca mempunyai hak untuk tidak melayan mesej itu.

Nur Aflah: Kod etika bagi blog ini mudah saja. Buat apa yang Islam ajar dan tinggal apa yang Islam tegah. Kalau boleh dicadangkan, saya berharap DS Syed Hamid Albar boleh fikirkan kod etika tahan orang tanpa bicara. Yang itu beretika ke tak? Rasanya, bukan sahaja tak beretika tapi melanggar perintah agama. Masya Allah.

Dah tahu tentang peraduan mudah ini? Jika belum, KLIK KAT SINI DULU!


Dapatkan terus entri terbaru blog ini ke peti email anda! KLIK JE SINI!

Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Apa yang ditulis mencerminkan peribadi penulis itu sendiri. Dari membaca tulisannya kita boleh tahu sifat dan sikap seseorang penulis itu.
    Penulis yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti seperti A. Kadir Jasin atau saudari sendiri tentu tidak akan menulis benda-benda yang mengarut, tetapi akan menulis sesuatu yang dapat memberi kebaikan kepada masyarakat.
    Etika itu adalah kejujuran dan keikhlasan seseorang untuk membawa kebaikan melalui tulisannya. Walaupun kadang-kadang tulisannya itu tidak disenangi oleh banyak pihak.

    ReplyDelete
  2. Salam AFLAH,

    Jujur itu polisi utama
    Telus itu polisi utama
    Bebas itu polisi utama
    Cepat itu polisi utama
    Semasa itu polisi utama
    Tepat itu polisi utama
    Adil itu polisi utama

    thx!

    ReplyDelete
  3. Salam Aflah
    Saya nak tanya siapa yang tak beretika ? Pemimpin atau rakyat, penulis blok hanya menyampai dan memberi pendapat.Rakyat yang semakin maju dapat menilai apa juga yang ditulis oleh pembelok.
    Pada saya,ramai pemimpin politik dan kerajaan yang tidak mempunyai etika.Saya setuju dengan pandangan saudari Aflah.Kenapa simpan OKT tampa bicara.Kenapa puak puak tertuntu dapat bantuan kerajaan, kenapa ada pilih kasih dalam kampong juga berlaku sedemikian, ada ketua kampong pilih bulu , kenapa? Itu beretika ke ?.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Cik Nur Aflah,

    Pelik bin Ajaib lah Newspaper di Malaysia nie. Utusan, Berita, New Strait Times semuanya menulis isu isu yang menyebelahi pihak BN. Mana mana isu yang salah dari Bn tidak kene published. Why is that?. Bukankah surat kabar dan media blog menulis mengenai perkara perkara yang benar. Kebenaran itu adalah hakiki dan kebenaran itulah yang kita junjung dan sokong. Bukan yang salah. Jika kita menyokong kesalahan di manakah letaknya maruah dan keperibadian kita sendiri sebagai manusia yang mahu menghindari kemungkaran. Amal makruf, nahi munkar sudah biasa kita dengar dan ini sepatutnya menjadi way of life kita sebagai Muslim.

    Bloggers menulis perkara yang menyentuh perasaan mereka. Apa yang mereka fikirkan dan analisa. Mungkin analisa mereka pada kaca mata orang lain adalah silap kerana manusia tidak semua berfikir sama. 10 people have 10 defferent ideas and opinions. Jika bloggers menulis isu yang menyinggung perasaan pemimpin tetapi isu itu benar..tidak salah rasanya. Malah kita semua sepatotnya menyokong kerana selama ini sesetengah pemimpin telah mengikat tali dihidung kita semua saperti lembu dan ditarik kesana kemari. Bloggers lahir kerana suara mereka tidak mendapat tempat di media perdana.

    Beretika itu saperti sumpah seranah yang berat berat itu misti ler kita tentang. Yang ringan ringan tu kasi can la..sebabnya hanya dengan cara itu saja sesetengah orang dapat memahami bahasa. You need to speak in the language and in the tone that they can understand.

    ReplyDelete
  5. Salam Puan,
    Siapa pemilik atau tuan punya itulah isu utama yang akan ditulis oleh satu-satu akhbar.......

    Harakah...100% akan sokong Pas dalam semua keadaan..........

    Berita Keadilan.....anawar umpama manusia tanpa kesalahan.......

    Sahsiah....promosikan PR walupun bukan milik mutlak PR...........

    Sinar Harian....85% promosikan pembangkang dan ada aktiviti pembangkang diulang-ulang 2 atau tiga kali tanpa apa-apa bayaran....

    So,jangan jadi seperti DULANG yang sentiasa mengatakan PAKU yang yang terlebih........

    Renung-renungkanla
    Kg Dewan Beta,KB,Kel

    ReplyDelete
  6. Pn Aflah,
    Isunya seperti proses daftarkan kad prabayar....mulanya ramai yang membantah.....tapi.......

    Saya menyokong etika ini kerana tidak semua orang yg menjadikan ISLAM sebagai batasan dalam penulisan seperti puan........

    Kadangkala walaupun ISLAM tak lekang dari mulut....namun bila menulis semuanya duduk dibelakang...

    Inilah etika itu berfungsi.......

    Namun jika digunakan untuk mengekang penulisan pada bukti yang sahih...saya MENENTANG......

    Dalam isu ISA, puan sepatutnya membuat kajian yang menyeluruh bukan bergantung kepada kefahaman hasil tarbiyah satu pihak sahaja...
    Tak kan lah orang-orang tahu agama dalam BN nak jadi kufur kerana ISA..

    Renung-renungkanlah...
    Kg Dewan Beta, KB,Kel

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Saya menyokong saranan bahawa penulis blog harus "beretika".

    Akan tetapi, beretika tentu tidak bermakna sentiasa menyokong dan mengampu pemerintah. Malah seorang yang beretika tentu pula boleh mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan pendapat pihak yang berkuasa.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.