PERTEMUAN PAS – UMNO : SIAPA MAIN SIAPA? Malaysiakini



Pertemuan antara UMNO dan PAS bukan lagi rahsia. Sejak Presiden PAS sendiri mendedahkannya melalui Harakah Daily, semalam Presiden UMNO pula tampil membuat kenyataan mengenai pertemuan tersebut.


VIDEO DARI THE STAR

Mengikut kenyataan media yang dibuat Pak Lah semalam, sudah 3 kali pertemuan antara UMNO dan PAS diadakan dan melibatkan pimpinan tertinggi kedua-dua parti. Biarpun Pak Lah tidak memberitahu ‘siapa’, namun berita yang ditulis oleh Bernama menunjukkan ‘siapa’ itu seolah-olah Presiden PAS sendiri.

Pak Lah juga belum bersedia mendedahkan isi pertemuan tersebut dan hanya berkata, isi pertemuan tersebut hanyalah berkisar tentang isu kepentingan Islam dan juga beberapa ‘perkara lain yang wajar dibincangkan’. Pak Lah juga turut mengesahkan, Tuan Guru Nik Aziz tidak bersama-sama dalam pertemuan tersebut.

Sementara itu, Presiden PAS telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Harakah Daily semalam mengenai pertemuan tersebut. Menurut Presiden PAS, pertemuan itu berlaku sejurus selepas PRU 12 oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ustaz Nasharudin Mat Isa; Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam,YB Hj Abd Khalid Samad.

Pertemuan itu turut mendapat perkenan dari Majlis Syura Ulamak PAS yang seterusnya merestui Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung PAS untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan juga rakyat Malaysia.

Kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS itu telah mengukuhkan dakwaan sesetengah pihak sebelum ini yang menyatakan, pertemuan antara PAS dan UMNO melibatkan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti. Cuma yang masih menjadi tanda-tanya sekarang ini ialah ‘apa yang sebenarnya telah dibincangkan’ oleh kedua-dua parti itu dalam pertemuan tersebut.

Manakala, Husam Musa melalui blognya telah menulis :

“Jika sekiranya PAS mempunyai pandangan dan agenda yang berguna untuk kepentingan negara, agenda ini boleh dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka dan tuntutan boleh dibuat untuk UMNO menerima atau melaksanakannya, tanpa terikat dengan satu perkongsian kuasa yang akan meletakkan PAS selama-lamanya pemain kedua yang bertugas menyelamatkan UMNO dengan faham sekularnya yang merosakkan itu. Berulang kali PAS memainkan peranan yang sama.”

Selain itu juga, ulasan pertemuan tersebut boleh dibaca di blog penarik beca. Saya cuma ingin memetik tulisan penarik beca yang berbunyi :

“Persoalan saya, Malaysian Insider yang menyiarkan dengan tepat tentang rancangan Perdana Menteri hendak mengaku kalah dan berundur pada Jun 2010 (berita berkaitan bapa mertua Khairy tentulah tepat), telah melaporkan seperti yang saya petik di atas. Tak pa, siar lagi: Several nights ago, three senior leaders of Parti Islam SeMalaysia (PAS) sat across Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi in his private home, a short distance away from Istana Negara.”

Nur Aflah : Pada saya, pimpinan PAS perlu telus dan terbuka untuk memberitahu isi kandungan pertemuan itu kerana ianya bakal mengundang ‘pelbagai persepsi negatif’ daripada penyokongnya sendiri dan juga penyokong Pakatan Rakyat. Tindakan ‘merahsiakannya’ hanya akan merugikan PAS dan menguntungkan UMNO.
Share on Google Plus

About Orang Melaka

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. Assalammualaikum,

    Orang Melayu perlu bersatu padu agar hak-hak kita tidak tergadai.

    Kalaulah orang melayu boleh bersatu....alangkah bahagianyer kita.......

    Saya sebagai peniaga kecil... terasa sangat bagaimana bangsa asing mendiskriminasi kita.... dan bangsa melayu sendiri tidak yakin dengan kita...... sedangkan ini negara kita.... mengapa perkara sebegini boleh berlaku.....

    Sebab nyer.... melayu tidak bersatu.... melayu tidak perkauman.... melayu mudah lupa....

    Saya berdoa....biarlah kita terus kukuh sebagai satu bangsa pas, umno, pkr..... dibawah satu payong.... parti melayu bersatu....

    ReplyDelete
  2. Salam
    Pertemuan antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang perlu untuk menyatupadukan umat Islam tanpa mengira pahaman politi.

    Saya amat bersetuju dengan pendapat Tuan Guru bahawa pertemuan ini patut diadakan dalam konteks peribadi dan insani yakni bermusyawarah dari hati ke hati dalam membangunkan ummah dan tidak perlu ada perbincangan mengenai pengabungan Parti kerana secara jelas Kerjasama PAS dan UMNO dalam konteks parti adalah suatu misi mustahil.

    Wasalam

    ReplyDelete
  3. Lupa-lupanya PAS Umno pun suka main belakang !!

    Chekdenoor,

    Wahai sedap katanya bangsa asing "mendiskriminasi" melayu.

    Apa yang jadi sekarang ... adalah Umno Melayu yang mendiskriminasi kan bangsa lain in negara sendiri.

    Orang Asli barulah yang penduduk asal ... apa sudah jadi dengan orang asli .... Umno lempak semua kat dalam hutan.

    Dekat luar negeri sekarang ... orang jaga golongan kecil, kat Malaysia sebaliknya.

    Buat malu !!

    ReplyDelete
  4. terbukti PAS adalah talian hayat atau pelampung pada semua. ameno pula kerap kelemasan, dan setiap kali lemas ameno pasti cuba berpaut pada pas atas pelbagai alasan.

    kali ini lemas ameno makin teruk. dalam pusingan renang ke12 ameno tinggal nyawa2 ikan.

    untuk kali ini kalau dikatakan ada tawaran jawatan/perkongsian kuasa,serahkan saja baton paklah pada pas!!!

    ada berani?

    - budakjolobu

    ReplyDelete
  5. muzakarah PAS-UMNO...telah menjadi topik yang paling hangat dibincangkan dalam semua media, dalam semua restoran dan kedai kopi, dalam semua pejabat, dalam semua blog, dalam semua website...

    Apa sdh jadi dengan tajuk2 lain?

    1) keselamatan
    2) kebajikan
    3) isu pati di Sabah yg dilayan dgn kurang sifat kemanusiaan
    4) isu harga minyak dan kenaikan harga
    5) kes anwar
    6) kes gani patail dan musa hassan
    7) kes proton
    8) isu ekonomi (graf jatuh)
    9) isu pencabulan hak asasi
    10) dan bermacam2 isu lain yang lebih penting

    kalu mereka nak bertemu ke, bermuzakarah ke, nak buat ape ke, ikut diorang la, kite nak bising untuk ape? setakat ni xde ape2 tindakan pun yg diambil lg dr p'temuan2 yg didakwa.

    SEBAGAI RAKYAT, KITA TUNGGU APE MEREKA NAK BUAT DAN USULKAN. KAN KITE DAH PILIH MEREKA JADI PEMIMPIN. BILE MEREKA DAH BERTINDAK, BARULAH TIBA MASE UNTUK KITA NAK KRITIK DAN KOMEN. HAH, TIME TU NANTI, KALAU MEREKA BERTINDAK DI LUAR KEMAHUAN KITE, KITE SERANG HABIS2AN, DAN BERTEKAD TAKNAK PILI MEREKA LAGI. PADA SAYA, BEGITU BARU GENTLEMAN...

    dok gitu dik aflah? ;)

    p/s: dik, jom kite bongkar cerita2 yang kecik2 yg hakikatnya...ITULAH KEHIDUPAN SEHARIAN KITE...i'm thinking...

    ReplyDelete
  6. mane ade negara di mane pribumi yang menjadi kaum majoriti rasa kedudukannyer tergugat ? MALAYSIA

    mane ade negara di mane pribumi yang menjadi kaum majoriti rasa die ketinggalan ? MALAYSIA

    mane ader negara di mane pribumi yang menjadi kaum majoriti rase die perlukan subsidi dan pertolongan sebagai sedekah untuk berjaya ? MALAYSIA

    mane ader negara Islam di mane Islam digunakan sebagai alasan untuk menyekat kemajuan rakyat dari bangsa lain ? MALAYSIA

    mane ader negara yang puak pribumi yang majority sentiasa rasa agama mereka, bangsa mereka, economi mereka sentiasa terancam oleh kaum kaum lain ? MALAYSIA

    mane ader negara yang puak pribumi yang majoriti menggubal undang2 untuk menjaga hak hak diorg ? MALAYSIA

    Klu kite kaji, akan didapati bahawa hanye puak puak minoriti di mane mane negara di dunia yang di beri insentif sedemikian. Tapi di Malaysia lain sikit.

    KNAPE ?

    ReplyDelete
  7. Oh Yes.........

    and bile kite kaji lagi. Negara negara yang ditakluk oleh british.

    Hanye Malaysia saje, kaum kaum asing terpakse di bawe masuk utk bekerja kat sini ......kaum2 pendatang, kaum kafir.......

    knape hanye di Malaysia, british terpakse bawe masuk pendatang dari cina , india dan ceylon ? knape umpama nyer di india tak perlu bawa masuk org melayu ? atau di australia knape tak perlu masuk org melayu untuk kerja disane ? atau negara kecil lagi umpama nyer Hong Kong ? Knape British tidak menggalakkan penhijrahan org melayu ke tempat lain jike org melayu mmg rajin dan hebat ?

    setelah british membawa kaum2 pendatang ke tanah melayu, kite tak suke kan ? tapi kite pun buat macam british jugak, kite liwat tanah melayu lagi.........

    selepas 1957, kite bawak org Indon, Bangla dan bagi mereka kerakyatan .....lepas tuh baru2 nih ader pulak negro, pakistan, nepal dan vietnam pulak .....

    Lepas tuh kite complain hak kite tergugat la, perlu ader Muzakarah lah, perpaduan Melayu la........

    Cis !!

    ReplyDelete
  8. Aslm,
    Inilah namanya permainan politik,kalaulah betul pemimpin PAS berjuang demi islam dan membuat segala-galanya lilahi taallah, bagaimana boleh mencapai sebarang persetujuan apalagi mengadakan apa-apa persepakatan dengan UMNO ataupun dengan si "Ad-dollah Tak-peduli"?
    Perlukah pemimpin Pas berangan-angan nak mengubah pemimpin- pemimpin UMNO sekarang ini yang sudah terbukti berprinsip segala-galanya "lipoket taaku" ???
    Jangan PAS dipergunakan oleh manusia yang tidak berguna ini untuk menyelamatkan kedudukan mereka yang makin tenat, dan lebih penting ialah; jangan mengelirukan rakyat yang telah memberi sokongan kepada perjuangan PAS dan telah menerima DAKWAH PAS; walau dengan apa sekalipun alasan, baik untuk kepentingan orang Melayu atau kepentingan mana-mana pihak.
    Ingat! Tiada yang lebih penting daripada memperjuangkan ISLAM, Tiada apa yang lebih berkuasa daripada Allah yang maha esa, ALLAH BOLEH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA PAS, DAN ALLAH BOLEH MENARIK BALIK SEGALANYA BILA-BILA MASA SAHAJA...
    jANGAN CUBA BERDAMPING DENGAN SYAITAN ,JAUH SEKALI NAK RUNDING-RUNDING ATAU BINCANG-BINCANG DENGANNYA, INGAT APA PERJANJIAN SYAITAN DENGAN ALLAHSUBAHANAWATAALA...

    wasalam,
    alip yip
    21/07/08

    ReplyDelete
  9. Cik Nur....soalan anda "siapa main siapa" ni sesuai ditanyakan kepada Anwar Bin Ibrahim.................

    Pas tidak sempurna, begitu juga UMNO, PKR jauh panggang dari apilah...itu parti utk kepentingan anwar saja.

    Jika ada perbincangan dan muzakarah antara UMNO dan Pas, syukur alhamdulillah, jika niatnya utk menegakakan hukum Allah di Bumi Malaysia. Husam Musa kena bersyukur sepatutnya, perjuangan menegakkan Islam bukan perjuangan untuk mendapatkan kedudukan pertama atau kedua, tetapi perjuangan untuk memartabatkan Ad-Din Islam, bukan memartabatkan mana-mana individu. Dalam sejarah perjuangan Nagi, nebi pernah berundur dan merendah diri bukannya mengalah tetapi untuk mendapatkan kemenangan hakiki untk memartabatkan Hukum Allah. Nak komen pendapat Nik Aziz, saya tak sampai ke tahap itu lagi, tapi Saudara Husam Musa ni,,,lihatlah pertemuan dan perbincangan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan Islam. Dengan PKR dan DAP yang sudah menunjukkan buntut kepada PAS ditatang bagai minyak yang penuh, yang jelas menafikan hak melaksanakan hukum Allah di negara ini, kamu boleh berbahasa lembut, takkan dengan sesama slam kamu tak boleh. Ingatlah, kemenangan PAS berlaku dengan izin Allah, pas tidak menang kerana DAP atau PKR atau ANWAR, tapi PAS menang atas izin dan kehendak ALLAH sahaj, ambillah ikhtibar dari ketentuan Allah ini, jangan terlalu ego dan bongkak, kerana Allah boleh memberi dan pastinya Allah juga boleh menariknya balik....so selagi ada ruang untk memartabatkan Islam. gunakanlah peluang itu sebaiknya tanpa memikirkan sama ada diri kita dikedudukan pertama atau kedua...kerana yang utama dan pertama hanya ALLAH, yang lain tu terkemudian sahaja kedudukannya...berdiri sama tinggi duduk sama rendah di sisi Allah jua....Tinta Kinabalu.

    ReplyDelete
  10. Malayanmuda.....i sokong lah

    Di Malaysia sahaja ini berlaku. Dah lah ini semua muslihat si-kerajaan la. Kami telah di-sodomy-kan! hahahahaha dan apa tak lagi..rakyat yang telah berundi utk BN kena dirogol pulak!

    Macam-macam ragam si kerajaan ini kan!!

    ReplyDelete
  11. Mananya bangsa Melayu tidak bersatu? Hanya ahli-ahli politik UMNOPUTRA yang mahukan Melayu bersatu di bawah pimpinan UMNO tu cakap Melayu tidak bersatu. UMNOPUTRA lah yang kata Melayu akan didiskriminasikan oleh kaum lain. Tanpa UMNO, orang Melayu akan ditindas. Ini Muslihat UMNOPUTRA untuk terus mendapat sokongan yang terjamin dari bangsa yang terbesar dinegara ini. Apa yang dilakukan oleh UMNOPUTRA ini sudah lama terjejas ekonomi dan perkembangan negara dari semua segi untuk mengemukkan segelintir ahli UMNOPUTRA, bukannya orang MELAYU. Sebenarnya, sebahagian besar golongan yang memanfaat dari UMNOPUTRA ni adalah orang MAMAK! bukannya Melayu. Semakin ramai muka ahli politik sekarang rupanya orang MAMAK daripada orang Melayu yang dijumpai di Kampung!

    Polisi UMNOPUTRA menjadikan Melayu semakin bergantung kepada kerajaan untuk berjaya dari semua segi. Inilah muslihat UMNOPUTRA. Kaum-kaum lain di negara ini ingin mengbangkitkan negara ini supaya semua rakyat memanfaat daripada kekayaan negara ini yang begitu kaya dengan sumber-sumber semulajadi and sumber manusia. Kaum Cina dan India tidak perlu menindas Melayu untuk berjaya. Orang Melayu jangan takut kaum-kaum lain di negara ini, yang perlu takut tu ialah UMNOPUTRA yang semakin memerosotkan fikiran Melayu untuk kepentingan segelintir kroni politik saje.
    YY

    ReplyDelete
  12. terima kasih kerana membaca pendapat saya

    salam

    ReplyDelete
  13. APABILA UMNO KALAH TERUK DLM PRU12, MEREKA GUNAKAN MELAYU HILANG KUASA. APAKAH PAS DAN KEADILAN BUKAN MELAYU?

    ReplyDelete
  14. UMNO = Mamak

    Bile Mamak hilang kuasa dan duit, dia tak kira u Melayu ke Islam....Keling ke Hindu.....

    Dia akan pusing Roti Canai die sampai u pening........

    Tu lah padah nyer beri kerakyatan pada mamak, skarang die org nak pimpin Melayu.........

    sekarang Melayu Mudah Lupa, Melayu Sudah Hilang.....tuh dah terlambat !

    ReplyDelete
  15. Hidup Islam! Hidup Melayu.

    din kelang

    ReplyDelete
  16. Salam semua,First time baca blog sdri.Alhamdulilah..pemuda & pemudi di Malaysia makin sedar segala musibah yg telah melanda mukabumi kini.Bukan sahaja malapetaka seperti bencana alam, malah kehadiran syaitan-syaitan yang berupa manusiapun pemuda & pemudi Negara ku telah dapat mengenali.Bersamalah kita berdoa kehadrat Allah SWT supaya Negara kita diterajui oleh seorang manusia yang ISLAM bukan hanya MELAYU.
    Wassalam.

    ReplyDelete
  17. Umnoputra ramai mamak,mamak dikampung dan sebagainya.Manakan boleh tak ade mamak.sebab mamaklah orang melayu bertukar jadi melayu baru.Tak ada mamak tak ada lah roti canai teh tarik yang menjadi kegemaran orang melayu.Mamak bendahara tu lah yang meletakkan mertabat malaysia dan bangsa melayu di persada antarabangsa.Jangan jadi bagai menolong anjing tersepit dah lah.

    ReplyDelete

PERINGATAN: Portal Melaka News tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.