EZAM : HUBUNGAN ANWAR & SHAMSIDAR MASIH ‘ON’? Malaysiakini

Saya menerima e-mail daripada seseorang yang saya tidak kenal. Dia meminta saya menonton video di bawah ini dan meminta saya memberikan komen di laman blog ini:



Video ini dibuat oleh YOUTUBERS yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Perak Bangkit”.

Setelah menonton video ini, saya berpendapat :

1) Dakwaan kononnya Nalla meminta Ezam datang ke rumah Nalla dengan membawa Al-Quran dan Nalla sanggup ‘bersumpah dengan Al-Quran’ serta Nalla menunjukkan ‘video’ bagi mendedahkan perilaku Anwar tidak boleh diterima kerana tiada bukti yang dapat membuktikan dakwaan itu benar. Jika benar, Nalla atau Ezam mempunyai bukti ‘kukuh’ tentang perilaku Anwar yang sebenar, kenapa mereka tidak mendedahkannya kepada mahkamah? Dahulu pun, Ezam mendakwa mempunyai ‘6 kotak’ bagi membuktikan perilaku pihak tertentu. Tapi, sampai sekarang, mana kotak-kotak itu?

2) Petikan ceramah Ezam dalam video itu tidak penuh dan tergantung. Sepatutnya, pembuat video itu kena menyiarkan sepenuhnya ceramah yang dibuat oleh Ezam itu. Selepas itu, barulah kita dapat mengetahui cerita sebenar. Jika pembuat video itu mahu mendedahkan kebenaran, dia mesti bersikap berani dan bukannya membuat ‘editing’ yang mengelirukan seperti yang pernah dibuat oleh Datuk Zam dahulu (saksikan petikan video di bawah)



3) Gambar Anwar bersama Shamsidar yang dipaparkan dalam video sudah tidak relevan dan sudahpun digunakan oleh gerakan Anti Anwar sejak 1998 lagi.

Kesimpulannya, pihak-pihak yang ingin membongkar kebenaran tentang perilaku Anwar yang sebenar perlulah lebih berani dan matang dalam membuat kenyataan. Jika tidak, dakwaan sebegitu boleh mendatangkan fitnah dan memecah belahkan masyarakat. Saya percaya, individu yang membuat video itu beragama Islam. Maka, saya nasihatkan agar saudara membuat kerja-kerja yang mendatangkan pahala daripada menambahkan dosa. Jika saudara benar-benar yakin yang Anwar terlibat dengan mana-mana skandal, dedahkan dengan cara yang beretika dan juga berlandaskan kepada hukum syarak.

Bak kata pepatah “berkatalah benar walaupun ianya pahit untuk ditelan”



Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. Assallammualaikum Nur Aflah,

    Saya tak mahu komen pasal hubungan terlarang mana-mana pihak. Berbicara tanpa asas akan menjurus kepada fitnah, ianya lebih bahaya dari membunuh. Saya nak tanya Nur Aflah, survey/soal selidik yang anda buat melalui blog ini, bertanya sama ada anuar melieat atau tidak, dan najib terlibat dengan kes altuntuya atau tidak, soalan-soalan ini pu n lebih menjurus kepada menimbulkan fitnah? Jika kebenaran yang dicari ini bukan cara dan kaedah yang bijaksana. Penyokong anwar akan menjatuhkan najib dan penyokon najib akan menuduh anwar meliwat...secara langsung atau tidak langsung, sedar atau tidak dan sama ada anda suka atau tidak, anda sudah memulakan suatu perang FITNAH di kalangan penyokong-penyokong 2 orang tokoh ini. Inikah corak kebenaran dan keadilan yang dicari? Bukan kah kaedah anda lebih banyak membawa kerosakan dari membaiki? Apapun, ini sekadar pandangan saya, mungkin betullah yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri. Apapaun saya kira elok soal selidik itu diolah dan lebih ditumpukan kepada bagaimana soal tingkahlaku dan tuturkata dikalangan sesama kita boleh diperbaiki atau bagaimana budaya fitnah ini boleh dihapuskan dari menjadi amalan khususnya dikalangan umat Islam di negara ini. Sekian, wasallam.

    ReplyDelete
  2. masalah di malaysia ialah orang-orang malaysia suka mengumpat hal-hal orang lain,suka jaga tepi kain orang,sendiri tidak terurus,jiran sebelah tidak terlepas,itu sebab banyak cerita-cerita yang tdk masuk akal terjadi.bangun pagi sudah mengata orang.buang masa malaysia.ini lah penyakit besar dalam malaysia tidak kira kecil kah besar suka mengumpat.umpat-umpat sajian harian rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum,

    Penyebaran fitnah dari mana-mana pihak....sangatlah menduka citakan dan membuatkan insan biasa seperti saya keliru dalam mencari kebenaran. Saya baca semua blog.....anwar, chedet ...malaysia kini...akhbar kerajaan.... Saya menjadi takut....takut hilang pedoman....masing-masing nak tutup buruk sendiri sambil memburukkan orang lain.

    Adakah ini contoh terbaik untuk generasi akan datang.

    ReplyDelete
  4. Ini mana punya barua, fitnah yang baru pun tak habis-habis lagi, keluar lagi fitnah lama. Apa nak jadi negara Malaysia dan rakyatnya ni? Fitnah dah merata-rata. Yang punya blog pun satu, tak ada kerja lain ke menyiarkan fitnah oleh si pembelot dan pengkhinat tu. Ko orang tanggung le dosa, bertanggungjawab le sikit.

    ReplyDelete
  5. Salam..

    Terima kasih atas komen saudara. Tujuan saya membuat 'survey' mengenai DS Anwar dan DS Najib di sini ialah untuk mendapatkan maklum balas daripada pembaca blog ini dan survey ini akan dijalankan sehingga 16 September 2008.

    Survey ini bukan untuk meminta sesiapa memfitnah sesiapa kerana amat penting untuk negara ini mempunyai seorang perdana menteri yang dipercayai oleh rakyat kerana DS Anwar dan DS Najib disebut-sebut sebagai bakal PM ke 6.

    Masa yang agak panjang yang saya peruntukkan utk survey ini adalah kerana, saya ingin memberi peluang kepada DS Anwar dan DS Najib menjelaskan kepada rakyat mengenai tuduhan yang dilemparkan kepada mereka.

    Saudara tentu ingat bagaimana fitnah telah menjatuhkan khalifah Islam dan akhirnya umat Islam berpecah menjadi sunnah dan syiah. Saya harap, indicator dari survey ini boleh memberikan sesuatu buat pihak pemerintah merencanakan sesuatu kaedah yang dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan tertinggi di negara ini.

    Misalnya, menyelesaikan kes fitnah ini mengikut perundangan syariah. Jika benar DS Anwar ataupun DS Najib difitnah, maka si penabur fitnah itu perlu dihukum agar tiada lagi rakyat di negara ini yang berani menabur fitnah. Setakat denda RM 5,000 atau penjara beberapa bulan, itu tidak akan menakutkan pihak-pihak yang membuat fitnah.

    Mereka yang mengambil bahagian dalam survey tersebut tentunya mempunyai alasan sendiri bila mereka mengundi. Maka, untuk mengatakan mereka yang mengundi itu hanyalah penyokong individu tertentu, maka saya rasa ianya kurang tepat.

    ReplyDelete
  6. another good exposure.

    so ape penyokong2 UMNO nak cakap ttg blog Nur Aflah sekarang ?

    ReplyDelete
  7. Tidak syak lagi apa yg berlaku sekarang adalah konspirasi ke dua,memandangkan segala issu yg di ketengahkan adalah berkaitan cerita lama dan watak yang lama.Orang Umno memang begitu mentalitinya,mereka tidak boleh berubah utk menyesuaikan dgn masa.Lihat lah mereka berhujah dlm apa-apa issu pun,nada yg sama,dalih yg sama,perbandingan yg sama,pendekata semuanya membosankan bagi org yg boleh berfikir.Kerana mereka merasa rakyat masih di takuk lama.

    ReplyDelete
  8. Saya rasa sdr Nur Aflah adalah penyokong Anwar.

    Kalau sdr berminat kepada kebenaran janganlah berat sebelah. Ini kalau ada pandangan yang negatif kpd Anwar, sdr kata fitnah. Kalau pendapat yang positif, w/pun tak tentu hala sdr sokong pula.

    ReplyDelete
  9. Saudara burung gagak..

    Sekiranya saudara membaca semua 'posting' saya di blog ini, saya petik semua isu yang melibatkan DS Anwar dan juga DS Najib. Saya pernah membangkitkan isu konsert PROTES, ahli keluarga Anwar yang menjadi Penasihat Kumpulan Darul Ehsan dan banyak lagi. Saya juga memetik berita DS Najib sudah bersumpah untuk menafikan penglibatannya dalam kes Altantuya dan juga kenyataan Tun Mahathir serta Mukhriz mengenai penglibatan kes liwat Anwar.

    Untuk mendapatkan kebenaran, kita kena membaca semua media tanpa mengira fahaman politik media tersebut. Kita tidak boleh membuat penilaian yang baik jika tidak bersifat terbuka.

    Malangnya, ramai di antara kita yang langsung tidak mahu membaca media tertentu kerana merasakan itu adalah media pihak tertentu. Saya fikir, pemikiran sebegitu sudah sepatutnya dihapuskan dari minda rakyat Malaysia kerana perbuatan itu akan melemahkan daya ketajaman fikiran kita.


    Guru saya pernah berkata:
    "ramai orang membaca, tapi mereka tidak faham apa yang dibacanya. Dan ramai pula yang sudah faham, tidak mengamalkan apa yang telah difahaminya"

    ReplyDelete
  10. Nur Aflah : Saya bukannya penyokong Anwar tapi saya penyokong kepada kebenaran. Mana-mana pihak yang sanggup menyatakan kebenaran akan disokong oleh saya tanpa mengira warna parti politiknya.


    Sukar kita untuk tidak memihak kepada seseorang. Namun utamakan kebenaran, Yang penting walaupun kita sokong, bila salah kita kritik dan jangan menutup kedua-dua mata. Itu yang lebih baik

    ReplyDelete
  11. salam..

    bagi gua tentang survey poll,survey poll tu hanyalah satu media untuk kita mengetahui apa yang rakyat malaysia sedang fikirkan dan segala keputusan survey itu bukanlah satu jawapan yang mutlak..ianya hanya pendapat dari pengunjung blog ini sahaja dan gua juga rasa yang pengunjung blog ini semuanya boleh berfikir dengan waras untuk mempercayai yang mana betul dan yang mana salah.usaha aflah ini sepatutnya disokong dan bukannya terus dikritik..kritik yang tidak membina tidak mendatangkan sebarang kebaikan untuk semua..sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Saya sangat bersetuju dengan pandangan dan pendirian saudari nuraflah...you tube itu sekadar satu lagi projek para pemfitnah dalam usaha meligitimasikan tindakan mereka bahkan tanpa sedar mereka sebenarnya terus-terusan menjadi penyumbang kepada keadaan pecah belah dalam ummat islam itu sendiri.
    Saya kekal dengan pendirian saya bahawa sekiranya ada mana-mana individu rakyat mahupun pemerintah atau mana-mana ahli politik including Najib, Anwar, Ezam atau siapa jua yang berani mendakwa bahawa mereka punya bukti terhadap apa jua "krisis" salah guna kuasa, moral, integriti dan seumpamanya mesti juga berani tampil mengemukakan bukti-bukti tersebut tanpa "menunggu masa yang dikatakan sesuai" itu. Kerana kebenaran dan kebaikan itu mesti SEGERA disampaikan agar jika kita "mati" (hari ini, esok mahupun lusa) maka kita sudahpun melangsaikan tanggungjawab kita sebagai hamba yang bertaqwa...
    Saya sangat prihatin dan berasa sedikit musykil bahkan tidak senang dengan mana-mana pihak yang suka membuat pendedahan salah laku sesiapa sahaja dalam keadaan seolah-olah penuh beragenda di sebalik apa jua pendedahan itu. Sewajarnya, apa jua pendedahan dan apa jua yang kita lakukan mesti bertitik tolak daripada KESEDARAN dan taqwa kita kepada al khaliq.
    Dalam kes Ezam, Najib dan Anwar : bagi saya mereka sebenarnya GAGAL untuk tampil dalam wajah yang sedemikian...

    aljundiathirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Cik Nur
    Saya rasa Cik Nur sepatutnya tidak menjawab soalan2 ( dungus atau tak ada otak atau tak gi sekolah )yg tertera kat blog Cik Nur . Apabila Cik Nur membalas jawaban mereka ia membuat atau akan jadi macam mereka ( dungus / tak ada otak atau tak gi sekolah )Saya adalah peminat wahid Cik Nur , saya serta rakan2 kerja akan membincangkan apa apa wadah atau warta soalan yang di war warkan di blog Cik Nur . Kami akan membawa berbagai bukti ( black and white ) tak kiralah ia berbentuk minit meeting/gambar/tulisan/cd ceramah/letter head party BN/Dap/Pas/keadilan .Bagi kami Cik Nur "talk with Mind & Truth" so jika dalam perbincangan tersebut boleh membuktikan kebenaran , pemenang di antara kami akan di jamu makan tanpa limit ( FOC). So Cik Nur jangan pusing pasal soalan stupid yg akan membuat Cik Nur kebelangkan , Go forward Cik Nur, We all respect u sehinga BN menjadi pembangkang seluruh negeri.

    ReplyDelete
  14. Salam Nur Aflah. Teruskan usaha anda dalam menegakkan yg hak dan menolak kebatilan. Orang islam tidak bolih berpeluk tubuh saja dalam menangani kemelut politik negara yg bermula sejak 1998 Sampai sekarang tiada kesudahan.

    Islam pun ada mengatakan diakhir zaman, yg benar dikatakan salah dan yg salah dikatakan benar. Tugas umat islam ialah mencari kebenaran dari berbagai sumber. Dan menegakkan yg hak dan menolak kebatilan adalah wajib bagi umat islam.

    Saya setakat ini memang menyokong Anwar Ibrahim melainkan kalau bukti yg cukup jelas dan tanpa keraguan beliau memang terlibat dalam kerja yg keji itu. Sokongan saya bermula dari 1998 ini adalah meneliti perjalanan pembicaraan beliau yg banyak menimbulkan kesangsian dan keraguan. banyak benda-benda yg tidak matched yg tidak bolih diterima akal apa lagi Islam. Bertitik dari 1998 saya megatakan memang satu usaha untuk menghalang beliau dari terus berpolitik. Bermacam fitnah dilemparkan, ejen CIA, penyokong taliban Gulbudin Hektmayar, kaki pelacur dan simpan duit RM3 billion. Namun satu pun tidak dapat dibuktikan. Cuma cakap-cakap dalam media dan orang-orang politik yg cuba menjahamkan beliau.

    Kini sekali lagi apabila beliau mempunyai peluang unutk menjadi PM, ramai dalam ketakutan. Sekali lagi skrip lama diulang untuk menghalang beliau naik. kenapa? Ada sesuatu yg tak kena. kenapa kes liwat ini berlaku ketika beliau di ambang menjadi PM?. kenapa tidak masa beliau dalam ABIM? atau menteri pendidik, menteri belia dan sukan?. Ramai anak-anak muda yg segak kalaulah beliau memang jenis peliwat?. Fikirkanlah.

    ReplyDelete
  15. please visit:http://malaysianunplug.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum..tetarik sungguh saya dgn blog aflah ni..saya amat mengagumi keberanian anda dlm mencari keenaran.bg pengikut UMNO tlh la terangkan hati anda jgn terus berada dlm kegelapan..kalau ini nk kate sy org anwar..ye saye akui..tp kenape?saya haus mmpunyai sbb kan..sbb saye ykn anwar xbesalah..kenape??sbb dr 1998 lg saya da nampak kepncangan dlm sistem kehakiman negare yng dimonopoli oleh UMNO/BN.saye memngikuti perbicaraan DSAI dan jelas sungguh mereka xmempyai bukti yng kukuh sume omongn mereka kosong...mereke hnya berniat jht terhadap saudara anwar ibrahim...dan saya amat2 lah mengharapkan DSAI menjadi perdana menteri di malaysia..saya ykn dgn kebolehan nya..

    puteri reformasi..

    ReplyDelete
  17. Mereka bersekongkol memburuk-burukkan Anwar,tampa kesedian bertanggungjawab.Mereka ini adalah musuh, pengkhianat bangsa dan keturunan.Mereka sanggup merelakan apa saja demi kepentingan nafsu serakah yang dibiarkan menjadi pendorong kepada segala kecurangan dan kezaliman dalam kehidupan mereka.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.